artikel ini diambil dari laman I LUV ISLAM..harap maklum!
"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.." with love-nuramna najihah :)..
Saturday, October 30, 2010
DUHAI ANAKKU...
artikel ini diambil dari laman I LUV ISLAM..harap maklum!
Sunday, July 11, 2010
SIAPA?
Siapakah orang yang MANIS senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada
dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk – numpukkan harta.
Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka...
wallahua'lam..
with love : nuramna najihah
Thursday, May 13, 2010
INILAH ANAK YANG BENAR-BENAR TAAT
cerita ni saya ambik kat emel..
tapi sangat bermanfaat untuk kita sama-sama muhasabah bersama..
Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan.....
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Muntahlah atas tangan Amid."
17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala
Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau
nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.
"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi
saya ulang soalan yang sama.
"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai
akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.
Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak
pun masih belum habis," hati saya berkata kata.
"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat
kacau ke?" pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan
budak-budak nakal.
"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid
tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.
Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak
bergurau.
"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.
"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.
"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan
saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan
terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti
kepada emak.
Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa,
umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu
bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik
beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah
anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya,
begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya.
Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid
bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.
Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak
terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah
katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap
seperti Amid.
Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di
sana , tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk
di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid
kepada saya.
Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya
mengalah.
Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak
akan setuju untuk ke Kuala Lumpur .
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh
berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan
emak yang sudah tua itu.
Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan
mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah
sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata
untuk menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus
membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk
membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia
tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya.
Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak
lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur . Tetapi Amid memang tidak mengecewakan
kami.
Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di
ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur
di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid
pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.
Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening,
Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh
emak daripada kedinginan malam.
Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring,
tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang
sedang berbaring di sebelahnya.
Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak
terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan
keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta
emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun
tidak kisah atau berasa geli-geleman.
Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini,
apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya
ketika dia sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh
adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing
sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga
emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an,
rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk
makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan
lelah.
Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun
yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu
kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah
cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak
terfikir ke arah itu.
Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu
di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004
AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak
menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.
Ceritanya begini
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid
menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk
menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman
guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga
pukul 6.00 petang.
Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja
dengan kandang haiwan itu.
Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya,
Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka
pada waktu itu.
Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka
sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid
sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!
Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah,
Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang
ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air
rumah Mek.
Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya
kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar
bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa
seperti di awang-awangan.
Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"
Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada
di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan
guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.
Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk
keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak
jauh dari rumah mereka itu.
Sampai di sana ...
"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid
terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid.
Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya,
sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.
Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah
meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid,
Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak
pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah
kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota
badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah
dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku
diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk
menguruskan urusan pengebumian Amid.
Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah,
termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai
urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.
Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah
Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang
khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di
kuburan itu.
Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi
lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang
berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke
tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu
hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan
tadi juga sudah ghaib entah ke mana.
Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai
sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang
lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak
menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih
terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau
haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan
mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering
bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau
bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga
kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya.
Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat
kita semua.
Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian
anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan
orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.
Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun
lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air
mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap
emak.
Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap
taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika
kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan,
sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap
ibu sehingga ke akhir hayatnya.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.
with love:nuramna najihah
Sunday, August 30, 2009
kehadiranmu ku nantikan....
Ramadhan...kehadiranmu kunantikan..
kini hadirnya satu bulan
bulan penuh barakah..
bulan penuh rahmat..
bulan penuh cahaya keampunan..
tertutupnya pintu neraka serapat-rapatnya..
dibukakan pintu syurga seluas-luasnya..
dilipatgandakan amalan kebaikan..
bulan ramadhan..
disana sini..
umat islam menyambut dan menyahut..
"ramdhan al-kareem.."
"Ramadhan al-kareem.."
menunjukkan...
betapa rindunya mereka..
betapa gembiranya mereka..
betapa terujanya mereka..
dengan kedatangan bulan ini...
bulan ramadhan..
ayuh kita bersama..
penuhi ramadhan dengan puasa yang ikhlas..
hiasinya dengan keserderhanaan berbuka..
perindahkannya dengan solat tarawih..
perelokkannya dengan keberkatan sahur..
cantikkan ia dengan tahajud sepertiga malam..
merdukan ia dengan dendangan tadarus al-quran..
imarahkan ia dengan beriktikaf di masjid..
semarakkan ia dengan zikir dan ayat-ayat suci al-quran..
biar didengari di setiap ceruk kampung dan bandar..
ayuh kita bersama..
eratkan silaturrahim dengan banyakkan bersedekah..
kurangkan aktiviti mulut yang merugikan..
lebihkan masa dan saatmu..
merebut keredhaan dan makrifah Allah..
merebut rahmat dan kasih sayang allah..
merebut ganjaran besar dari Allah..
ajaklah bapamu..
ajaklah ibumu..
ajaklah temanmu..
ajaklah adikmu..
ajaklah sesiapapun yang kau temui..
marilah kita sama-sama imarahkan bulan ramadhan..
raikan kedatangannya dengan penuh kesyukuran..
redhakanlah pemergiannya dengan tangisan..
jangan ada diantara kami yang merasa rugi..
jika tidak dapat bertemumu lagi..
moga kita masih mampu bertemu denganmu..
pada tahun-tahun akan datang..
kami menantikanmu ramadhan..
jadikanlah kami tetamu yang sentiasa merinduimu..
ramadhan...
with love:nuramna najihah
Sunday, July 5, 2009
lailahaillallah lebih berat..
"Nabi Musa a.s memohon kpd Allah :"Wahai tuhanku ajarkanlah kpdku sesuatu yg dpt aku mengingatimu dengannya dan menyerumu dengannya". Allah berfirman,"sebutlah lailahaillallah". Musa berkata:"Seluruh hambamu mengucapkan kalimah ini..Allah berfirman:"Ucapkanlah lailahaillallah". Musa berkata:"Wahai Tuhanku,aku ingin sesuatu yg Engkau khaskan untukku". Allah berfirman:"WAhai Musa,jika 7 petala langit dan 7 petala bumi diletakkan disebelah neraca dan lailahaillallah diletakkan di sebelah yg lain,maka neraca disebelah lailahaillallah lebih berat."
(Hadis Riwayat Nasai)
drpd hadis di atas,kita thu betapa besar dan tgginya kalimah lailahaillallah di sisi Allah.
maka fasihkanlah lidah kita menyebut dan mengamalkannya..
sekadar ingatan buat diriku yg sering alpa..
with love:nuramna najihah
Wednesday, April 22, 2009
sikap buruk..

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan
with love:nuramna najihah
Monday, April 20, 2009
BERSAMA SIAPA ANDA???
DENGAN SIAPA KAMU DUDUK??Sekadar renungan ...
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya
with love:nuramna najihah..
|
|
Saturday, April 18, 2009
hiburan yg sebenar..
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)
Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)
Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )
Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)
Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)
with love:nuramna najihah

