Sunday, July 5, 2009

nak suami soleh..




Assalamualaikum..
ish..
terasa nk kongsi sedikit pengalaman ..
tentg isu perkahwinan..


Suami Saya Lelaki Soleh

"Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di sisi isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.


Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

berdasarkan sedikit senario di atas,ramai wanita yg inginkan "suami soleh" hanya pd bibirnya shja..tidak pd hatinya..



"suami soleh" bila ia melafazkan akad nikah ..maka dlm dirinya,dia berjanji bhwa dia akan pimpin tgan isterinya bukan shja di dunia..tetapi hgga ke syurga..dia akn merentasi lautan kehidupan seiring dgn ketaatan dan kesetiaan zaujahnya..dia akn membentuk usrahnya dgn didikan al-quran dan sunnah..agar setiap derap lgkah perjuangannya,dia menjd qudwah buat isteri dan anak-anaknya..agar dia dpt bersma lg dgn mereka didlm kenikmatan syurga Allah di akhirat kelak...



"isteri solehah" bila ia bergelar isteri..maka dlm dirinya berjanji..menjdi sayap kiri perjuangan zaujnya..bukan kenikmatan harta dunia diimpi,.tetapi kebahagiaan redha suami yg di kasihi..biar berjauhan namun dekat di hati..kerana dia tahu suaminya pergi bukan atas dasr suka hati..tp atas dasar iman dan islam yg tggi..dia syukur atas rezeki yg diberi..dia sabar dlm mehnah dan tribulasi..kerana tabah mendidik anak-anak..dia redha atas musibah yg diberi..kasih sayang yg diberi bukan ukuran dunia dan isinya..kerana keikhlasan dia mencintai suami anugerah Allah buatnya akan membawa dia bertemu rabbinya..


with love~nuramna najihah



2 comments:

  1. Salam Nuramna. Sedikt tips untuk mendapatkan suami yang soleh. Bila hati dah berkenan, dapatkan petunjuk dari Allah swt terlebih dahulu. Kemudian keluarga. InsyaAllah akan ada petunjuk. Selain dari itu perhatikanlah orang yang bernama lelaki itu. Adakah dia memenuhi ciri-ciri yang dikehendakki dalam Islam. Segala perlakuan dan pertuturan dengan insan lain. InsyaAllah selamat. Apapun cabaran dan dugaan selepas berkahwin adalah tersangat kuat. Ia banyak terletak di bahu seorang isteri di samping suami yang soleh dan bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
  2. to > masammanis
    waalaikumsalam..
    terima kasih ats kunjungan akak ke blog yg xseberapa nie..
    terima kasih ats tips dr akak..
    sy amat hargainya dan InsyaAllah sy akn praktikannya..:)

    ReplyDelete