Wednesday, August 14, 2013

Mesir: Berapakah harga nyawa kami?

Assalamualaikum..

Nak update isu lain..
Tp mendahulukan isu ini..



*berapa harga nyawa kami?? ===> SYURGA

Terbaca Status seseorang di facebook,
Mesir Bumi Anbiaa'..
tetapi jgn pernah lupa..

Mesir juga bumi Firaun..

Dalam 1 minit,
update terbaru dari bumi mesir..
menghujani kita dari pelbagai sumber media massa..
pembunuhan tanpa perikemanusiaan..
Penyokong Dr.Morsi dan pengkhianat As-Sisi..
Dikorek bongkar,dicampur tolak dengan tangan-tangan  syiah dan liberal..
bersekongkol dgn  israel dan zionis..
Syuhada-syuhada bertaburan..
digilis, dibakar, dan di tembak..
roh syuhada mewangi..
menjemput mereka yg jihadnya tinggi..

Jgn kita lupa,
yang mereka bunuh itu hanya jasad manusia..
Yang mereka bawa bersama itu adalah dosa..

Di sana sini, orang update isu mesir..
Ada yg cipta lagu semangat..
Ada yg menulis khutbah jumaat..
Ada yg menyebar luas qunut nazilah dan doa.
Jadi apa yg kita mampu sumbang?
sebar luaskan nasib saudara kita diserata ceruk negara..
hebahkan melalui pelbagai medium..
Ini saudara kita..
berjihad mempertahankan kebenaran..
Biar mereka berdoa bersama kita..
Kemenangan Islam di Bumi Mesir..

Islam tetap akan menang..
Itu Janji Allah..
bezanya..
Samada kita mahu bersama kemenangan tersebut @ tidak. 
Itu yg kita perlu tepuk dada, tanya iman..*_*


Doa: senjata orang mukmin..


Luangkan masa 1 minit untuk aminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afganistan dan negara-negara Islam.

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.


Saturday, August 3, 2013

Bila Tarbiah Menguji Anda?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan.

InsyaAllah. Entry untuk ingatkan diri yg mudah lupa.

Bila sebenarnya tarbiah yg kita terima saban hari benar-benar menguji kita?

Waktu kita berseorangan.

Waktu kita melalui perjalanan musafir yang berliku.
Bila kita kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.
Bila kita melalui ujian yang mencabar dalam hidup.
Bila kita melalui ujian kesakitan dan kesusahan.
Di situ kita di uji.

Kita kuatkah?
atau
Kita mengeluh.

Kita sabarkah?
atau
kita menyalahkan takdir.

Tarbiah Ramadhan

Bulan Ramadhan.
Tarbiah untuk diri sendiri
tp Allah kuatkan dengan kebersamaan org lain.
Merebut Hadiah Allah.
Hadiah Ramadhan.
Hadiah Lailatul Qadar.
Hadiah Syurga.

Tahun ini,
Ramadhan lebih hebat
Gaza, Syria dan Mesir.
Doa lebih kuat.
Untuk mereka yang Allah pilih.
Tentera syurga.


Jgn Lupa.
Bulan Ramadhan adalah
Bulan Tarbiah.
Untuk diri.
Untuk Kita
ke Syurga tinggi.

Ini cerita rezeki.
Gaji RM2000.
Sewa Rumah RM600 baki RM1400
Kereta RM600 baki RM800
Makan RM500 baki RM300
Pakaian dan barang harian RM300
Lalu di kaki lima
Seorang Pak cik meminta sedekah.
Rasa kasihan.
Dalam poket tinggal RM1.
Mungkin baki beli barangan.
Sedekah RM1 kepada pak cik tua.

Sewa rumah, kereta, ,makan dan pakaian.
Harga dunia
Mana akhirat kita?
Hanya RM1
untuk satu kebetulan
bertemu seorang pak cik tua.
di jalanan.
Ini Realiti.

Mana tarbiah kita?
Masih ada masa.
Untuk kita pelupa,
masih ada yg sudi ingatkan.
Untuk kita pendosa,
Mohonlah keampunan.
Kita Hamba.
Allah tuhan kita.
Kita layak di uji.
Kita layak di puji
Di hadapan Allah.

Jangan sangsi.
Jangan  Lemah.
Jangan Putus Asa.
Jangan putus pengharapan.
Setiap yang berlaku, tarbiah untuk diri kita.
Cinta Allah kepada hamba.


Ini Ramadhan. Ini Tarbiahh.


With Love : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar






Monday, July 1, 2013

RIJAL TELAH HILANG..

Assalamualaikum..



RIJAL TELAH HILANG?

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

-Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni-

Sunday, June 30, 2013

Separuh Jiwaku Pergi..

Assalamualaikum..





Separuh jiwaku pergi - separuh jiwaku pergi

Entry tak bernada..

Angah dah pergi SARAWAK!

Posting guru kat sana..

hurm.

Doakan dia baik-baik saja kat sana.

With Love: Siti Nurfarehan Samsurkhar



Sunday, June 2, 2013

Cerita Demam Campak Yang Penuh Dengan Ibrah..=)

Assalamualaikum..

Sekarang ni mood teringin sangat nak cerita pasal demam cacar air ( omputih panggil chicken pox!)



Ingat tak, dulu saya ada post pasal angah (my twins) yang kena kuarantin sebab chicken pox..
It was 2 years back..

sapa yg nak baca, ni link dia :angah kena chicken pox

Okey..Kisah bermula bila adik perempuan saya yg bongsu call..we call her "Ilah"..on weekend.

Ilah: Kak An, call mak suruh ambik Ilah kt asrama ni..ilah kena chicken pox!

Saya: hah! Hahaha..kena chicken pox..habislah hg lepas ni..tak lawa..

So, end up adik lelaki saya yg pegi fetch dia kat asrama dia..

Dia dapat cuti 8 hari kat rumah..
ingatkan nk kuarantinkan dia dalam satu bilik je since kami adik beradik yg lain belum kena lagi..
tapi muka dia..
Alahai..kenapa muka orang sakit ni buat kita cepat melting?? why? why?
end up, dia bersama dengan kitorang..as usual..

Sebab angah dh experience this chicken pox before, dia pesan kat kitorang:
"Hg tak boleh dekat dengan dia"
"Hg tak boleh kongsi barang dgn dia"
"Hg tak boleh makan dan do skinship dengan dia"

Heh! tension!

Angah dengan penuh yakin dan agak berlagak,
"angah tak pa, duk dekat-dekat..angah dah kena dah dulu.."
ceh, kitorang yg belum kena ni..mcm careful jugakla nak duduk dekat dgn dia..
Lama-lama..kitorang buat dek je..
Lantaklaaa..
Sebab?

"ALLAH KALAU NAK BAGI SAKIT, DUDUK DEKAT KE, DUDUK JAUH KE, DAH KENA KE, BELUM KENA KE..MESTI DAPAT JUGAK"

So, pada saya, it's not a big thing la..buat macam normal je..
Somehow, rasa mcm annoying sangat kena control dengan angah punya experience..

*********************************************************************************
Next Two weeks, exactly two weeks!

Adik bongsu ( Faris), Adik ketiga Bongsu (Faiz) and ME!
Kena Chicken Pox!

The Story begins:

Got call from Angah, said: "Kak An!, adik kena chicken Pox!

Saya: "Hahaha, mcmna tau?
Angah: " Ada bijik ada air kat leher & perut adik..The rest is history.

That night, got call again:

Angah: Kak An, Paiz pun kena chicken pox!next your turn.
Saya: Erk! tetiba rasa cuak plak

The next day, I'm Calling Angah..

Saya; Ngah, aku rasa mcm aku pun kena chicken pox!
Ngah: Haha! Daebak! Perfect!

Daebak: Awesome, Jackpot (In Korean)

That was Saturday and saya ada hal yg sgt penting hari Isnin..
So, sy memang doa sangat chicken pox tak naik kat muka sampai hari Isnin..

DOA! DOA! DOA!

Alhamdulillah memang Allah Maha Mendengar.
Everything going very smooth eventhough I'm really not feeling well..
Great headache!

Tomorrow, Masanya sudah tiba..
Seluruh muka saya..owh!owh!Owh!
Balik Perak.

Terlantarla 3 beradik kat rumah macam Monster..
Yang perempuan saya paling teruk.
Yang Lelaki, Paiz Paling teruk.

Pengalaman yg saya tak boleh nk describe..
Muka saya byk sangat naik cacar air sampai saya memang tak boleh pegang muka saya..saya geli.
then angah said: Buat mcm biasa je..mcm tak de pape kat muka..
Saya: How???? pegang puun rasa mcm aarrrgh!

(saje letak emosi sikit dalam cerita ni)

ALLAH BAGI PENYAKIT NI BUKAN SAKIT TAPI GATAL.
SUBHANALLAH! SAYA MEMANG IMPRESSED.
BILA SEBUT SAKIT, KITA MEMANG AKAN FIKIR IA SAKIT..
BUT..CHICKEN POX NI GATAL!

Seriously, gatal sangat!
dan takut nak garu!
sebab??
dia punya scar is permanent!
Even adik lelaki saya pun tak berani taww..

Tambahan, selagi bijik chicken pox tu tak habis keluar..
Sakit kepala tu..Hanya Allah dan Saya je tau...
sangat sakiiit...

yang paling tak boleh tahan..lagi bijik tu menegang nak pecah..lagi dia gatal..
Kami bertiga memang tak boleh tido sebab tak tahan gatal..
tp adik saya yg bongsu selimut sampai kepala..
senyap je..dan boleh tido sekejap-sekejap..
tak banyak merungut berbanding saya..
dia umur 9 tahun..
saya 24 tahun..

masa tu pukul 4 pagi:

then, I ask him..
Adik....mcmna adik boleh tido??

Adik: Kak An,
Allah kata..tutup mata,tido..
kalau gatal, tahan..
(suara dia sangat lembut).

That Time, I'm really speechless..really speechless!
how come my litle brother talk to me like that ?
bukan sepatutnya saya ke ckp mcm tu dekat dia..??
Dia memang kecik, tp masa tu saya rasa saya yg kecik..
umur dia 9 tahun, saya 24 tahun..
he really make me melting and stuck!

Insaf!

Dia sangat berganda-ganda sabar berbanding kakak & abang dia..

Bila saya dan angah cerita pasal chicken pox, angah akan cerita masa badan adik penuh biji chicken pox..

" kesiaaaaan kat adik..bila satu badan dia kena..dia senyap je..tak cakap pape pun..nangis pun tak..
dia baring, selimut badan dia..senyap je..duduk diam-diam...merungut apa pun tak..
dahla dia kecik lagi.."

That time, our tears come out..secretly.
sangat sedih!

For me, it's better if dia cakap dia sakit sini, dia gatal kat sini..adik nak ni, adik nak tue..
mak, adik tak tahan..sakit, gataaall...
itu memang expect pada tahap umur dia..
he's having a hard time but..dia sangat senyap dan sangat sabar..

Macam mana kakak dia ni tak nangis??

(even skrg sy tulis entry pasal dia pun, saya nangis..
saya sangaaat kesian kat dia..kesiaan sgt..
sebab sy ingat dia punya muka masa tu..so pure and innocent while having a hard time..owh!)

abang dia yg nama paiz? umur 17 tahun..

Saya tanya dia: Paiz nak pape tak?
Paiz: Kak An....nak sembuh..nak cepat baaaik..tak nak pape daaaah!
Sebab dia naik paling banyak, dia demam dan menggeletar..
selalu merungut mcm saya!

See..beza tak?
mcmne saya, paiz & adik melalui chicken pox.

Bila kena chicken pox, Dr suggest selalu mandi..
So, mandi pukul  2 pagi, 3 pagi, 4 pagi..
tak rasa pape...
siap syampu bagai..

*Kalau hari biasa, mandi pukul 6.30 pagi, rasa mcm nak dapat kancing gigi je.

Masa ni kulit jadi sangat sensitif..kena gigit nyamuk or ruam sikit akan jadi worse sebab gatal dia sama naik je dengan gatal chicken pox.
Tak mau kalah jugak tue..haish!

My mom said to us: Mak tak tau nak buat apa..selagi bijik chicken pox ni tak naik habis..selagi tula gatal tu lagi merenyam..

***********************PANTANG************************************

Saya tau dua benda je..
Jangan makan kicap & Jangan kena Hujan..
reason, your scar will be worse!

Basically, seafood pun tak boleh..

Here the story of KICAP:

Mak: Kak an..bangun..makan nasik..mak masaak ayam masaaak kicap..
Saya: Maaaak, tak boleh makan kicap..tak nak..
Mak: Tak nak makan nasik, makan bihun goreng..mak buat tadi..
Saya: Maaaak, bihun pun adaa kicaaap jugaak..
Mak: Allah..mak lupa..habis nak makan apa nie?
(Mak saya pun blurr)

End up, mak masak sup ayam owesome punya! Kenyang!

3,4 hari lepas tu..
Mak pesan sebelum dia keluar pegi pekan..

"Kak an, tadi mak beli nasik lemak..makan la.."

So, saya bangun, bukak TV..pasang movie..makan nasik lemak..
mkan sambil tengok cerita memang buat kita tak sedar.
makan punya makan..dah nak habis..
baru perasan.."Nasi lemak lauk daging masak kicap!"
Hah!Terrbaik !

Since saya dh makan..nak buat mcmna..
Tapi perangai nk kenakan org tu tetap ada..
Paiz belum bangun masa tu..
saya kejutkan dia..

"Paiz!Paiz! bangunlaaa..bangun makan nasik lemak..

Dia pun bangun dan hilangkan blurr dia kejap..
then, capai nasik lemak tadi..
Not knowing anything..dia makan mcm biasa..
dia tak perasan saya tengok dia sambil tahan gelak..

Bila dia dh habis makan,saya reveal kat dia..

Saya: Paiz, hg makan nasik lemak tu habis eh?
Paiz: Aah, kenapa?
Saya: Paiz, Nasik Lemak tu lauk daging masak Kicap!
Paiz: ...
Saya: HAhahahaha..Kak an dh kena td..So, kak an kenakan hg pulak..haha
Paiz: ...

And here is the story of HUJAN.

Orang lelaki kan, mana betah duk berkurung dalam rumah lama-lama..
So, Bila sihat sikit..Paiz & Adik dah berani keluar rumah..

Keluar sembang & main dengan kawan..tetiba lari masuk rumah..
Jadi, kami dalam rumah terpinga-pinga..

saya:Kenapa lari masuk rumah?
Adik: Hujaaaaaan...
Saya ; Owh..

kebetulan masa tu hujan plak mcm main hide and seek je..
kejap turun..kejap berenti..
adik lelaki saya plak..asyik ulang marathon..
sekejap keluar rumah..kejap lari masuk rumah..
kejap keluar rumah, kejap lari masuk rumah..

Bila jemur kain..kenala angkat kaaan..
tapi cara berbeza..

Kami: Maaaaaaak, tolong angkat kaaaain..kami tak leh angkat..tak leh kenaa hujaaan..

haha.

*Actually kesian kat mak, dia pun tak  tido mcm kami..dia pun makan makanan orang sakit mcm kami..
Cuma, mak tak gatal macam kami..
So, saya pesan kat dua orang adik tu..kalau ada benda yg mampu buat sendiri..buat je..tak payah lean on mak..jangan merungut banyak sangat..
Anggap ni ujian dari Allah..sakit ni sekejap je..
Bila kita sembuh, kita tak dapat dah nikmat sakit mcm ni..
Bila sakit dan terlalu banyak merungut, dia lebih membebankan perasaan org yg jaga kita..
So, kami banyakkan layan perasaan sendiri je..
Thats how we help & protect each others.sort of.


*************************ANGAH********************************

Okey. Angah sangat berlagak bila Ilah kena Chicken Pox. Boleh buat everything as normal sebb dia dh kena.
But, bila kami 3 org kena..she's scared.

Dia pindah bilik dan kuarantin diri dia sendiri. haha!
kami 3 orang, heaven!

She Said: Masa aku kena dulu..Dr bagi ubat dos tinggi sikit.
Lain dari ubat yang hangpa (korang) consume skrg. Sebab masa tu aku tengah exam. So, naik pun tak banyak..tak sampai 20 bijik pun.

*Ceh, siap boleh kira lagi....kami ni plak tak terkira banyaknyaa..

Jadi, maybe risk untuk naik kali kedua tu tinggilaa..sebab aku rasa bijik tu tak keluar habis lagi..

saya: Mata bersinar-sinar. Seronok dengar dia ada risk tinggi utk kena lagi..=p

But, she sincerely help my mom take care of us too..
Put Calamine lotion on us..Tell us do this..don't do this..
eat this..Don't eat this..
thru her experience..
because she also felt the same pain & itchy..same as us..

************************END STORY**************************************

Everything happen has it own reason.

> Allah nak badan kita jadi lebih kuat & sihat.
> Allah nak kita belajar bersabar dengan rasa Gatal.
> Allah nak bagi kita faham bila kita sakit, ada orang lebih teruk dari kita..
ada orang jauh lebih sabar dari kita..
> Allah nak rapat-rapatkan lagi hubungan kami adik beradik...laugh & tears..rasa sama-sama..
> Banyak muhasabah diri..sebab masa sakit adalah masa yg manusia sangat bergantung pada Allah.

Now, dh boleh senyum sampai telingaaa..=)
Dan,
seriously! seriuosly! seriously! saya teringin sangat nak jaga orang yg kena chicken pox.
Nak masak and nak letak ubat kat dia..nak share experience dengan dia.
wohooo..Impian melangit tinggi..=)

With Love: Siti Nurfarehan Samsurkhar.


Tuesday, May 28, 2013

Entry Special Untuk Cik Kaktus Comel..

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update apa-apa kat blog nie...
Sebab?
Sebab tak sempat..
Actually banyak sangat benda nak cerita/luah kat blog ni..
tapi seriously sangat tak sempat..

Sampaila suatu hari ada org request nk tanya something dekat saya..
Orang tu tak lain dan tak bukan adalah CIK KAKTUS COMEL..




Cik Kaktus Comel,
Saya memang minta maaf byk-byk sebab terlalu lambat respon request cik Kaktus Comel..
So, Saya buat entry ni semata-mata untuk Cik Kaktus Comel..
Special tau sebab saya tak pernah buat entry special utk sapa-sapa sebelum ni..
Harap dapat meredakan rasa bersalah saya kt cik kaktus comel ye..

Request:
Erm, tentang request tu..
Cik kaktus boleh contact saya:
fb: siti nurfarehan samsurkhar (nuramna_89@yahoo.com)
Private msg kat sy dan saya akan bagi no telefon..okay?

Atau:
bagi alamat emel/fb Cik Kaktus Comel kat saya..
biar saya sendiri add Cik Kaktus Comel..
Boleh??


With Love ; Siti Nurfarehan Samsurkhar..