Tuesday, December 28, 2010

wasiat nabi =>>saidina Ali

assalamualaikum

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

semakin lama ia semakin dilupakan..

assalamualaikum
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





"minum ape bang?" Abang pengambil order menyapa dengan sopan.

"bagi saya Barli Ais." Akh Fauzi memulakan ordernya.

"saye bagi.....Bancau yer.."Akh Faidhi sambil membaca surat khabar yang disediakan di gerai tersebut.

"erm.. bagi Limau Ais.." Akh Fuad yang tidak lari dari limau ais di setiap order tidak kira dimana gerai diperginya.

"hah..faiz..minum apa?" Akh Fauzi melihat mad'u (orang yang ingin didakwahi) Akh Faidhi yang kelihatan malu-malu yang duduk dihadapannya.

"owh..bagi saya Milo Ais ya bang.."Faiz order sesuatu yang membuatkan Ikhwah semuanya terkejut.

"ok..makan pula?" Abang pengambil order bertanya.

"tak per bang...kami minum jer..terima kasih bang.."Akh Fuad menjawab hormat.

Akh Faidhi dan Akh Fuad terus melihat Akh Fauzi selepas order yang diucapkan oleh Faiz. Faiz yang tiada kefahaman mengenai isu boikot tanpa rasa bersalah terus order produk keluaran Nestle. Akh Fauzi hanya memberi isyarat menenangkan Akh Faidhi dan Akh Fuad untuk biarkan dahulu order Faiz. Namun diam tidak bermaksud menyokong perbuatan tersebut, tapi ingin memberi pengajaran secara berhikmah dengan memberi kefahaman kepada mad'u tersebut.

Sementara menunggu order..

"ni..abang ada sesuatu ingin dikongsi.."Akh Fauzi dengan nada santai ingin memulakan perbualan. Memang antara keempat mereka Akh Fauzi paling tua dari yang lain.

Semua yang lain terus mengawal fokus ke arah Akh Fauzi.

"abang nak kongsi pasal satu kajian ni.."Akh Fauzi dengan suara semangat disertai pergerakan tubuh ingin menarik perhatian semua.

"ok..bayangkan di sini ada air mineral..di sini ada air RO atau reverse osmosis..sini pula air bateri..sini air berkarbonat..macam 100 Plus, 7 Up..sini pula air zam-zam.."Akh Fauzi memberikan 5 sample untuk dibayangkan sambil menunjukkan kawasan yang berlainan namun tersusun dari kiri ke kanan. Ikhwah yang lain hanya fokus melihat dan mengamati perkongsian experiment mengenai air tersebut.

"ok..jadi..semua warna dia putih kan...warna clear..jadi..semua warna yang sama pada mulanya...jadi..semua tahu kan pasal pH value..dari yang merah is acidic..sampai jadi warna ungu which means alkali.."

"owh..tahu..ape name..yang ade table die tu..pH table la kot..dari merah, kuning, hijau, biru dan ungu if tak silap.."Akh Fuad memintas.

"hah..betul la tu..ok..jadi..dalam setiap sample ni kita letak Universal Indicator..letak beberapa drop ja..so, each sample akan berubah warna dia berdasarkan pH masing-masing kan?"

Semua yang lain mengangguk setuju.

"if letak di air mineral..berubah jadi warna hijau...if letak di air RO pun..hijau-hijau gak la..if letak di air bateri warna apa? hah faiz.."

"di air bateri..acidic kot bang.." Faiz menjawab.

"yup..tapi tak acidic sangat..dia jadi warna kuning..hehe.."

"owh ya ka akh?"Akh Faidhi sambil memajukan badannya.

"iya..ok..kita teruskan..next sample air berkarbonat..sengaja pilih yang warna dia clear..senang detect..rasanya apa colour dia?"

"sure merah kan bang.."Faiz yang kelihatan minat dengan kajian ini.

"yup..merah..means very acidic..boleh dikatakan poisonous juga..agak bahaya boleh menghakis colon kita..roughly 2.5 pH value dia tu..dahsyat gak.."

"betul akh..macam Cola la kan..2.5 something..tapi ramai kot orang minum."Akh Faidhi memberi sokongan.

"betul3..tak per..kita habiskan lu kajian kita..next sample air zam-zam..cuba teka warna apa?"

"alkali la kot.."Akh Fuad menjawab santai.

"dia warna ungu..tinggi la alkali dia..kalau WHO..tahu kan..World Health Organization..dia inform, 'The best water in the world is Mecca Water (Air Zam-Zam)"..so, kalau mana-mana mau keluarkan produk air yang terbaik, kena memenuhi kriteria Air Zam-zam ni..alkali dia tinggi..banyak nutrien..yang paling hebat, Air Zam-zam ni dikatakan Air Hidup.."

"tahu kan Rasulullah melarang kita meniup air atau makanan yang panas??? Setiap apa yang disampaikan Rasulullah ada hikmahnya...bayangkan di setiap sample tadi..kita ambil straw, kemudian tiup menggunakan mulut kita..air mineral yang tadi warna hijau, dia akan jadi kuning...air RO..air bateri pula makin acidic..air berkarbonat tak payah tiup..dah memang merah tahap karma dah..hehe..tapi kalau air zam-zam, kenapa dia dikatakan air hidup, sample yang lain if ditiup dia akan kekal acidic tu..tapi if air zam-zam, kalau kita tiup, dia akan juga menurun tapi takkan jatuh bawah dari warna hijau..tapi dia akan dengan sendiri naik kembali jadi warna ungu..itu yang dikatakan Air Hidup tu..automatic jadi alkali balik.."

"subhanallah..mantapnyer.." Akh Faidhi kekaguman. Dua yang lain turun menunjukkan ekspresi muka yang sama, kagum.

"tiada dapat lawan ciptaan Allah..pastu, kita ni kena neutralize kan acid-acid di badan ni..contoh, kalau kita tengok, yang sample semua tadi yang sudah diacidickan, boleh guna air contoh mineral tadi kita tuang balik dalam sample, tuang banyak-banyak sampai air yang warna kuning jadi hijau balik..tapi if sekadar guna air mineral atau RO susah la..pH rendah juga..tapi if letak air zam-zam jadi neutralizer, mantop.."

"tapi..acid ni bahaya..lebih-lebih lagi air berkarbonat tadi..yang warna merah tu..nisbah (ratio) acid to alkali dia, 1:8..maksud dia, 1 acid sudah mampu mengalahkan 8 alkali..kalau kita letak 100 Plus contohnya di penutup botol dia yang kecil tu, sikit ja tu..cuba kita tuang di air mineral, air RO, air bateri hatta air zam-zam sekali, semua akan jadi warna merah terus...satu penutup botol ja..sudah cukup membunuh semua.."

"masyaAllah...dahsyatnyer..tapi ramai kot orang yang minum.."Akh Faidhi dengan suara semangat.

"tu la pasal..ana dulu pun minum kot..tapi lepas tahu F&N tu boikot, terus stop..tapi tak tau pula dari aspek kesihatan sampai macam ni..pergh.."Akh Fuad yang lebih semangat suaranya.

"yup..maklumlah..sedap gitu..hehe..tapi di Israel..walaupun dorang yang keluarkan minuman-minuman bergas ni..tapi rakyat dorang tak minum pun..bahkan dorang disupply susu kambing lagi..dorang pengeluar minuman bergas, tapi dorang bukan pengguna..dorang bagi orang lain yang minum.."

"dorang memang menjaga sesama dorang..ini salah satu juga bentuk serangan melalui pemakanan dan minuman..bahkan salah satu sumber income dorang..sebab tu la..Ketua ulama' sedunia..Professor Dr Yusof Qaradhawi mengeluarkan fatwa setiap satu dollar yang kita spent yang menyuppot income zionis ni, ibarat satu peluru kita belikan pada zionis untuk membunuh umat Islam.."

"banyak lagi barang-barang yang kita perlu boikot..ada di internet banyak tu..dalam website yanginminds contohnya...contoh paling dekat keluaran Nestle..macam Milo, Nespray, dan semua la produk dia..tapi Faiz, takpa la..Faiz tak tau lagi..insyaAllah kedepan tak akan order lagi Milo tu.."

"insyaAllah..saya rasa bersalah pula dah order ni.." Faiz dengan muka bersalahnya.

"tak per la Faiz, kami dulu macam tu gak..tapi pelan-pelan boleh punyer..tu la kalau Faiz tengok ikhwah-ikhwah tiada yang guna barang-barang boikot ni..ini la salah satu usahe yang kite boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di Palestine"Akh Faidhi menambah.

Kelihatan air yang diorder sampai akhirnya. Agak lambat kerana ramai pelanggan pada malam tersebut. Namun, penantian tidak disia-siakan berlalu, dapat minuman Jus Ilmu dan Jus Kesedaran menghilangkan haus pengetahuan dan kefahaman mengenai isu boikot.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[QS al-Baqarah, 2:216]


*****************

"owh..macam tu ka akh kalau mau ilaj (clearkan) pasal barang boikot? ana mau tegur tadi, tapi tidak tau macam mana mau start..takut menyakitkan hati pula kalau direct ja tadi.."Akh Faidhi

"insyaAllah..buat macam tu ja..pelan-pelan masukkan secara halus..kan dakwah untuk menyentuh hati, bukan menyakitkan hati..hehe.."

"kalau antum tidak mulakan tadi..ana terus ja mau cakap air tu barang boikot..tapi dia sudah order.."

"tidak apa la akh..mad'u..biasa la..kita bagi kefahaman dulu..kedepan insyaAllah dia tidak akan lagi order minuman boikot.. Kita harus membumikan gaya berdakwah akh, agar nuansa dakwah tidak memberi  kesan pertama yang menyeramkan."

"wah..betul tu akh..masukkan pasal saintifik lu tadi..ana pun terkilan mendengarnya..hehe.."

"hehe..tapi tu la akh..isu Palestine ni macam ada musim dia..sedih gak tengok..inilah kita habis dijajah oleh puak zionis ni..sedangkan kita hanya boleh dijajaj oleh Allah sebenarnya..bukan dijajah oleh yang lain dari-Nya.."

"betul akh..insyaAllah.."

Monday, December 27, 2010

kembar kedua..

assalamualaikum..

ahha..jangan terkejut..

kembar saya kat UKM..
nama dia JAMILAH JAMALUDDIN..
orang Pantai Puteri.Melaka.
kenal dia dari minggu orientasi..

bermula masa minggu orientasi..
tengah isi borang perjanjian UKM..
tetiba fasi cakap guna pen hitam je!..

"Alamak!ada pen biru je ni.."
kalut jugak la masa tu..
tegurlah budak sorang ni..
"err..ehem..ada pen hitam lebih tak?"
dia jawab:
"err..ada..tapi kawan pinjam jap..tunggu kejap eh"
saya:
"ok.terima kasih.."

sesi perkenalan bermula..
kebetulan kami sama group orientasi..
dia agak pendiam..
so..kami berbual..
"nama apa?panggil apa?"
"ambik course apa?"
dia jawab:
nama jamilah jamaluddin..
panggil mila..
ambik statistik.
saya : "owh sama...dok bilik mana?aras mana?"
dia :" aras 3,bilik 307"........(ye ke ?lupa dah no bilik dia)
saya :"kita sama aras"
ngee..jodoh kan..=))

so..di situ segalanya bermula...

saya selalu makan kat bilik dia..
dia serumate dengan senior..
banyak masa dihabiskan kat bilik dia..
tengok movie..
buat asgment..
pegi kuliah..
bersama...
saya belajar memahami dia..
dia belajar memahami saya..

proses belajar mengenali..
proses belajar memahami..
...................................................................................

tahun kedua..
kami ambik keputusan untuk hidup sebilik..
sebab senang buat keje sekali kot..

saya belajar mengenali dia sikit lagi..

dia suka sangat buat saya terharu..
masa tengah packing barang nak masuk store masa akhir tahun 1..
dia bagi surat saya..
terkejut..
isi surat tu sweet je..haha..
ada unsur lucu sikit..
yela..bilik dekat..jalan bape langkah je..
tetiba dia guna cara surat..
sweet je rasa..

panggilan kami ialah "mi" dan "mu"..

pernah dia pegi genting..
dia main permainan apa ntah..
dia bawak balik bantal peluk seahorse (kuda laut) kaler hijau..
sampai kat bilik..tengah letih-letih tu..
dia cakap kat saya..
"sori..tak dapat nak dapatkan satu lagi untuk mu.."

saya tya dia :" kenapa nak bagi mi satu plak?"
dia jawab :" mi ingat nak bagi mu satu..huhu"
saya jawab :"eh,mi tak kesahlaa..
tetibe je nak bagi kat me ni..err,mu sayang mi eaa??haha"
dia jawab : "soalan jenis apa tu??.."

dia sanggup pegi genting beberapa bulan lepas tu..
semata nak dapatkan bantal seahorse untuk saya!
dari pagi sampai malam..dia usaha nak dapatkan untuk saya!
dan dia berjaya bawak balik sekor.haha
kaler pink plak tu..
tya dia: "main apa lagi kat sana?"
dia jawab :" main satu permainan ni je laa..nak dapatkn jugak bantal seahorse ni untuk mu!"
so..sy sangat terharu..
sampai macam tu sekali dia nak bagi saya bantal kuda laut tue..isk2x~



nila seahorse tu..yg tengah jeling-jeling tu..tapi saya punya kaler pink dan kecik sikit saiz dia..tq mila!
ekor dia tu yg mahal..boleh buat penyangkut..:P

saya bawak balik rumah..

adik-adik saya berebut nak bantal tu..
saya cakap kat adek-adek:
"bantal ni sangat mahal,takleh jumpa kat mana-mana dah..so tak bleh ye!"
adek bongsu saya sanggup nak tukarkan bantal pensil dia yang jauh berganda-ganda besar dari seahorse yang saya dapat tu..
jawapan saya :"tak boleh..kak mila bagi seahorse tu untuk kak an sorang je.."
wink2x~

besday saya tahun kedua..
masa tu saya suka kura-kura..
(bukan  kura-kura yang hidup ok! yang  palsu je)
nampak comel sangat..
so..masa besday saya tu,..
dia senyap-senyap bagi dua ekor kura-kura kat saya..
satu untuk saya,satu untuk kembar saya!
kura-kura tu untuk gantung kat hanset!
dan saya dah gantung kat hanset saya sampai sekarang!
wah..saya sangat suka dan terharu...

besday tahun ketiga ni..
dia bagi bear..
sangat comel..=)
bear tu ada tanda "love" kat tengah..
lalala..

..........................................................................
kenapa saya sayang dia?
sebab...
dia sangat memahami saya..
dia bukan seorang yang berkira..
dia sanggup dengar saya cerita saya sampai pkul 4,5 pagi..
tahan mengantuk sebab nak dengar saya bercerita..
sedangkan saya tau dia mengantuk..
tapi still respon apa yang saya cerita..
ni yang saya belum jumpa dengan kawan-kawan yang lain..
dia memang seorang pendengar yang baik..
even saya tengah marah-marah pun ,..
dia dengar je..haha..
kesian plak kat dia masa tue..ngee~

dia selalu ajar saya benda-benda yang saya tak faham..
sedangkan dia sangat busy masa tu..
dia selalu ada masa untuk saya..
dia banyak bantu saya..
sampai nak buat praktikal pun ajak saya tinggal rumah dia..

dia tak kisah saya ajak dia teman pegi mana-mana..
setiap sem,saya akan pegi KL..
ada peruntukan untuk family saya..
so..
saya akan pegi MYDIN,JALAN TAR..etc
beli barang menjahit mak saya..
hadiah untuk ayah..
adek-adek..
then..dengan barang yang banyak tu..
sabar jela dia layan saya..

kalau dia bagi something..
kita kena terima..
kalau tak,sampai boleh dia pujuk kita..
kalau tak terima, mulalah dia start ckp mcm ni..
"oh,mcm ni la mu skrg..mu dh berubah dengan mi..huhu"
ceh! ayat ni dah imune dah..ngee..

dia tau saya fobia dengan apa..
kadang-kadang video kat fb..
yang eksiden..putus segala bagai..
dia yang tolong tapis kat saya..
yang ni saya boleh tgok ke tak boleh..
sama jugak dengan gambar..

tapi penah jugak beberapa kali dia usik saya..
dia panggil saya tengok video..
dia senyap dan panggil saya..
sambil tu dia biar video tragis tu "play"
jd..bila saya datang kat dia..
saya akan tengokla video tragis tu..
saya? pejam mata..ngee..=p

dia sangat suka kat "love" dan rama-rama..
dia suka warna purple..
dia suka makan ayam goreng cafe..haha..
dia agak memilih dalam makan..
tapi kegemaran dia memang "kentang"!
dia boleh cerita mcm2x dengan saya je..
so..ngam la kmi kan..=))
..................................................................................................
sampai sekrg apa yang saya tak boleh dengan dia?

saya tak boleh menangis depan dia..
TAK BOLEH!
sebab?
saya malu...
malu....

dia cakap saya ego..
saya cakap kat dia :" taklah..mi dh penah cuba..tak boleh jugak nak nangis depan mu"

saya penah cuba..
tapi malu mengatasi..
haha..
nampak pelik..
tapi selama 3 tahun kami kawan..
saya belum penah nangis depan dia dan kawan-kawan lain..

saya boleh nangis depan angah je..

saya tak reti nak cerita pasal soal hati dan perasaan dengan dia..haha
tak retilaa..
bab cintan cintun pun tak reti..
so, cerita-cerita seperti itu tak termasuk dalam diari kisah kami..
wink2x!

saya cuba buat dia terharu..
tapi saya rasa tak sama dengan apa yang dia buat kat saya..

so..sekrang ni sedang meghabiskan masa kami bersama di sem akhir ni..
owh..saya akan rindu kawan/rumate yang sangat baik macam dia..
susah nk jumpa...=)
saya sayang dia..

p/s: setiap kawan/shbat yang kita temui,masing-masing ada kelebihan,kekuatan dan kelemahan tersendiri..
apa yang penting, kita cuba terima mereka seadanya..
baik yang baik..
atau yang buruk..
setiap sahabat dan kawan-kawan ada tempatnya yang tersendiri dalam hati kak an!
luv u...ngee~

*tulis ni sebb risau jugak kalau che dayah.ejah dan ida terasa hati..
jenuh plak saya nk memujuk...


with love : siti nurfarehan

Sunday, December 26, 2010

wasiat nie..bace2x!

ASSALAMUALAIKUM


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya. Sayidatina Aisyah bertanya. Mengapa wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah s.a.w; 


*  Kerana perempuan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan.
*  Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa.
*  Mereka kurang akal dan kurang beragama, sering tertipu dengan pujukan lelaki dan syaitan.
*  Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan persekitaran.”

Oleh itu wanita harus waspada terhadap sesuatu agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merugikan diri mereka sendiri. Mereka hendakalah sering bertakwa dan mendekatakan diri kepada ALLAH s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.”
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
“Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf).”
(Riwayat dari Hassan)

Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a berkata:
“Dunia ini ilah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang soleh (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah lagi:
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiapa-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”
(Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Sebaik-baik wanita itu adalah tinggal di rumah tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang sering keluar rumah kan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia.” (Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita, kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.

Diriwayatkan pada suatu hari, ketike Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya (Ummu Sailmah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salmah,”Bukankah orang itu tidak melihat kami, ya Rasulullah?”Rasulullah menjawab:”Bukankah kamu dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

terima kasih Cikgu Shehdi I

assalamualaikum

Encik Shehdi adalah pensyarah kimia kat Matrik saya dulu..
dia tak pernah ajar saya..
tapi saya suka nasihat dia..
sampai sekarang nasihat dia tak putus-putus buat anak-anak murid dia..
untuk itu..
saya ucapkan TERIMA KASIH CIKGU SHEHDI!
dan ALHAMDULILLAH kerana dipertemukan dengan cikgu Shehdi.

................................................................................................................................................

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Pesbuk sebagai medium bersosial terkini.

Pesbuk oh Pesbuk…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“apa punya lecturer la... ajar kimi-'A'! pun salah... baek aku yg ajar..!!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Pesbuk,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berPesbuk,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berPesbuk,
Tengah mesyuarat pun ada orang berPesbuk,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Pesbuk,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Pesbuk?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Pesbuk?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Pesbuk,
Makan: Pesbuk, minum: Pesbuk, bermain: Pesbuk, berjalan: Pesbuk…
Pesbuk…Pesbuk…Pesbuk!

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat



apekah?

assalamualaikum..
hari ni keluar dengan rumate ..
pegi shopping..
beli barang keperluan dapur..
eh!..keperluan bilik..=)

tengah jalan-jalan cari kasut..
tak dak yang berkenan..
jalan lagii..

singgah satu kedai..
kedai pakaian..
sedang belek-belek pakaian..
nampak sorang pekerja..
dia pakai subang (anting-anting) dan rambut pendek gaya perempuan..
lembut je gaya dia..

dia datang kat saya..
"ye kak, nak beli apa?"
mak aih..sekali lelaki!
gulp!
"akak! akak nak yang mana?"
err..nak beli ni..(saya dh pilih apa yang saya berkenan dan tunjuk kat dia)
"ok.kejap ye kak"
dia pegi kaunter..
saya?
terkejut dan..
saya rasa geli geleman disitu..haha


muka nampak mcm perempuan..
dan saya pun nampak dia mcm perempuan..
saya confius tapi takdela sampai nak fokus kat dia je..


tiba-tiba masa kat kaunter..
"weyh , mu chek meta kod ni bape riya? kod dua na lape" (cuba cek kejap kod ni berapa ringgit?kod 268")
pekerja tu cakap kat kawan dia yang kat kaunter..
ternganga saya..
"sekali orang kelantan la plak"haha...
kawan dia tu pun gaya sama dengan dia..
"rm **..bukuh ke dio lalu deh" (Rm**..bungkus kat dia terus ea)..

saya tengok je diorang cakap..
"ingatkan sorang je,rupanya dua-dua..ish2x!"

dia panggil saya..
"akak dah siap..eh,akak taknak beli yang lain ke?banyak lagi yang lawa-lawa nie.."

"eh,takpe-takpe.mekasih"
keluar kedai sambil tahan gelak..
aduii..haha

geli saya..
sampai bilik..teringat lagi..
haha..

*saya dapat hadiah besday 6 bulan awal..rumate dah kasi siap2x...
saya sangat suka dgn hadiah tu..
terharu sgt,.wink2x..

okla..
tu je nk cite..

with love : siti nurfarehan

Thursday, December 23, 2010

bangun!

assalamualaikum..

bangun..
jatuh...
bangun..
jatuh..
jatuh..
jatuh..
jatuh..

BANGUN!!!

jangan pernah berhenti untuk bangun semula!
"failure is a key of success "

biar kita terpaksa belajar merangkak semula..even orang lain dah berlari..
jangan sesekali kita lemah dengan diri sendiri..
cuba! cuba ! dan CUBA sampai ke akhir!
bila kita terus mencuba..
kita akan tau dimana titik kesilapan dan dimana kita perlu baiki..
terus belajar dari kesilapan..
belajar..beljar.. terus belajar..
biar sedikit kita dpat..
itu lebih baik dari kita terus membelenggu diri dengan kegagalan..
"when you stop learning,you stop leading"
at least,lead yourself!

AND..
THE MOST IMPORTANT THING IS..
JUST BE YOURSELF!
BCOZ..
"YOU'RE GREAT JUST THE WAY YOU ARE"
(ambik dari movie dan dari dulu saya pegang kata-kata ni..)

why struggling to be somebody else?
You'll look so dumb and have no charm at all..

also..
you'll lose the happiness thing in your life..
what?
yourself!

mode: motivate diri sendiri dan kawan-kawan.

siti nurfarehan

mengapa nuramna najihah??

assalamualaikum..

saya minta maaf sangat-sangat..
sebab..
kadang-kadang entry saya banyak kpd cerita diri sendiri..
berbanding benda-benda/perkongsian yang jauh lebih bermanfaat..
mana yang baik..ambikla sebagai nasihat..
mana yang buruk tu..tegurla dgn cara yang baik..
saya terimaa..

.................................................................................

hampir 5 tahun guna nama nuramna najihah..
siapa yg rapat dgn saya memang tau dah nuramna najihah = siti nurfarehan..

kenapa pilih nuramna najihah sebagai nama pena?
sedangkan banyak nama lain yang sedap2x..
memang kebanyakan nama saya..
jarang saya letak nama sendiri..
biasa pakai nama nuramna najihah..
siti nurfarehan guna untuk perkara formal je..

ini pendirian dan asbab saya pilih nama ni..
bukan saja suka-suka..
dan saya tau..
ramai org ada sebab mengapa diorang pilih nama pena sebagai pengganti diri..

pertama : nur

seindah maksudnya juga..
nur = cahaya..
saya sangat sukakan nama nur...
doa untuk diri dan shbt2x saya..
agar nur hidayah dari Allah menerangi jalan hidup kita didunia ni..

biar saya dilupakan sekalipun..
doa saya akan tetap mengiringi..
hidup takkan semudah yang diimpi..
tetapi impian akan terus segar bila hidup kita ada panduan dan tujaun..
am i right??

kedua : amna

amna = aman,tenang,tenteram..
ini yang saya harap dan doa dari pada Allah..
agar sesiapa jua yg mengenali..berkawan..bersahabat....etc..
akan sentiasa tenang,aman dan tenteram dengan saya..
dengan perangai,sikap dan akhlak saya yang kadang-kadang merimaskan..
kata-kata saya yang suka cerita "benda yg sama je"..
celoteh saya yang kadang-kadang membuang masa..
sikap saya yang akan membosankan..
permintaan yang remeh temeh dan macam tak relevan..
dengan segala kelemahan yang saya ada..
dengan segala kekurangan yang saya ada..
semoga mereka aman,tenang dan tenteram bersama saya..
semoga mereka terima saya seadanya..
seikhlas yang mereka mampu..

asal nama ni saya jumpa dalam sebuah novel..
watak yg dipegang amna dlm novel tersebut..
cara mendidik..
cara menyayangi..
cara menghargai..
cara melindungi..
cara berbakti..
cara memaafi..
subhanallah..mantap!
tapi itu adalah fantasi..
tetapi saya akan jadikan ia realiti..insyaAllah..
mohon doanya ya!


ketiga : najihah..

najihah:kejayaan

sebagai pelengkap nuramna..
tiada cerita dongeng..
ia datang dari lintasan hati saya..
mungkin kerana saya masih menuntut ilmu Allah ketika itu..
saya ingin selalu mendoakan kejayaan dunia dan akhirat untuk saya,keluarga,kawan-kawan,sahabat-sahabat dan semuanya..
kejayaan yang sebenar..
kejayaan yang datang dari Allah..
dalam keadaan kita berjaya..
dalam keadaan kita gagal..
kejayaan yang benar-benar untuk seorang hamba kepada Khaliqnya..

maka lengkaplaa..nuramna najihah..
tiada siapa yang tau saya guna nama ni sebgai nama pena..
kecuali orang yang betul-betul kenal saya..
yang dah pernah jumpa personally dengan saya..
budak sekolah menengah saya tau pun lepas diorang add (**) saya..

ada kisah pada tahun ketiga saya guna nama ni..
sepupu saya yang saya panggil kak wina..
selamat lahirkan anak kembar perempuan..
nama amna najihah dan anis nabihah..

tak tahu perasaan apa dalam hati saya..
cemburu ke?
seronok ke?
sebab nama yg sy khas untuk diri saya sendiri..
tetiba dikongsi dengan orang lain..
so..
sampai sekarang masih dalam keadaan keliru..

tetapi..
jika bersua di laman maya ..
atau bersua muka..
saya sangat selesa dengan nama farehan..
nama sebenar dengan orang sebenar..
nama dari kedua ibu bapa tersayang..

sejak dari lahir sampai sekarang..
saya pernah jumpa 2 orang  je yang  sama nama dengan saya..
satu kat matrik..
satu kat sekolah menengah..
dan saya cemburu..
ye cemburu..
sebab selalu kena usik..bila nama sama..
tapi kat UKM yg luas ni..
belum jumpa lagi nama yg sama dgn saya..
legaa..
(sebab nama tu mak & ayah bagi untuk saya sorang je)
tapi cemburu tu simpan diam-diam dalam hati..=)


dan nama sebenar saya adalah SITI NURFAREHAN BINTI SAMSURKHAR..

bukan farehan sahaja..(saja nak bagitau nama penuh)

sekadar itu jela..

with love : nuramna najihah

Sunday, December 19, 2010

malu..

assalamualaikum..

sedikit tentang sifat malu..

sabda Nabi SAW: "Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu". (HR Abu Daud)


Dalam  satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(HR Baihaqi)


sabda Rasulullah SAW: "Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(HR Bukhari)

Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah saw bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(HR Bukhari)



Rasulullah bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(HR Bukhari)


with love : siti nurfarehan

jiwa

assalamualaikum..

jiwa..
bila sering dididik..
bila sering disentuh..
dengan keteguhan ad-din..
dengan keutuhan amal
dan  kesungguhan istiqamah..
maka...
ibarat sebuah pohon bunga
ia akan terus mekar..
sesegar daunnya..
seindah kelopaknya..
seharum baunya..

jiwa..
bila ia sering diuji..
bila ia sering teruji..
ia akn terus kuat..
ia akan tetap teguh..
walau sekuat mana badai menghempap..
walau sederas mana ribut menghentam..

tapi..
perlu juga diingat..
jiwa itu MESTI  terus..
terus dan terus dididik..

kerana jika ia dibiar tanpa dipimpin..
lemahlah iman..
pudarlah semangat..
hilanglah kesungguhan..
jauhlah ia dari Allah..
jauhlah ia dari manusia..

kerana..
ia hidup sendiri..
dengan hati yang mati..

siti nurfarehan

Thursday, November 11, 2010

salam........

assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

hidup ini indah..
bila hati dan hari dihiasi dengan iman..
=)

with love : siti nurfarehan binti samsurkhar

Tuesday, November 9, 2010

apa yang saya ...

assalamulaikum..

sila jangan baca entry ni..
sebab entry ni luahan perasaan saya semata-mata..

apa yang teringin sangat saya nk buat sekarang ni..
waktu ni..
tika ini..

saya nak pergi jauh-jauh..
sendirian..
seorang..
tak nak sapa-sapa ikut..
tak nak sapa-sapa tau..
tak nak sapa-sapa ganggu..
tempat yang takdak orang kenal...
tempat yang tenang..
jauh dari kesibukan kota...
tepi pantai yang tak tau dek orang...
sunyi dan damai..


saya nak tadabbur alam..
dekat dgn ciptaan Allah..
menilai kesyukuran seorang hamba..
yang selalu meminta-minta pada Khaliqnya..
saya nk pandang langit lama-lama..
saya nak jalan-jalan tanpa tujuan...
hanya ikut kata hati..
di atas bumi Allah...
di bawah langit Allah...
milik Allah segalanya..
saya nak renung alam lama-lama..
saya nak hayati alam semulajadi dengan hati saya..
saya nak termenung lama-lama..
saya nak pejam mata lama-lama..
bila saya buka mata..
saya tenang...
saya nak renung kelemahan diri sendiri..
muhasabah diri..
menilai diri...
sendirian....
segalanya sendirian...
indahnya..
bestnya..
dah lama rasa teringin nak buat..
cuma sekrang perasaan nk buat tu semakin kuat...
sangat kuat..
kuat.......


tapi..
mungkinkah terjadi,.
mak bagi ke?
ayah bagi ke?
nak pegi mana?

dahla anak dara..
nak pegi tempat mcm tu sorang-sorang..

tp yang pasti..
saya  SANGAT-SANGAT teringin nak buat mcm ni..
Allah...........

boleh tak nk buat keras kepala..
degil..
nak pegi jugak!

tak boleh2x..
dosa2x..

baik itu jelas..
buruk itu jelas...
maka , tndakan juga kena jelas..


ok2x..
boleh pegi ramai-ramai..
tapi untuk sekian waktu..
biarkan saya sendirian..
sehari..
dua hari..
tiga hari..
seminggu...
bolehkah??

ya Allah..teringinnya.......................................
betul...tak tipu..
sungguh-sungguh nie...
Allah..

bukan lari dari masalah,..
bukan!
bukan!..
saya memang inginkan ini..
impikan suasana ini..
dalam sekian umur ini..
Allah...

saya nak rasa ketenangan itu sendirian..
ya mungkin dengan  beribadah itu ada ketenangan..
cuma..
bila mendekati ciptaan Sang Pencipta,,
rasa keangungan pencipta lebih dalam..
rasa kebesaran Allah menenggelamkan keangkuhan seorang hamba..
mampu meyedar dan menginsafi kekerdilan seorang hamba..


bukankah..
dengan mengingati Allah..
hati akan menjadi tenang....
Allah..
Allah...
Allah..

perasaan apakah ini??
kenapa tulis entry ni..
perasaan ni tak berkurang??
kenpa semakin kuat??

nak pergi........................................
jauh...........................................................................................................
sendirian....................................................................................................................
menangis....
akur dengan fitrah wanita ..
air mata peneman setia..
walau cuba sedaya upaya untuk berlagak tabah...
walau sekuat mungkin menahan perasaan..

Allah............

with love : nuramna najihah

p/s:kan dh ckp..jgn baca..nak baca jugak..huhu