Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

hak kita ..

assalamualaikum...

andai ada yang terlupa..
kita sama-sama mengingatkan..
andai ada yang dah tahu..
marilah kita sama-sama amalkan..
andai ada yang tidak ambil peduli..
marilah kita sama-sama ambil berat..

Hak Muslim Terhadap Muslim Yang Lain

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.

[Hadis Riwayat Muslim]

with love : siti nurfarehan binti samsurkhar
a.k.a nuramna najihah..





Saturday, October 30, 2010

INILAH AKU...

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 


I LOVE this article..
&
i love u..ISLAM..

with love :nuramna najihah

Monday, September 20, 2010

facebook..hanya satu pilihan..bukan kewajipan..

assalamualaikum..
rasanya saya masih berpeluang untuk mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..
taqabbalallahu minna wa minkum..
kullu 'am wa antum bikhoir...

hanya sekadar peringatan buat kaum hawa..
dah lama sebenarnya nak meluahkan..
tapi tiada kesempatan..(alasan je nie..=p)

ok,,fokus!

tak dapat dinafikan bahawa sekarang ni laman sosial FACEBOOK mendapat tempat pertama dikalangan masyarakat dunia..

ada banyak application pada profile kita seperti INFO , FOTO , VIDEO dan sebagainya..

saya cuma mahu tekankan disini tentang FOTO..

saya tahu..ramai wanita diluar sana memiliki facebook masing-masing termasuk diri saya sendiri..
itu satu PILIHAN  yang kita pilih..
cuma ...
suka saya ingatkan kepada perempuan diluar sana...
terutama para muslimah..
gambar yang anda upload..
sila buat PENAPISAN..

80% (rasanya lebih nie..) daripada pengguna perempuan di facebook meletakkan gambar peribadi mereka..
tak kirala yang ada kefahaman ataupun tidak..
mungkin lebih baik gambar peribadi anda tidak diletakkan..
anda boleh pilih gambar mana yang anda boleh letak dan tak boleh letak..
itu PILIHAN anda..

mengapa perlu lihatkan kecantikan wajah dan tubuh anda kepada dunia..
friends anda boleh mencecah 5000 orang..
yang lihat bukan PEREMPUAN semata mata..

apa yang anda cuba tunjukkan pada mereka?
 anda cantik?? ye ke?

anda bersama siapa?
anda pergi mana?
anda buat apa?..
untuk apa anda buat semua nie?




atau memang anda berniat untuk tunjukkan diri anda kepada dunia..

mencari publisiti murahan..
ataupun inginkan orang komen banyak-banyak pada foto anda?

katakan anda pergi suatu tempat..dan nak tunjukkan tempat tu pada orang ramai...
maka..gambar yang patut diletak adalah gambar tempat tu..
bukan gambar anda..
anda hanyalah side effect je..
tak penting pun..

saya rasa ramai perempuan yang jadi mangsa fitnah di facebook akibat daripada foto-foto mereka sendiri..
ramai yang kena sabotaj melalui foto..
muka lain..badan lain..
kena-kena gambar bog*l..(sory..direct!)
tapi tak ramai yang ambil pengajaran..

ni pendapat peribadi saya..

anda muslimah..
ada ada kefahaman..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA JAGA..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA PAMERKAN..
laman sosial facebook bukan menuntut anda supaya bersosial untuk semua perkara..
gambar-gambar anda adalah fitnah bagi diri anda sendiri..
berapa ramai lelaki yang jadi friends anda yang melihat foto foto anda?
anda suka ke gambar-gambar anda jadi santapan lelaki?
mungkin ada yang save gambar anda..buat desktop background..=)
anda tidak tahu..
mungkin gambar-gambar anda boleh menyebabkan orang lakukan sesuatu yang tidak baik pada diri anda..(nauzubillah)..
tapi kemungkinan tetap ada..
jangan salahkan mereka..
anda yang buat/beri pada mereka..

Nilai anda bukan pada facebook..
nilai anda adalah diri anda sendiri..

saya tahu anda cantik..
tapi bila anda letak gambar anda yang tak tahu motif apa..
anda tak cantik...
kerana cantik hanya dilihat pada akhlak
bukan pada wajah atau kecantikan luaran..

saya bukan hanya berbicara pada yang single..
juga pada pasangan suami isteri..
berkahwin bukan tiket anda untuk bebas letakkan gambar anda berdua sesuka hati..
ada yang perlu ditapis..

juga buat sang teruna..
tapis gambar anda..
walaupun anda lelaki..
anda juga  TAK LAYAK letak gambar sesuka hati walaupun facebook tu anda yang punya..
gambar guling-guling atas katil tak payahla letak..
gambar tak berb*ju..tak payahla letak..
gambar anda mandi laut tak payahla letak..
gambar tak tutup aurat tak payahla letak..
gambar anda lompat tingi tinggi pun tak payahla letak.
(saya tahu sekrang ni ramai lelaki publish gambar lompat tinggi-tinggi tu)
apetah lagi publish..


anda ada banyak sangat PILIHAN untuk letak GAMBAR apa sekalipun..
tetapi..
anda BERTANGGUNGJAWAB terhadap PILIHAN yang anda buat..
pastikan anda ada jawpan kukuh mengapa anda buat pilihan tersebut  bila ditanya Allah nanti..

"anda adalah satu kenangan..
mungkin orang ingat anda sekrang..
tetapi anda akan dilupakan bila masa berganti masa..
anda hanya sebagai peneman satu perjalanan kehidupan.."
kongsikan kisah hidup anda hanya pada mereka yang layak..

anda cantik bila apa yang anda simpan..
anda perlihatkan pada mereka yang layak..

tambahan : tapis info + status dll..


with love:nuramna najihah

Monday, August 30, 2010

cantik...

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum wbt...

semoga iman dan amalan semakin "montel"..
kerana kita sudah melepasi 2/3 ramadhan..
sekarang ni pasti orang berebut rebut nak  bertemu malam lailatulqadar..
ramai yang iktikaf kat masjid..
ramai yang bangun qiam..
ramai yang baca al quran..

tapi saya rasa..
ramai lagi yang tidur...=)

saya sangat berharap..
agar muslimin dan muslimat terus hidupkan bulan bulan yang lain..
sepertimana kita menghidupkan 10 malam terakhir ramdhan...
indahnya...
amalan bersedekah..
amalan ziarah menziarahi..
amalan bertadarus..
amalan solat berjemaah..
amalan tidak membazir..
amalan solat malam..
amalan mengimarahkan masjid..


terbaca satu artikel..

Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja dalam seumur hidup..
oh..alangkah sedikitnya..
3 kali je,,..
bayangkan berapa kali mak panggil kita dalam sehari?


3 kali je..


pertama: AZAN.

azan itu adalah panggilan Allah yang pertama...
yang kita dengar dengan JELAS..
sape yang tak pernah dengar azan??
tu pun kadangkala orang buat buat tak dengar..
 panggilan solat..
yang slalu kita remehkan..
sedangkan solat itu adalah benda yang paling ringan sekali (imam ghazali)..
mudah sekali kita lengah lengahkan..
mudah sekali kita tinggalkan..
sedangkan kita sendiri tau hukum dan akibatnya..

panggilan kedua: HAJI/UMRAH

Panggilan kedua ni  Allah panggil SAYUP SAYUP je..
"tunaikanlah haji bagi mereka yang mampu..'
sayup sayup lambaian kaabah memanggil manggil..
mendekatkan hamba pada pencipta sebenar..
menjauhkan hamba dari dunia..
mentarbiyah hamba pada hakikat diri sebenar..
namun..
ramai yang persiakan kesempatan yang Allah beri..
ramai yang tak mampu..tetapi Allah bagi rezeki lebih...maka dia dapat jadi tetamu Allah..
manakala..ada yang terlebih mampu..tetapi masih meremehkannya..
menangguh nangguhkan lambaian kaabah..kerana kesibukan harta dan kerjaya...


panggilan ketiga:  KEMATIAN..

panggilan TANPA BERITA..
sampai ketikanya..
dimana jua anda berada,,
dalam keadaan apa pun anda..
panggilan ini akan menjemputmu...
bersediakah anda??

wallahualam..

salam ramadhan..
masih ada masa lagi untuk memperbaiki mana mana yang kurang...=)

with love: nuramna najihah..

Sunday, June 6, 2010

wahan,,

assalamualaikum..

"Rasulullah saw telah memberikan kepada kita satu formula yang amat mudah untuk menewaskan rejim pengganas zionis israel. Formulanya ialah ZERO W1H1N. Iaitu jangan ada sifat wahan dalam diri kita.


 
 
Sikap yang perlu ada dalam diri kita untuk menewaskan zionis israel ialah : Cintakan Akhirat dan Rindukan Kematian. 
Sabda Rasulullah s.a.w. “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”
 
Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”
 
Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).
Isu Palestin adalah isu aqidah. Mempertahankan Al-Aqsa adalah perjuangan aqidah. Segala usaha ke arah pembebasan Palestin merupakan jihad. Menyebarkan kesedaran, menginfakkan harta, menyata & melaungkan sokongan semuanya merupakan bahagian2 dalam usaha dan jihad membebaskan Palestin dari Zionis yg keji.
with love : nuramna najihah

Monday, May 3, 2010

SABAR..

assalamualaikum..

berbicara tentang "sabar"..
ramai yang faham dan sedia maklum..
dan sudah menjadi buah mulut setiap hari..

setiap manusia ada kelemahan yang tersendiri..
cuba tanya setiap kawan-kawan anda..
pasti akan ada kelemahan pada diri masing-masing..

cuma..
bila berhadapan dengan kelemahan diri dan kelemahan orang lain..
kesabaran itu amat-amat dituntut..
sabar dalam berukhuwwah..
sabar dalam mentaati Allah..
sabar dalam menghadapi ujian hidup..


SABAR DALAM BERUKHUWWAH..

manusia itu terlalu banyak ragam dan kerenah..
kadangkala kita sendiri kalah dengan emosi..
rasa geram,marah kecewa dan lain-lain..
kita sukar untuk memahami sifat dan rutin/hobi kawan-kawan kita..
seringkali dinasihat untuk bersabar..
ya..sabar itu sebutnya mudah..
praktikalnya...mencabar..
buahnya..kemanisan ukhuwwah dan syurga..
ujian dalam berukhuwwah..
diuji dan teruji..
bagaimana orang belajar memahami kita..
maka..kita juga perlu belajar memahami mereka..
jangan terlalu pentingkan diri sendiri..
kerana mungkin mereka tidak memerlukan kita..
tetapi..kita memerlukan mereka..
maka..belajarlah bersabar untuk memahami dan menerima mereka seadanya..


Al Anfaal

66. Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

SABAR DALAM MENTAATI ALLAH..

sebagai seorang muslim..
apa yang dituntut ke atas kita sebagai seorang yang beragama islam..
bukan sebagai seorang MELAYU..
amar maaruf nahi mungkar..
bilamana manusia itu Allah hiasi dengan nafsu..
maka..dorongan manusia untuk memelihara,menjaga dan mengawal nafsunya itu memerlukan kesabaran yang tinggi..
memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..
ibadah yang khusus..
sebagai contoh..solat..
kesabaran kita apabila menunaikan solat itu di awal waktu dengan khusyu'..
tanpa sebarang gangguan dunia..
kerja,assingment,projek...
perlukan kesabaran yang amat tinggi..
ujian Allah untuk hambanya dalam usaha kita mentaatiNya..

Al Baqarah

153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Ar Ra’d

22.Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)..


SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP..


setiap orang kesusahan dan kesulitan yang Allah beri berlainan..
ada orang Allah uji dengan kemiskinan..
ada orang Allah uji dengan kekayaan..
ada orang Allah uji dengan percintaan..ujian hati..
ada orang Allah uji dengan penyakit..
ada orang Allah uji dengan akhlak manusia..
terlalu banyak dan pelbagai jnis bentuk ujian yang Allah beri kepada hambanya..
bukan sekadar suka-suka..
bukan menyusahkan hambanya..
bukan membebankan hambanya..
Allah sebenarnya melatih sifat sabar dalam diri kita..
sejauh mana kita bergantung pada Allah..
sejauh mana usaha dan keikhlasan kita dalam menerima takdir Allah..
sejauh mana tawakkal kita pada Allah..


Al Baqarah

155. Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

konklusinya..

Fushshilat

35. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai
keuntungan yang besar.


Al Ma´aarij

5. Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.

with love :nuramna najihah
*saya minta maaf-saya tiada "feel" menulis ketika ini..moga bermanfaat..