"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.." with love-nuramna najihah :)..
Thursday, July 30, 2009
Peliharalah mereka...
sedikit perkongsian buat diri sendiri yang sering alpa..
juga buat teman2 yang dikasihi..
moga kita sama2 merenung kembali kekhilafan diri dan terus memperbaiki kelemahan masing2..
4 golongan lelaki yang ditarik perempuan ke neraka :
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.dia hanya memberi kemewahan dunia pada anak - anaknya dan membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat,bergaul bebas,dan sebagainya..... maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka di akhirat kelak.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan tidak mengambil berat tentang urusan agama adik perempuannya dan membiarkn mereka terus melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya nanti di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,membiarkan ibunya terus melakukan kelakuan tersebut sedangkan dia tahu tentang hukum perbuatan tersebut haram dalam islam..maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikanlah tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankanlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..sesungguhnya apa yang telah Allah tetapkan itu amat baik buat diri anda semua..
with love : nuramna najihah
Monday, July 27, 2009
PMFST UKM + ALUMNI KMPK + PELAJAR PDT KMPK..
Alhamdulillah..
syukur pd Allah kerana pd Saat dan ketika ini..
masih diberi kesempatan lg untuk merasai nikmat islam dan iman..
Alhamdulillah..
Rasa syukur juga dipanjatkan kerana pada detik2 ini..
ukhwah sentiasa terjalin di antara teman2,kakak2,shbt2,senior2,adik2 dan sebagainya..
samada dlm keadaan kita sedar ataupun tidak..
samada kita hargainya ataupun tidak..
Pada 25 dan 26 Julai 2009
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & teknologi UKM (PMFST) telah berkelapangan menjayakan satu ekspedisi ke Perak iaitu Ekspidisi ke Gua Tempurung dengan kerjasama Alumni KoLej Matrikulasi Perak (KMPK)serta pelajar PDT KMPK..
semalaman di KMPK..
saat manisnya merasai bibit2 ukhwah terjalin bukan sahaja antara sesama ahli ekspedisi..tetapi juga antara pelajar PDT KMPK yang sgt memberi komitmen yg tggi kpd Pgram kmi..
Sesi "Misi Mustahil" memperlihatkan bgaimana pelajar membina keyakinan diri melalui pemilihan2 yg tepat dlm masa yg singkat..hujah yg mantap,pandangan yg bernas,bahasa yg fasih(sebenarnya kelakar sgt diorang nie)..semua nk mempertahankn misi masing2..
"misi mustahil"..
sebenarnya apa yg penting pd misi ini..
>" carilah kelemahan dan kelebihan diri kita sendiri bukan pada org lain "
>" setiap diri kita mempunyai peranan yg penting dlm sesebuah komuniti "
>" memberi pendapat dan Hargai pendapat org lain "
~thank u very much..sgt hepy dgn gelagat diorg membahaskan misi ni..~
gua tempurung
8.00 pg kmi bertolak ke gua tempurung..
tetibe mendung...hujan..
Alhamdulillah..Rahmat Allah menyertai kmi..
kmi semua xdapat pakej ke-3(laluan berair kerana faktor keselamatan)
jd dapat pakej ke-2..jalan dan mendaki kwsn kring shja..
masa mendaki tue,guider 2 tunjuk gambar mcm2 kt gua tue..
kaki kuda,nenek kebayan,kuda laut,ikan lumba2..byk lglaa..
kdg2 kmi pun konfius..betul ke guider ni ckp pasal gambar nie..mcm pelik jer..:)
tp sapa yg pegi tue memg akn dapat rasai satu pengalaman yg sgt kagum..
satu tempat yg keadaan angin dia sgt tenang,sejuk n agak kencang..tp hnya pada satu tempat shj sedangkan tempat kelilingnya xda angin lgsung..
xtau nk cite mcmne..tp bg sapa yg melaluinya..memg akan rasa..Subhanaallah..sgt tenang dan kagum~
mendaki gua ni xla mencabar sgt tp LEnguh kaki dan lenguh leher mendongak!!
mcm2 ada..
overall semua geng2 ekspidisi sgt hepy..tgah2 mendaki,ade je lawak yg diorg buat..sgt best n hepy~
rasa sgt ukhwah walaupun sbhgiannya baru je berkenalan~
mcm adik beradik~
menepati tema KEBAJIKAN DAN KESATUAN~
~seronok bila ekspidisi bersama diorng..sporting and caring..thanks to u all..~
~khusus buat k.balqis and ida yg comel,thanks bcz always be with me..~
k.balqis >berjaya mengotorkan kasut kaler putih dia..baru plak tue..sory yer..~
lata kinjang
dah habis ekspidisi dlm pkul 11..makanan siap pkul 1.30..lmbat lg nih..
tetibe lepas jalan2 n tgkap gambar..
"okay,td kita xboleh lalu ekspdisi yg kena air kn..so,kita sume g lata kinjang sekrg..kite sume mandi kt sanaa..rehlah sampai pkul 1 nnti.."
bas pun geraklaa..
ramai yg tido waktu nie..maklumlaa penat mendaki..kuang2~
samapi dlam pkul 12 lebih laa..
bila bas parking jer..laju je diorg turun..tambah2 bila nmpak air yg tenang..
sy,ida n k.balqis turun lambat sikit..
masa tue sume ahli lain dh pegi menuju ke air terjun..
yg perempuan jalan2 dan mendaki sampai puncak air terjun nie haaa..
yg lelaki plak..mandilaaa..ape lg~
sy,ida n k.balqis buat projek baru..jeng2??????
memandgkn sy dh penah pegi tempat nie sebelum ni bersama dgn senior2 kmpk kesayangan sy..
bila semua dh bergerak dgn group msg2..
kmi g satu tempat yg tersembunyi....
bwk brg2..
pastu kitorang makan cucur ubi sama2..kitorang jer..~best!~
pastu kitorang mandi(sejuuuukk)..hehehe..3 org kmi jer..bukan assabiah tp kalu g mandi kt atas..kwsan dia terbuka..not available for muslimah~ngeh3x
mandi sambil memerhati keindahan ciptaan Allah..Subhanaallah..cantik~
bila dh masuk dlm air apa akibatnya??
sume xnak kuar air plak dh...
kmi budget kmi akn jd org yg paling awal naik bas..
semua dh naik bas..
kira2.."eh !"
"mana lg 3 org perempuan??"
~......~huhu
rupa-rupanya,kmi paling lambat..hooo~
masa naik bas..
kakak n kwn2 lain tya.."eh.hangpa 3 org mandi ke?"
"aah.,.mandilaa..best!..alaar,kitorg xdpt mandi pun,,jalan2 jer.."
"heheehe..rugi2!.."
(patutla kite plg lambat,diorg xmndi..just jalan2 jer)
sampai KMPK pkul 2.30..
"okey,pkul 3.30 kumpul,kita balik ukm.."
tp pkul 4.10 bru bergerak balik..
masa balik ni...
sy konfius sebb bas ni seolah2 xde org naik..........senyaaaap!!
sume org sibuk buat ekspidisi alam maya plak~
pkul 7.00 sampaila kt ukm..
~serba sedikit tentg pgram ekspidisi Gua tempurung~
teladan:
~kdg2 kita rasa seseorg/kumpulan tu menyisihkan kita..tp hakikatnya mereka sgt menghargai kita.Maka bersangka baikla..
~kdg2 ukhwah tue kita yg perlu mendatanginya..bukan membiarkan ia menghampiri kita..kerana bila kita menunggunya dtg..ia kemungkinan akan lebih jauh dr kita.
~sesuatu kebaikan itu biarlah dtgnya dr diri kita sendiri..bukan suruhan@paksaan dr org lain..kerana istiqamah itu lahir dr usaha yg ikhlas..bukan dr usaha yg dipaksa.
~bila kita memberi sesuatu dgn bersungguh2,maka kita juga akan mendapat sesuatu yg bermakna dan bersungguh2 juga..
special dedicated to:
~PMFST UKM
~ALUMNI KMPK
~PELAJAR PDT KMPK
~KAKAK CFE B DAN AIMAN yg cute~
(thanks for giving us your fullest cooperation)
with love:nuramna najihah
Thursday, July 23, 2009
"Cantiknya Seorang Muslimah"
Buat tatapan hiasan dunia yang paling berharga..
“Cantiknya Seorang Muslimah”
Awalnya ku tidak percaya diri
Dengan pakaian yang tertutup rapi
Teman temanku berkata aku tidak trendy
Tp abi dan ummiku berkata aku sgt cantik..
Wahai teman yg bermimpikan sanjungan palsu
Cantik bukan beerti buka bukaan
Cantik bukan beerti selalu berdandan
Cantik bukan dengan berpakaian ketat dan nampak susuk badan
Dan cantik juga bukan beerti seorang pujaan..
Ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
Kututupi auratku hingga terasa tenang jiwaku
Kulonggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk badanku
Kulakukan semuanya ikhlas hanya untuk Rabbi-ku
Dan hatiku berbisik,”Ya Allah,moga Engkau bahagia melihatku..”
Andai semua orang memahami
Andai wanita itu mengerti
Andai gadis itu mengetahui
Cantik lahiriah bukan ukuran
Tapi
Cantik bahasa dan terpelihara pergaulan lebih utama
cantik akhlak dan hati memikat jiwa manusia
seperti yang telah Allah perintahkan
seperti Rasullullah gariskan
kerana rasullullah qudwah kita
kerana bertemu Allah itu tujuan utama kita
dan syurga itu impian kita..
khas buat muslimah acuan al-quran..:)
with love:nuramna najihah
Wednesday, July 22, 2009
~sedikit perkongsian~
1.Tidak ada suatu yang paling bermakna di dalam kehidupan ini melainkan ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan anak yang soleh.
2.Jasadmu adalah untuk duniamu, Rohanimu adalah untuk akhiratmu, Bersihkan hati ; baikilah dirimu, Agar berbahagia bertemu dia yang satu
3."HANYA ILMU, IMAN, DAN TAKWA SAHAJA YANG DAPAT MEMBELI SYURGA ALLAH. KEJAYAAN BIARLAH YANG LUAR BIASA UNTUK ALLAH".
4.padukan ilmu dan akal itu untuk membanteras kejahilan....
5.m'sia lahir disambut dgn azan, m'sia mati diiringi dgn solat.... antara azan dan solat... alangkah singkatnya hidup kita ini... sekadar renungan
6.gantungkan cita-citamu setinggi bintang di langit.... dan rendahkanlah diri serta keperibadianmu serendah mutiara di dasar lautan.......
7.Bersabar & redhalah pada suatu kesengasaraan walaupun ia pahit kerana disebalik kesengsaraan itu wujudnya satu hikmah yg manis
8." SAHABAT YG BERIMAN IBARAT MENTARI YG MENYINAR..SAHABAT YG SETIA IBARAT PEWANGI YG MENGHARUMKAN..SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN.."
9.sesiapa yang keluar dari kediamannya untuk mencari ILMU....dia sedang berada di jalan ALLAH sehingga dia pulang
10.sahabat yang sejati ialah sahabat yg masih menyayangi diri anda walaupun telah mengenali anda sebenar-benarnya
11.wahai org2 beriman jika kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu utk mencapai kemenangan & meneguhkan pendirian kamu
12.To love someone is nothing, to be loved by someone is something, To be loved by someone u love is exciting...but to be loved by ALLAH is EVERYTHING
13."Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar ".
(Al-Baqarah : Ayat 153)
with love:nuramna najihah
Monday, July 13, 2009
Ainul mardhiah..
Ainul Mardhiah..Bidadari Syurga…
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama….
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… takpernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai…. lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii…… tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga…. Subhanallah
with love:nuramna najihah
Saturday, July 11, 2009
gopeng..
hurm..sebenarnya nk promote satu tempat..
best..kt gopeng..
dekat je kt matrik perak(KMPK)..
nama tempat ni,Kem Murni Gopeng..
cantik tempat dia..
sesuaila kalau nk buat pgram motivasi,kepimpinan @ etc..
tempat ni xde chalet..tp
ada rumah buluh..memg totally sume buluh..dia buat 2 tingkat..cantik..:)
atap rumah tu atap rumbia..(mengekalkan keaslian warisan nenek moyang..:) )
boleh muat dlm 20 hgga 30 org..(nk selesa 25 okla)
ada 4 buah..2 sebelah kanan n dua sebelah kiri..tgah2 dia tanah lapang..
(sesuai untuk pgram yg melibatkan lelaki n perempuan)
sebelah rumah buluh ni..ada sungai..bersih n jernih air dia..memg best.
pastu ada kawasan lapang.kira mcm padangla..untuk game.
ada 1 dewan terbuka..
ada 3 tandas..
1 surau..(saiz sederhana)
kalau nk buat explorace pun boleh..
selalu kalu buat kem..kite redah hutan..
tempat ni lain..
kite redah gua..hehe
nama gua tu , Gua kandu..
best sgt2..pengalaman pertama masuk gua nie..
byk khazanah dlm gua ni..
memg diorg jgala..
ada flying folk dlm gua nie..
mencabar jugakla..kalau xdak torchlight..memg susahla..gelap terus!
so,kena bwk torchlightlaa..
ada sarang kelawar..byk plak tue..
sedikit gambar..
gambar sebahagian peserta semasa pengisian di dewan terbuka
padang yg luas..
juga di padang
kat tepi sungai..
sebelum masuk gua..
semasa jelajah Gua Kandu
Gambar dlm Gua Kandu
hurm..memg xrugila g tempat nie..
best sgt2..:)
p/s:dlm proses mendapatkn gambar tempat..nnti sy upload gambar lg.
with love :nuramna najihah
Thursday, July 9, 2009
petua cermin mata..
assalamualaikum..
Petua bersihkan Cermin Mata
Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.
sy xpasti petua ni berkesan @ x sebb sy xpernah mencuba..(sy bukan pengguna cermin mata..:))
terpulang pd anda semua untuk mencuba dan melihat kesannya..
with love:nuramna najihah
muslimah @ pohon semalu..
teladan wanita di sebalik pohon semalu..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
with love:nuramna najihah
Monday, July 6, 2009
babi..
jgn salah anggap tentg tajuk entri ni..
memg diakui..
masyarakat melayu sgt sensitif dgn perkataan babi..
disini cuma ingin merungkaikan persoalan..
"kenapa islam mengharamkan babi?"
Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source:
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]
Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,
Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]
Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus.
with love : nuramna najihah
Sunday, July 5, 2009
cinta seorang pemuda..
lama rasanya xpost cerpen..
terimalah..
CINTA SEORANG PEMUDA
oleh:Shahkang
“Aduh, mana dia ni!?”
Hamid mengeluh panjang sebelum menghela nafasnya dengan sekuat-kuat - tertekan kerana orang yang dinantikan belum kelihatan kelibatnya. Dia mengibas-ngibas lantai simen kelabu tempat dia memacakkan kakinya dengan suratkhabar yang baru dibeli dan menjelepokkan tubuhnya dengan selesa. Matanya kadang-kala mengerling jam dinding plastik berdekatan pintu utama masjid. Sinar cahaya semakin membalam menanda tirai senja mulai tersingkap menggantikan redup petang.
“Sembahyang Asar apa lama sangat ni,” katanya sambil membuka helaian demi helaian suratkhabar lusuh itu.
Srett…!
Kedengaran seretan pintu kaca masjid itu bergelongsor dan Hamid bingkas bangun dan menepuk-nepuknya punggung teposnya untuk membersihkan habuk. Cuka wajahnya seolah-olah dibilas dengan segelen manisan setelah melihat Dalila rakan sekuliahnya yang dinanti sejak sejam yang lalu telah muncul. Hamid melangkah mendekati sahabatnya bersama degupan jantung yang mula mengatur rentak pantas.
“Dal!”
“Assalamualaikum, Hamid! Hah, ada apa ni?”
“Err. Walaikumsalam” balas Hamid dengan sekuntum senyuman kelat. Merah padam wajah cerahnya itu dek lupa memberi salam.
“Saya nak pinjam nota kuliah Dr. Fred tadi, saya duduk di belakang tak nampak tulisan kenitnya tu, boleh kan?” sambungnya.
“Boleh saja. Semangat betul awak ni, Mid. Sanggup tunggu saya untuk sekeping nota comot ni. Maaflah lambat, tadi saya ada usrah,“ Dalila mengambil beg sandangnya dan membelek-belek kepingan kertas di dalam fail poketnya.
Hamid masih kekal dengan sengihannya. Bukanlah semangat belajar yang mendorongnya tetapi ada niat lain yang telah disisipkan bersama. Dalila menghulur sekeping kertas biru kumal yang telah dicoret pelbagai persamaan dan rumus matematik yang berselirat di atasnya dengan rencaman warna pen yang menarik.
“Kalau boleh pulangkan esok sebab saya nak study untuk kuiz rabu depan. Eh, saya dah lewat nak ke majlis iftar! Dah hampir waktu maghrib ni. Marilah pergi sekali kalau awak ada kelapangan,”
“Tak apalah, selamat berbuka!” Terasa tertampar wajah Hamid apabila mengimbau kali terakhir dia berpuasa sunat semasa di sekolah berasama penuh empat tahun dahulu. Itupun kerana sekolah mewajibkan pelajar berpuasa sempena hari Nisfu Syaaban. Kalau tidak memang mustahil untuk dia menahan lapar dan dahaga untuk suatu ibadah yang hukumnya tidak wajib.
“Kalau begitu tak apalah. Saya nak pergi dahulu nanti lambat pula, assalamualaikum!” Dalila terus berlalu dan melintas jalan untuk ke perhentian bas di hadapan masjid untuk menyertai puluhan pekerja pejabat yang sedang menanti bas. Di celah-celah kelompok manusia terdapat kerusi yang sudah penuh dilabuh orang. Dalila berdiri sambil menyelak-nyelak naskhah Al-Quran yang sebesar tapak tangannya sebelum berhenti di satu muka surat dan memulakan pembacaan dengan perlahan. Mereka yang berada di situ sekali-sekala menlirik ke arah gadis bertudung hijau cerah itu. Mereka kagum dengan kesanggupannya membaca kitab Allah itu walaupun penumpang lain sibuk mengibaskan diri sendiri kerana kepanasan akibat angin yang tidak memuput seperti selalu. Kekhusyukannya langsung tidak tercela walaupun sesaga.
Hamid mengamati gadis idamannya itu sambil berjalan menuju ke wakaf berhadapan dengan masjid tempat dia meletakkan motosikalnya. Tidak terlepas sesaat pun segala perlakuan Dalila yang betul-betul memikat hatinya, malah mungkin ratusan kaum Adam yang lain. Sekujur tubuhnya itu sentiasa dibaluti lapisan kain polos yang berlapis-lapis – menutup segala aset seorang wanita yang mampu membuaskan nafsu lelaki. Disulam pula lembar-lembar benang keimanan di segenap tubuhnya bersama benih-benih ketaqwaan yang sentiasa bercambah dari pancaran wajahnya yang selalu tenang itu. Tampak berbeza benar dengan rakan wanita Hamid yang lain. Mungkin itulah yang merasuk Hamid untuk mencintai Dalila walaupun ungkapan rasa hati belum terpacul dari mulutnya.
“Berpeleseran lelaki dan perempuan hukumnya haram, melainkan setelah diijabkabulkan melalui ikatan suci pernikahan. Firman Allah melalui surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud, janganlah kamu menghampiri zina. Ingatlah kawan-kawan, berpasangan antara kita secara haram kadang-kala boleh mengakibatkan kita terlangkah setapak ke arah zina,” Hamid teringatkan pembentangan Dalila dalam kelas agama Ustaz Ismail bulan lepas. Seluruh kuliah diselubungi hening mendengar pentarbiahan Dalila menerusi petah kata-katanya membaca maksud ayat Al-Quran dari surah Al-Isra’ itu. Selepas itu, makin kurang rakan sekuliah mereka yang berlagak sepeti belangkas ke hulu ke hilir menayangkan hubungan haram mereka itu. Kelibat manusia bertenggek bersama angin asmara mereka di sudut-sudut sunyi kawasan kolej juga kian susut. Dalila amat menitikberat soal pergaulannya dengan lelaki dan kerana itulah Hamid terpaksa mengatur langkah berhati-hati dalam memenangi zabarjad hatinya itu.
Hamid tersentak daripada lamunan singkatnya. Tatkala azan Maghrib berkumandang dia terus memecut motosikalnya meninggalkan asap kelabu motosikalnya yang menggejuju dan menodai ruang udara masjid itu. Tidak terlintas langsung di hatinya untuk bersama-sama bersolat jemaah.
* * *
Suasana blok kediaman lelaki seperti malam-malam biasa. Kadang kala kedengaran nyanyian sumbang pelajar bersama petikan gitar melulu tanpa irama yang teratur dan ada juga penghuni yang diselubungi hening bersama lambakan tugasan yang perlu segera disiapkan. Hamid dan Kamarul, rakan sebiliknya membisu sahaja sambil jari-jemari masing-masing melekap di kekunci computer serta melantun-lantun untuk menyiapkan tugasan mereka.
Hamid merenggang-renggang lengannya sambil menghempaskan tubuhnya yang kurus kering itu ke tilam bujangnya. Bantal empuknya menjadi pelabuhan kepalanya yang sudah disebui kira-kira kalkulus yang menyerabutkan jiwa. Sesekali dia mengeluh berat.
“Kau agak Dalila tu layak tak untuk aku?” suara serak Hamid memecah keheningan bilik itu. Kamarul yang sedang asyik meneliti hasil kerjanya di skrin komputer bimbitnya sedikit terkejut..
“Kau lelaki dan dia perempuan. Apa masalahnya?” katanya berseloroh sebelum menyambung semula pengamatannya kepada skrin terang-benderang itu.
“Ish, ke situ pula kau ni! Maksud aku dia tu warak macam ustazah. Aku ni? Wirid lepas solat pun aku tak terhafal kau tahu? Yang lain tu jangan ditanyalah,” fikiran Hamid mula melayang mencari kekurangan dirinya. Memang berbeza benar dirinya dengan pujaan hatinya itu. Dalila merupakan seorang muhsinat bernadikan mujahadah pejuang sejati. Muraqabahnya sepanjang waktu bagaikan kesetiaan langit menemani bumi. Sifat mahmudahnya? Ah, hingga ke hujung dunia pun sukar diganti! Hamid apa yang ada?
Kamarul tersenyum tanda mengerti persoalan yang menyerbu kotak fikiran sahabatnya itu.
“Aku rasa kau patut berubah, Mid. Kau tu pipit sahaja tapi berkehendakkan si helang. Dalila tu mesti kerkehendakkan muslimin yang dapat membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Allah. Kalau macam perangai kau sekarang, alamatnya masuk longkanglah!” Kamarul tergelak sedikit bersama tegurannya yang berbaur sinis itu. Ungkapan yang cukup untuk menghiris kalbu Hamid menjadi jalur-jalur keinsafan. Hamid sedar yang dia tidak layak untuk meniarap sama tinggi dengan Dalila, apatah lagi hendak duduk atau berdiri.
“Apa yang patut aku buat?” getus rasa hatinya yang disergah perasaan seribu resah. Dia tidak mahu kehilangan nilam hatinya yang sudah lama ingin ditawannya itu.
* * *
Suasana masjid sepi tanpa pengunjung. Matahari baru sahaja naik segalah dan air embun pun masih lagi segar menempek di pohon semalu di taman perkarangan masjid. Hanya Hamid dan beberapa ahli surau menapak masuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat duha. Hamid mengalirkan air ke celah-celah jari kakinya sambil menggosok-gosok sebarang kotoran yang menghalang wuduknya daripada sempurna. Dia kemudiannya melaksanakan solat sunat yang sangat besar fadhilatnya itu secara berseorangan di satu sudut sunyi masjid yang mampu mendamaikan hatinya serta menambah kekhusyukannya.
Setelah selesai berdoa kepada Allah Rabbuljalil, dia teringatkan Dalila. Lantas dia menderaskan langkahnya bagai lipas kudung menuju ke tangga surau. Ah, sandal biru kepunyaan gadis itu masih di situ! Dia tersenyum sendirian dan sengaja melambatkan pemakaian kasutnya sambil membelek-belek telefon bimbitnya kononnya seperti membalas mesej. Hampir dua hari tidak menatap wajah puteri kesayangannya itu. Kesatuan rasa cinta dan rindu telah meratus gila dari perdu hati terunanya itu.
Suara Dalila yang kedengaran tidak jelas akibat dibatasi pintu kaca itu sedikit menjompakkan keriangan hatinya.. Gementar jiwanya menjalar hingga ke seluruh badan. Bergetar tanpa disedari sesiapa pun. Dalila dan rakan usrahnya, Yasmin mula mendekati tangga surau untuk memakai kasut mereka sebelum berjalan menuju ke bilik kuliah masing-masing.
“Eh, Hamid. Dah solat duha?” Dalila sedikit terperanjat.
Hamid menguntumnya senyuman yang tidak putus-putus kepada Dalila. Dia pasti nada terkejut itu akibat perubahan dirinya yang secara tiba-tiba itu.
“Sudah. Tadi pagi saya ada usrah dengan Abang Man. Pelajar tahun akhir perubatan tu. Menarik juga berbincang mengenai kes murtad tadi,” jelasnya dengan sedikit rasa bangga. Harapannya agar Dalila menyedari sesuatu yang berlainan dalam dirinya. Jika dahulu waktu rehat paginya dipenuhi dengan derai tawa bersama rakan di kafeteria, kini dia beralih kepada program agama yang membina jati diri dan ukhwah sesama pelajar Islam di universitinya. Tiada lagi bayangannya berpeleseran bersama rakan sekuliahnya dengan motosikal berkuasa tinggi dan deraman enjin yang membingitkan. Dia benar-benar telah berubah demi kasihnya kepada Dalila yang tudungnya melabuh hingga ke punggung itu.
“Oh, baguslah begitu. Tak tahu pula awak dah sertai usrah sekarang. InsyaAllah mudah-mudahan banyak lagi rakan kita akan mengikut jejak langkah awak ni,” kata Dalila sambil tangannya melambai ke arah Yasmin yang sudah beberapa langkah dari situ.
“Hendaknya begitulah. Dah lewat ni, jom ke kelas nanti tak dapat duduk barisan depan. Jenuh kena jegil biji mata nak menyalin nota Dr. Fred,” cadang Hamid. Mereka bergegas meninggalkan tangga masjid itu apabila teringatkan betapa halusnya tulisan professor subjek kalkulus mereka itu.
Dalila terus meninggalkannya berseorangan dan tidak menunggu Hamid walaupun mereka menuju arah yang sama, dewan kuliah yang sama. Hamid yang pada mulanya terkedu dengan perbuatan rakannya itu mula memahami prinsip gadis itu - amat menitik berat soal pergaulan dengan lelaki. Walaupun sekelumit rasa terkilan mula terpancar dari raut wajahnya, tapi meluap-luap juga rasa kagumnya kepada rakan sekuliahnya itu. Dalila bukanlah gadis murahan seperti Emi dan Hazirah yang sangat mudah menerima umpanan lelaki termasuk dirinya untuk keluar berhiburan hingga fajar Subuh muncul di kaki langit sebelah timur. Hamid pasti muslimah pilihannya kali ini tidak silap seperti sebelumnya dan mampu menjadi seorang teman hidup yang setia hinggalah nafas terakhirnya.
* * *
Tamat sahaja kelas dia terus bergegas ke masjid universiti yang sepenanak nasi lamanya berjalan kaki dari bangunan akademik untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Sekitar jam dua petang pula dia dijemput untuk menyertai satu simposium akhlak Islamiah dan sudah pasti dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu yang membawa dirinya lebih dekat dengan Dalila. Gembiranya bukan kepalang melihat gadis berkening rimbun dan berdahi licin itu bersama-sama dengannya dalam masjid itu. Bunga kasihnya bertambah mekar menjernihkan sinar wajahnya yang sudah sedia tampan itu bersama gelojak rasa cinta yang tidak pernah menjengah atmanya sebelum ini. Betapa bahagianya Hamid.
Dalila pula berkali-kali memanjat kesyukuran kepada-Nya. Kadang-kala tidak percaya akan perubahan mendadak yang berlaku dalam diri Hamid. Setiap kali terpandang Hamid dalam majlis-majlis agama, dia hanya menghadiahkan senyuman manisnya sebagai tanda ukhwah sesama saudara seagama.. Hatinya tidak pernah terdetik walau sekumin rasa cinta pada sahabatnya itu. Buah-buah sayang yang ranum terhadap Hamid juga hanyalah sebagai seorang sahabat seperjuangan dalam lapangan yang sama. Tidak lebih dari itu.
Sepurnama sudah perubahan dalam diri Hamid. Dia begitu selesa dengan kehidupan barunya sebagai seorang yang sering menzahirkan diri di rumah Allah. Seperti hari-hari biasa, dia menunggu Dalila di tangga surau tempat mereka menyimpan kasut. Dia didatangi Abang Man yang kebetulan sering menggunakan tangga yang sama.
“Mid, kalau petang Ahad minggu depan ada masa lapang, datanglah sini. Ada majlis akad nikah dan jamuan ringan sikit. Pelajar universiti kita yang bernikah,” kata Abang Man.
“Oh, siapa? Saya kenal?” soal Hamid. Sebelum ini memang berjabu pasangan melangsungkan majlis ijab kabul mereka di situ yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar universiti dan rakan-rakan Hamid juga.
“Dalila dan Fazrul. Rasanya Dalila tu budak kejuruteraan macam awak juga. Datanglah kalau tak keberatan,” kata Abang Man sambil berlalu pergi. Berderau darah Hamid mendengar butir-butir kata yang terakhir itu bersama mulutnya yang terlopong luas. Detak jantungnya yang tenang tadi tiba-tiba bagai direnggut lintasan halilintar. Resah kian memayungi perasaannya.
“Dalila hendak berkahwin? Dengan Fazrul? Fazrul tahfiz Al-Quran yang satu kumpulan usrah dengan aku tu?” dia berbicara sendirian. Dia teringatkan perihal Fazrul, seorang qari yang terkenal dengan alunan merdu suaranya yang serak parau itu sering mendendangkan ayat-ayat Al-Quran di masjid atau majlis-majlis rasmi universiti. Hamid mula terasa betapa ketara perbezaan dirinya dan Fazrul sama seperti dirinya dan Dalila. Kalau bersama dengan Fazrul dalam sesi usrah, dia sering saja membungkam bisu dan hanya menadah telinganya mendengar hujah-hujah Fazrul yang bernas diselitkan pula dengan hadis-hadis atau potongan ayat Al-Quran yang sudah dikhatamnya berpuluh kali. Hamid berasa dirinya sudah gagal dalam memenangi hati Dalila. Masakan helang boleh disamakan dengan pipit. Sampai bila-bila pun tidak akan sama.
* * *
Kamarul mula menyedari perubahan Hamid yang kembali kepada perangai lamanya. Mashaf Uthmani yang sering digunakan Hamid untuk membaca surah Al-Mulk setiap malam sebelum melelapkan mata kini disawangi habuk di atas almari. Kelibat motosikalnya memasuki pintu pagar masjid dan memarkir di hadapan tangga surau kegemarannya juga tidak dapat dilihat lagi.
“Kau berubah selama ini hanya kerana Dalila? Bukan kerana Allah?” tanya Kamarul yang benar-benar dirundung rasa kecewa ekoran perbuatan rakannya itu.
Hamid tetap membisu bersama kolam air matanya. Baginya tiada apa lagi perlu dikejar. Permata idamannya sudah dikebas orang lain yang lebih layak dan berhak. Kamarul tercengang seketika melihat fiil rakannya yang sudah dikenali sejak dua tahun ini. Hamid tidak pernah bersikap sebegini. Kalau meraung kesedihan sekalipun, Hamid akan pulih setelah beberapa hari. Kini sudah hampir seminggu dia hanyut dalam lautan kehampaannya itu. Selaksa tugasan yang diberikan pensyarah langsung tidak diendahkan apatah lagi hendak menyelak buku kalkulus atau kimia yang setebal kira-kira dua inci itu.
Dalila turut sama merasai kehilangan Hamid. Pemuda itu tidak hadir ke kelas kuliah apatah lagi untuk bertemunya di tangga masjid seperti selalu. Linangan air mata jernih muslimah itu membasahi kain tudungnya apabila Kamarul menceritakan kisah sebenar Hamid kepadanya. Dalila kecewa kerana Hamid bukanlah benar-benar mentaslimkan diri kepada Allah Rabbulalamin seperti yang disangkanya. Sebaliknya murad Hamid selama ini hanya kerana dia, seorang hamba Allah yang hanya mengabdikan diri kepada-Nya dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan mahupun mukjizat seperti mana yang dikurniakan-Nya kepada para nabi dan rasul. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah agar Hamid diberi musaadah untuk dipimpin semula ke jalan yang benar.
* * *
Hamid cuba mengagahkan dirinya ke kuliah setelah seminggu berkurung di hostelnya dengan harapan tidak bertembung dengan Dalila seperti sebelum-sebelum ini. Dia mengerling sekitar biliknya mencari buku-buku notanya yang sudah hampir seminggu tidak dijenguk. Tiba-tiba, dia terlihat sepucuk surat berwarna merah jambu yang terdapat di atas mejanya. Perlahan-lahan dia menarik keluar isi surat dan tangannya terketar-ketar setelah nama Dalila terpampang sebagai penukil di sampul surat.
Assalamualaikum Hamid,
Berubahlah kerana Allah Azzawajalla. Bukan kerana diri yang hina ini. Diri ini tidak mampu menyelamatkanmu dari kepanasan api neraka atau raunganmu di dalam kubur kelak. Renungkanlah firman Allah menerusi surah Al-An’am, ayat ke-162 yang maksudnya segala perbuatan kita sebagai hambanya di muka bumi ciptaan-Nya ini hendaklah semata-mata kerana-Nya, tuhan yang Maha Esa. Hamid, ingatlah bahawa kepada-Nya kita berserah dan kepada-Nya juga kita meminta pertolongan. Diri ini berharap Hamid akan bertemu gadis yang lebih layak untukmu kelak. InsyaAllah.
Sahabatmu, Dalila
Rasa malunya kepada Allah memuncak. Tasik bening yang bertakung di matanya mengalir lagi. Dia teringatkan ayat surah itu yang pernah dibincangkan dalam usrah yang dikendalikan oleh Abang Man. Dia sedar selama ini dirinya dihasut syaitan laknatullah untuk mengejar pasangan hidupnya, bukannya rahmat dan keredhaan Allah yang menjamin kehidupan ukhrawi dan duniawi. Air mata yang menuruni pipinya bertambah deras mengimbau kembali bagaimana dia sanggup menggunakan ibadah hanya untuk berada setaraf dengan Dalila. Dia mulai sedar selama ini dia hanya termakan bisikan syaitan yang telah memesongkan niatnya dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.
“Terima kasih Dalila. Semoga bahagia di samping suami tercinta,” bisik hatinya. Dia segera menyentengkan lengan bajunya dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk bagi menyempurnakan taubat nasuhanya kepada Allah Rabbulghafur dengan solat sunat sebanyak dua rakaat.
with love~nuramna najihah
nak suami soleh..
|
Suami Saya Lelaki Soleh "Apakah doa kamu?"
Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.
|
|
|
"suami soleh" bila ia melafazkan akad nikah ..maka dlm dirinya,dia berjanji bhwa dia akan pimpin tgan isterinya bukan shja di dunia..tetapi hgga ke syurga..dia akn merentasi lautan kehidupan seiring dgn ketaatan dan kesetiaan zaujahnya..dia akn membentuk usrahnya dgn didikan al-quran dan sunnah..agar setiap derap lgkah perjuangannya,dia menjd qudwah buat isteri dan anak-anaknya..agar dia dpt bersma lg dgn mereka didlm kenikmatan syurga Allah di akhirat kelak...
"isteri solehah" bila ia bergelar isteri..maka dlm dirinya berjanji..menjdi sayap kiri perjuangan zaujnya..bukan kenikmatan harta dunia diimpi,.tetapi kebahagiaan redha suami yg di kasihi..biar berjauhan namun dekat di hati..kerana dia tahu suaminya pergi bukan atas dasr suka hati..tp atas dasar iman dan islam yg tggi..dia syukur atas rezeki yg diberi..dia sabar dlm mehnah dan tribulasi..kerana tabah mendidik anak-anak..dia redha atas musibah yg diberi..kasih sayang yg diberi bukan ukuran dunia dan isinya..kerana keikhlasan dia mencintai suami anugerah Allah buatnya akan membawa dia bertemu rabbinya..
with love~nuramna najihah
|