assalamualaikum..
TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.
Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.
Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.
Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.
Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.
Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.
Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.
Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.
Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.
Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.
Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.
Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.
Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.
Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.
Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.
Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.
Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.
Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.
“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.
Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.
Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk
MUSNAH...ada antara kenderaan awam rosak apabila terhumban ke dalam jurang akibat laluan di situ runtuh.
TAK DAPAT DISELAMATKAN...runtuhan rumah dan kereta dihanyutkan ke laut selepas ombak besar melanda bandar Kesennuma.
DUA KALI BENCANA...sebahagian daripada rumah di Natori terbakar selepas dilanda tsunami.
JALANKAN PEMERIKSAAN...seorang petugas memeriksa kerosakan Lebuh Raya Joban berhampiran Mito, Ibaraki.
RUGI BESAR...orang ramai melihat kerosakan kediaman mereka di Sukagawa, wilayah Fukushima, semalam.
.............................................................................................................................................................................................................
agak-agakla kan..
berapa orang yang mengambil iktibar dari bencana ni?
terutama orang Malaysia..
atau masih berada dalam keadaan tenang selalu..
baca je berita-berita sebegini..
tapi tak rasa pape pun..
yerla..Malaysia tak kena lagi..
ops..betulkan ayat..
MALAYSIA BELUM LAGI kena bencana seteruk ni..
Kesengsaraan saudara kita di Palestin..
berapa kerat je yang ambil tahu..
berapa kerat je yang prihatin..
dan beribu kerat yang tahu tapi buat tak tahu..
owh SATU SEBAB JE., KERANA KITA BERADA DI ZON SELESA..
mungkinkah ia semakin menghampiri?
Malaysia pun dah macam-macam maksiat yang berlaku..
riba , rasuah tak payah cakapla..
zina pun..tak payah cakap...
bunuh pun tak payah cakap..
arak, judi..biasa..
anak-anak gadis liar berlambak..
anak-anak teruna lembut bersepah..
anak, ibu dan bapak ayam semua dah ada.. (kesian kat ayam kan..)
apa lagi nak cakap..
susah nak cakap..
sebab semua dah ada depan mata...
Malaysia ni kecik sangat..
sudahla kecik..
keliling pulak laut semata..
kalau terjadi apa-apa..
ke laut mungkin kita bertemu..
cuba kita bayangkan kita mengalami bencana seperti di Jepun ni..
terhumban dek ombak mengganas..
tersepit di celah timbunan rumah..
hanyut di tengah laut mengganas..
patah riuk sana sini..
luka sana sini..
kalau mati serta merta?
bagaimana keyakinan kita masa tu?
pada Siapa kita nak bergantung..
masih pada manusiakah?
mari kita sama-sama lihat peringatan Allah buat kita..
walaupun Jepun terkenal dengan teknologi yang tinggi..
Namun teknologi manusia takkan mampu menolak kekuasaan Allah..
fikir-fikir dan renungkan...
p/s: bukan mendoakan keburukan buat Malaysia..Nau'zubillahimin zalik..
saya sendiri pun tak nak benda buruk berlaku kat Malaysia, sebab saya anak jati Malaysia..
cuba, saya ajak kita muhasabah kedudukan diri kita ketika ini..
mana yang buruk baiki..
mana yang baik, tingkatkan..
"Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam"
.................................................................................................................................................................................
agak-agakla kan..
berapa kerugian negara Jepun?
segala rumah yang rosak teruk..
jalan yang pecah dan terbelah macam tu sekali..
logi nuklear terbakar..
saham yang jatuh merudum..
nyawa yang hilang melayang...
(nyawa tu dikatakan sebagai aset kemahiran = jika yang mati tu pakar inovasi tenaga nuklear, berapa kos nak ganti balik seorang pakar yang lain)
keretapi yang jadi pengangkutan utama..
dan lain-lain kerugian..
saje je nak suruh pembaca kira..=)
sekian
with love : siti nurfarehan

sejak bencana ini berlaku, kadar kehilangan dan kematian tidak seramai dan setanding kemalangan jiwa di Banda Aceh suatu ketika dahulu...
ReplyDelete~myb dorg terlalu berbangga dgn teknologi mereka, jadi Allah tarbiyah supaya menjadi lebih rendah diri...
to anonymous:
ReplyDeletedari segi statistiknya memang belum mencapai kadar kehilangan nyawa bandar aceh suatu ketika dulu..
~mybe kita juga terlalu membanggakan teknologi mereka..
jadi Allah juga peringatkan kita supaya muhasabah diri..
ujian dan peringatan Allah ada dimana-mana..