Sunday, February 6, 2011

heart note

assalamualaikum..
untuk saat ini..
setelah sekian lama memendam rasa..
setelah sekian lama berbaik sangka..

kenapa sehingga hari ini..
orang terlalu suka untu mengambil kesempatan atas diri saya..
saya sedaya upaya membantu..
saya sedaya upaya berusaha untuk memberi yang terbaik kepada mereka..
agar mereka gembira..

tetapi..
kenapa mereka itu terlalu ingin melukai hati ini..
diam - diam..
mengambil kesempatan atas huluran tangan yg diberi..
sedangkan  sedaya upaya cuba untuk ikhlaskan diri membantu..
kadangkala terpaksa dikorbankan apa yg kurasakan penting untuk diri ini.

terlalu naifkah diri ini..
terlalu baikkah diri ini..
adakah kerana diri ini menghormati kalian..
kalian mudah sungguh mengambil kesempatan..
atau..
diri ini diam dihadapan kalian..
kalian anggap diri ini tidak mengerti..
tiada perasaan..
atau...
diri ini berkorban pada mereka yang salah..
kerana aku terlalu lama memendam di dalam hati..
"mungkin aku yang salah "
"berbaik sangka  laa"
"mungkin ini kekurangan aku.."

dalam setiap perjalanan hidup saban hari..
sering kucuba lari dari melukai orang lain..
tapi mengapa mereka yang hadir dalam hidup ini..
datang..
rapat dan mesra..
kemudian di penghujungnya..
mengambil kesempatan atas diriku..
kemudian pergi..
tinggalkan diri ini terkontang kanting menyembuhkan kemelut diri..
kadang-kadang berhadapan dengan fitnah..
berhadapan dengan penipuan..
pengkhianatan..
lemas dalam pergelutan masalah..
sedangkan mereka bebas dengan gembira..
dengan jiwa tanpa rasa bersalah..

sedaya upaya kutahan tangisan..
kerana diri ini bukan memilih tangisan sebagai senjata diri..
apatah lagi untuk mengalirkannya dihadapan orang lain..
menangis bukan satu jalan permulaan..
berkali - kali kucuba memberi maaf..
berkali - kali kupujuk hati menahan sabar..
berkali - kali ku tiup semangat bahawa dia tidak sengaja..
berkali - kali ku khabarkan pada jiwa..IKHLASLAH!
tetapi hati itu..
kalau berkali-kali ia ditoreh..
akhirnya berdarah jua..
biarpun kadangkala ia takkan mampu diluahkan diraut wajah..
tetapi..
mengertilah..
cubalah..
untuk memahami diri ini..
bahawa seikhlas dan sedaya mungkin hati ini memberi..

*sy tak pernah meminta apa -apa balasan untuk satu ukhwah..
 sy tak pernah meminta janji -janji indah untuk sebuah ukhwah..
 sy tak pernah meminta untuk dilayan seperti puteri raja..
 sy tak pernah berniat untuk mengkhianati kalian..
 but please..
sy tak kisah saya tidak dihiraukan..
sy tak kisah org tak ambik berat pasal saya..
sy tak kisah even tak ada orang yg akan protect sy..
sy tak kisah even tak ada orang yg nak sokong sy even masa tu sy amat2x perlukan mereka..
disisi saya..
sy tak kisah org tak mampu terima sy seadanya..
sy sedaya upaya cuba memberi yang saya mampu..
dengan kudrat , masa dan tenaga sy..
sy tidak meminta lebih..
cuma..
tolonglah jangan lukai hati sy..
tolonglah jangan khianati saya..
tolong jangan ambik kesempatan atas sy..
its really hurt and I can't bear with it..
[habis madu sepah dibuang]

jika kehadiran saya dalam hidup kalian benar - benar menyusahkan..
terus terang pada sy..
mungkin jalan yang baik adalah sy meninggalkan kalian..
dengan doa yg tidak pernah putus - putus untuk kalian..
agar kalian bahagia..

[sad story..
sy rasa tak tahan nak pendam..
rasa mcm nak nangis je seharian..
tak boleh nak cakap dengan orang lain sebab bukak mulut je rasa macam nak meleleh air mata..

kepada mereka yang ambik kesempatan atas diri ini..
TERIMA KASIH kerana mengajar saya harga sebuah kepercayaan dan keyakinan..
harga sebuah keikhlasan..
InsyaAllah..proses mematangkan diri sendiri ]

* TARBIYAH DR KEHIDUPAN!

No comments:

Post a Comment