Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

PRK UKM






assalamualaikum..


alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..  
tanggal 21/2/2011..
mendekati jam 12 malam..

berakhirnya penantian selama 7 tahun..
Pro-M telah memenangi 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan..

rentetan peristiwa di KTHO:

8:30 pagi - 5ptg : proses pengundian di setiap kolej..

ketua tempat mengundi  bukan lagi PENGETUA kolej..
tetapi TIMBALAN DEKAN fakulti..
ketua tempat mengundi saya adalah DR.SAEMAH..
TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN..
sangat berbeza suasana hari pengundian..
tolak ansur dan profesionalisme seorang kakitangan akademik yang memang boleh ditabik!
segala bantahan diterima dengan penuh lapang dada..
*laporan di kolej sy..
tiada seorang pun wakil calon Aspirasi yang menjaga tempat mengundi..why?

5:30ptg hingga 8.00 mlm : proses pengiraan undi..

taklimat oleh ketua tempat mengundi.
Proses kiraan undi bermula dengan pengiraan undi untuk calon fakulti terlebih dahulu..
terdapat campur tangan pengetua untuk mengelirukan proses..
tetapi dibantah dan ditolak oleh ketua tempat mengundi.
ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi setiap kerusi fakulti.

apabila kiraan untuk calon fakulti belum selesai..
 kiraan untuk undi calon umum diumumkan..
calon Pro-M membuat bantahan dan cadangan agar menyelesaikan kiraan undi calon fakulti terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan pengiraan undi oleh wakil calon.
bantahan dan cadanagn diterima dengan baik.

proses kiraan undi diteruskan untuk calon umum bagi tahun 1&2 dan tahun 3&4.

ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi kerusi  umum.
selesai.
*seorang wakil calon bersama dengan calon hadir semasa proses kiraan undi lebih kurang dlm masa 20 minit.

8.00mlm-9.30mlm:

wakil calon Pro-M mengiringi Ketua tempat mengundi membawa undi-undi yang telah dikira ke pejabat untuk proses memasukkan data ke dalam sistem.
wakil calon Pro-M menunggu sehingga proses memasukkan data selesai dan mengiringi ketua tempat mengundi ke pusat pengumpulan undi iaitu di Dewan Gemilang.

8:30-1:40pg:
 hampir Kesemua wakil dan penyokong Pro-M berkumpul di dataran Dewan Gemilang untuk menunggu keputusan.
satu isu dikeluarkan dimana 2 orang calon Pro-Aspirasi tidak menghadiri bengkel calon tetapi dibenarkan untuk bertanding.
sorakan dan laungan dari penyokong Pro-M memenuhi ruang waktu hampir 3 jam sementara menanti keputusan diumumkan.
lewat jam 12 tengah malam iaitu waktu kemuncak.
barisan calon Pro-M keluar dari pusat pengumpulan undi dan mengumumkan bahawa PRK 2011 berpihak pada PRO-M dengan memenangi 22 kerusi berbalas 15 kerusi.
jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah 37 kerusi.
deraian air mata kesyukuran memenuhi ruang Dewan Gemilang.
pelukan dan ucapan TAHNIAH silih berganti..
doa yang syahdu menutupi perhimpunan Mahasiswa di Dewan Gemilang.
KONVOI BESAR-BESARAN meraikan kemenangan PRO-M melewati seluruh pelusuk bumi UKM dengan beratus-ratus motosikal dan berpuluh-puluh kereta mengiringi calon-calon PRO-M yang menang.
sesi penutup adalah sesi muhasabah di Masjid UKM.

calon Pro-M yang menang:


more information : http://gm-ukm.blogspot.com/
sekian.

* alhamdulillah..syukur..
dapat saya meraikan kemenangan GMUKM sebelum kaki melangkah pergi dari bumi UKM.
*saya kurang selesa berbahasa formal ..=P

with love : siti nurfarehan




Wednesday, September 1, 2010

berdengkurr....

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..

salaam akhir ramadhan..
beberapa hari lagi ramadhan akan tinggalkan kita...

"saat kau nyalakan pelita raya..
adakah kau tiup sama hingga padam cahaya ramadhan yang masih bersisa"

renungkan dan masih ada lagi waktu untuk mengisi masa masa yang masih berbaki..=)
jangan putus asa...teruskan usaha...


erm..teruskan pada tajuk entry...

pernah dengar suatu kisah..
tentang seorang wanita muslimah dipinang oleh seorang muslimin...
maka jadilah wanita ini tunangan orang...
hampir tiga bulan menjadi tunangan orang...
akhirnya suatu hari hadir surat dari pihak lelaki kepada muslimah ini..

ingin memutuskan pertunanagn..

isinya lebih kurang begini..

"saudari..ana dapat tahu bahawa saudari mempunya tabiat tidur berdengkur..
bukan ana merendahkan saudari..tetapi bagi ana..
ana tidak boleh menerima ent ..
kerana tabiat berdengkur ini...
keputusan ini bukan atas kehendak diri ana,.
tetapi atas tuntutan dakwah yang ana ingin teruskan..
ana adalah seorang pendakwah..
dimana siang hari ana berpenat lelah memenuhi tuntutan dakwah ana..
jadinya..ana seharusnya penat dan letih setelah seharian memenuhi tanggungjawab ana..
jadi ana perlukan tidur yang berkualiti pada malam hari..
jadi masalah berdengkur adalah ganngguan bagi ana..
gangguan bagi ibadah dan gerak kerja ana..
kerana hanya pada waktu malam ana dapat berehat dan tidur..
itupun dalam jangka masa yang singkat..
jadi ana memang sangat-sangat memerlukan tidur yang berkualiti..
sedangkan saudari ana pilih ..insyallah akan menjadi teman tidur ana,,
mana mungkin ana mahu kita tidur berasingan seumur hidup kerana ana tak tahan dengar dengkuran..
jadi..jalan yang terbaik yang ana dapat fikirkan adalah...
sebaiknya ent mendapat rawatan doktor..
jika ia boleh disembuhkan @ dirawat..maka.
ana menerima dan meneruskan hubungan ini...
jika tidak dapat disembuhkan..
ana mohon maaf...
adalah lebih baik ia tidak diteruskan..wallahulam"


kita lihat ia adalah satu hal yang remeh temeh kan..
tetapi kadangkala ia memang benar2 menjadi gangguan pada kerjaya,dakwah dan  kualiti tidur...
ia tetap suatu alasan yang kukuh untuk menolak pinangan seseorang..

erm..selalunya lelaki yang paling banyak sekali yang berdengkur..

erm..
saya pun tak tahan dan tak boleh tidur kalau dengar orang berdengkur...
tak kisahlah lelaki @ perempuan..
jadi..boleh tak kalau saya tolak pinangan lelaki yang berdengkur..

kalau tak..
saya jadi burung hantu betina..
malam berjaga..
siang tidur je..
hehe

with love: nuramna najihah

Thursday, August 26, 2010

pose pose!

assalamualaikum wbt..


lama rasanya tak update blog..
bukan tak nak update...
cuma kadangkala masa tak mengizinkan,,(ceh alasan je nie)
tak pun,memori jadi terencat jap..
malam tu ada idea..
esok hilang balik...=)

jadi...
blog ni terbiar sepi lagi...
sian ...haha


minggu lepas pegi melaka..
seronok sangat..
sebab apa...
jumpa orang melaka laa...
belajar buat kuih sepit...mencabar betul buat kuih nie..
tapi dapat jugak sebalang..
haha..
kalau tak mencabar..agak agak dapat berapa balang??
jawapn: bentuk balang pun tak nampak..sebb lagi senang kuih..lagi malas nk buat..haha


pastu jalan jalan kat pantai...
cantik ,tenang dan dapat tengok matahari terbenam...
waaa..subhanallah..
sangat cantik..
sampai tenggelam kasut dalam air..
sebab tertinggal kasut masa panjat batu batu besar kat tepi pantai..
hehe
family yang sangat sporting dan suka bergurau senda...
tak henti henti senyum dan ketawa..
ada je gelagat yg mencuit hati..
walaupun kami hanya 4 orang je..
saya sebgai tetamu..
kawan sy sebagai tuan rumah..
mak dan ayah kawan saya sebagai tuan rumah utama..
tak habis habis mengusik..

tu kisah pertama la..




kisah kedua..



kisah puasa di rumah...
ada program kat masjid..
ada orang tempah kuih kat mak..
tau berapa?
1000 lebih kuih...dalam masa sehari..
tau sape yang kena buli dgn mak...
tuan punya blog..haha
lembik habis la...
tu baru buat kuih..
tiba tiba ayah masuk dapur...
"k.an,ayah rasa macam nak makan laksa la..kalau rajin buatla. ayah dh beli ikan ni haa."
ok..sambil tunggu mak uli tepung dan goreng kuih...
rebusla ikan tue..
tetibe mak pulak cakap.."sedapnya,kalau dapat makan laksa.."
ok..sekrang nampak macam kena buat laksa..
mak memang favourite dia laksa....
tapi tiap kali nak makan ,mak bodek saya..
suruh saya buat..
bukan sebab laksa saya sedap..tapi sebab mak malas nak buat..hehe

rendamla laksa pulak..
ayah masuk dapur lagi..
"k.an ,kat situ ada  kacang soya..terpulangla nk buat ke tak"
hahaha..ayat kias tue..
padahal..ayah memang asyik angkut air soya je sepanjang bulan pose nie..
ni mesti malas nak beli dah..haha
so..ambik periuk..rendam kacang soya...
Amboi..periuk tue..haha
sepaket kacang soya..boleh dapat berlambak lambak air soya..
boleh minum sampai kembung perut..


tengah bertungkus lumus buat kuih tue...
memang banyak yang kelakar..
mak la...
asyik buat lawak spontan..
dengan  faris yang asyik panggil "mak..mak..mak...mak...."
fed up mak saya...hahaha..
sebab faris saje je panggil mak..
nak usik usik mak je tue..haha

dia asyik main dengan mercun dia..
tak faham saya...
faris asyik main mercun je...
tau sapa beli..??
ayah saya yg beli...
alahai...anak ayahla katakan..
faris memang orang yang paling terer sekali bodek ayah..!!

dari pagi bawak ke tghari dan..petang...
baru buat kuih..
belum buat lauk berbuka lagi..
dalam pkul 5.30..kuih siap..terus hantar ke masjid..
sekrang time untk masak lauk berbuka..

ayah pesan ari ni nak makan..
"asam pedas tumis ikan cencaru..,ikan keli goreng, sayur bayam ,sambal..dan petai.."
lauk ringkas je..sebab ayah tau kami penat..
sementara mak pegi hntar kuih..
saya rebus laksa dan buat kuah laksa...siap!
pastu goreng ikan keli dan masak asam pedas..
ikan keli tu bukan saya yang siang ok...
tak beranilah siang ikan keli....haha..takut kena sengat.!!


lepas semua dah siap..barulah lega...
last2x...
ayah makan kat masjid plak...
adoi..
tadi bukan main lagi pesan..nk makan tu..nak makan nie..haha
takpe..kitorang je makan..
sedap..haha

lepas maghrib..buat air soya..
haa..dapat seperiuk besar..
haa..ayah boleh minum tiga hari tiga malam punya la..
biasa malas nk buat air soya ni..
memang senang tapi leceh...
banyak prosedur..
tapi kalau dh beli kacang soya tu..semangatla nak buat..



seharian duduk kat dapur...
dari pagi sampai malam..

seribu lebih kuih..
seperiuk laksa..
seperiuk air soya..
dengan kuih muih lagi..

haa...nak apa lagi??
kenyang perut,carilah bantal plak..hehe

lepas maghrib..tido..

bangun tido..tolong mak jahit baju..
tapi terpaksa ditinggalkan sebab saya memang tak reti menjahit..
buat rosak kain je..haha
tolong tu boleh..tapi tolong "tengok" jela..
nak cari orang yang boleh jahit baju nie...
cari fareha...
kain tu akan jadi baju..
cari saya..
kain tu akan tetap jadi kain..

lastly..
tengok doremon je dengan  faris..
lagi best..


fuh..esoknya balik ke kampus...
rasa mcam tak nak balik je..
huhu..
belum pun sampai dua jam perjalanan..
mak telefon.."rindu kat saya!"

hehe..
harap2x..cik fareha tak jeles kat sy..sebab dia tak boleh balik rumah...

with love:nuramna najihah