Saturday, February 5, 2011

Tahun Akhir..

assalamualaikum..
baru balik cuti Tahun baru Cina..
tu pun dapat cuti 4 hari je..
tapi tetap Alhamdulillah syukur..

menjadi pelajar tahun akhir..
ingatkan dapat fokus pada tesis semata-mata..
rupa - rupanya..
tak..
banyak benda yang kena settlekan..

LATIHAN INDUSTRI

memandangkan kami adalah FIRST BATCH yang ada latihan industri..
sebelum ni PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK tiada latihan industri..huhu..
dari sem lepas lagi pensyarah dok tekan tekan dapatkan tempat Latihan industri..
sampai bulan 1 ni..
pensyarah tekan - tekankan lagi untuk follow up sape -sape yang tak dapat tempat lagi..
bulan 1 ni..
pensyarah tekan -tekan lagi untuk hantar surat penerimaan kepada syarikat - syarikat berkenaan..
reason yang saya sangat setuju dengan pensyarah ini ialah :
" Kalau penempatan latihan industri dah setle..kamu dah boleh tumpukan pada tesis!
lepas tu , saya dah boleh update penempatan praktikal..
sape - sape yang tak dapat lagi , boleh saya gantikan dengan tempat -tempat praktikal yang kamu tolak.. "
tetapi..
kami pelajar STATISTIK ni ada 77 orang semuanya..
melayu hanyalah 12 orang..yang lain semua cina..
kesian kan..
tapi alhamdulillah..semua budak melayu dah dapat tempat latihan industri..

DR NORA selaku penyelaras latihan industri tengah pening sekarang kat pelajar cina..
diorang semua mintak syarikat insurans dan bank..
ye..memang tak dinafikan kita boleh buat praktikal kat syarikat - syarikat ini..
tapi prioriti lebih diberi pada budak aktuari dan budak fakulti ekonomi dan perniagaan..
tak salah..tapi kena mintak jugak kat syarikat - syarikat lain..
semua syarikat memerlukan pelajar statistik yang mahir statistik dan kualiti..
in case kita kena pandai cerita bidang kuasa kita..

TESIS..

tesis saya bergerak macam siput sedut je saya rasa..
data dah lama dapat..
nak mengarang / menulis tu yang buat dia jadi lambat..
takde idea nak tulis karangan panjang - panjang.
tengok contoh - contoh tesis lepas..
40 - 50 muka surat..
ayat -ayat penulisan dia..
macam journal dah..hehe..
dok sejam depan komputer..
adalah dapat 2 , 3 baris..
sadis sungguh..
tapi takpe..
insyaAllah..usaha akan dipertingkatkan..
chaiyok - chaiyok farehan!

pelajar STATISTIK kena buat kajian kes, pelajar MATEMATIK kena buat kajian ilmiah..
bezanya?
pelajar statistik kena cari data yang bertahun -tahun punya..
selambak depan mata nombor saje -saje..
pastu analisis..
nak buat model ke..
nak tengok trend ke..
nak buat regression ke..
nak forecast ke..
nak detect outliers ke..
nak pape pun..
yang penting pandai interpret data tu pasal apa..

budak math plak..
tak payah cari data..
kena kajian tentang benda - benda sekeliling..
contoh..
kawan buat pasal boomerang..model dia guna apa..mcmna teknik dan rumus dia guna untuk permainan boomerang tu..
sorang buat pasal pertandingan berbasikal..under mekanik quantum.
mcmne kaedah ,model dan rumus dia guna dalam sesuatu pertandingan basikal bertaraf dunia untuk basikal tu capai had optimum dia..
ada yang buat pasal permainan tennis..
ada yang buat badminton..
ada yang buat pasal layang -layang..
mcm-mcm laa kan..
agak - agak kan , ada tak student math buat kajian tentang mcmne ikan lumba -lumba  dan kuda laut godek -godekkan ekor dia..hehe,..
comelnyerr!

tajuk tesis saya?
secara generalnya pasal syarikat TELEKOM (TM)..
secara spesifiknya..
tunggu tesis saya siap..hehe

tapi saya cuba sampaikan rasa di hati..
tentang sikap yang saya rasa perlu kita muhasabah sama - sama..
buat tesis memang ada ujian masing -masing..
ada kawan yang dah ada data..
senang sikit...
tapi bagi kawan -kawan yang takde data..means nak data asli..bukan data soal selidik..
bersusah payah kena cari data..
data bukan senang nak dapat..
private and confidental..
ada yang berbayar..
memang susah syarikat nak bagi data..tak kiralah swasta atau kerajaan..
contoh kawan saya buat tentang kandungan dalam air mineral..
dia kena cari sumber yang betul untuk buat kajian..
data kena ambik dari jabatan air..
mana boleh buat soal selidik dengan orang ramai..
dia hantar surat..
call tak dapat..
orang yang ada data tu takdala..
meeting laa..
lastly saya teman dia pegi putrajaya..
dah sampai,..orang tu takda plak..
dia suruh datang sekali lagi..tapi tak bgtau nama apa orang yang kami kena berurusan..
buat temujanji..
masa nak pegi tarikh temujanji tu..
kawan saya kol kat sana..
sekali kena marah teruk dengan dengan operator dia.
call tapi tak tau nak cakap dengan sapa..
yela..kami tau bahagian yang kami nak jumpa je..
masa pegi dulu pun , orang yang kami jumpa tu tak bagitau pun kami kena jumpa sapa..
dia suruh datang je..
hish..rasa nak buat aduan je..
takde sopan santun budi bahasa langsung,..
at least ,
kami bgtau bahagian yang kami nak jumpa..
dia sambungkan jela pada bahagian berkenaan..
kalau tak dapat pun..tak perlulah marah -marah kawan saya..
masa pegi tu..
jumpa sorang kakak ni..
dia cakap orang yang nak kami nak jumpa tu tak dak..
lastly dia kesian kat kawan saya..
dia bawak kami jumpa dengan ketua yang lain..
lepas bincang - bincang..
barulah dia bagi data..
tu pun kena bagi surat hitam putih bahawa data tu tidak boleh dipublishkan!
[ tak jadi buat aduan sebab ketua yang kami jumpa tu baik orangnya..naseb baik walaupun sebelum tu berkobar - kobar nak buat aduan ].

ada kawan lain plak..
mintak data..
tapi asyik tak dapat..
dia nak buat model tentang kenderaan dan pengangkutan kot..
sampai sekarang tak dapat..
dia mintak kat swasta..
saya ckp kat dia..
cuba mintak yang kerajaan plak..
jabatan pengangkutan ke..
PLUS ke..
mana -mana yang ada kaitan la..
saya jugak tak pasti..
tapi at least saya tak nak moral dia down macam tu..
sebab bukan senang seseorang nak berkongsi masalah dengan kita..
jadi, bila dia bercerita..
kita kena tolong semampu mungkin..

sorang lagi kawan saya sampai nangis dah sebab tension..
dia ada tajuk..
tapi tak tau dan tak de idea langsung tentang tesis dia..
dia nak tukar tajuk..tapi tak tau plak nak tukar tajuk apa..
sebab sebelum ni tajuk dia kena generate data pakai software R..
kami memang tak belajar secara khusus tentang software R ni..
jadi nak tolong tu memang susah sikitla..
dia kena belajar dulu dengan pensyarah lain..
saya cadangkan belajar dengan sorang pensyarah ni.
kebetulan dia memang pandai software R ni..
ada kawan yang dah belajar dengan pensyarah ni ..
tapi berdalih tak nak ajar kawan yang bermasalah ni..

tolonglah masing -masing jangan pentingkan diri sendiri..
at least tolong sekadar yang masing - masing mampu..
kita belum tau lagi saat kita teruji dengan tesis..
saat kita susah..
jangan nanti salahkan orang lain kalau diorang tak nak tolong nanti..
sebab mungkin kita sendiri yang bersikap pentingkan diri sendiri..
masa ni jugak kadang -kadang kawan makan kawan..
so..please..
sokonglah antara satu sama lain..(support each others)
semua nak naik pentas kan bulan 11 ni..
memang kita akan tertekan..
tapi as long as kita bersama..
kita akan tetap mampu teruskan langkah terakhir kita ni..

minta maaf pada mereka yang terasa..
tapi pada permulaan langkah kita..
kita perlu diberi satu suntikan..
suntikan semangat kerjasama!

with love : siti nurfarehan





2 comments:

  1. Assalamulaiakum...awak student stat kan...saya nak mintak pendapat nak cari tempat praktikal yang sesuai kat mana?awak buat kat telekom ye??senang dapat data x? awak buat kat telekom mana?

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh tolong suggestkan tempat praktikal tak?

    ReplyDelete