Tuesday, February 22, 2011

PRK UKM






assalamualaikum..


alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..  
tanggal 21/2/2011..
mendekati jam 12 malam..

berakhirnya penantian selama 7 tahun..
Pro-M telah memenangi 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan..

rentetan peristiwa di KTHO:

8:30 pagi - 5ptg : proses pengundian di setiap kolej..

ketua tempat mengundi  bukan lagi PENGETUA kolej..
tetapi TIMBALAN DEKAN fakulti..
ketua tempat mengundi saya adalah DR.SAEMAH..
TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN..
sangat berbeza suasana hari pengundian..
tolak ansur dan profesionalisme seorang kakitangan akademik yang memang boleh ditabik!
segala bantahan diterima dengan penuh lapang dada..
*laporan di kolej sy..
tiada seorang pun wakil calon Aspirasi yang menjaga tempat mengundi..why?

5:30ptg hingga 8.00 mlm : proses pengiraan undi..

taklimat oleh ketua tempat mengundi.
Proses kiraan undi bermula dengan pengiraan undi untuk calon fakulti terlebih dahulu..
terdapat campur tangan pengetua untuk mengelirukan proses..
tetapi dibantah dan ditolak oleh ketua tempat mengundi.
ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi setiap kerusi fakulti.

apabila kiraan untuk calon fakulti belum selesai..
 kiraan untuk undi calon umum diumumkan..
calon Pro-M membuat bantahan dan cadangan agar menyelesaikan kiraan undi calon fakulti terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan pengiraan undi oleh wakil calon.
bantahan dan cadanagn diterima dengan baik.

proses kiraan undi diteruskan untuk calon umum bagi tahun 1&2 dan tahun 3&4.

ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi kerusi  umum.
selesai.
*seorang wakil calon bersama dengan calon hadir semasa proses kiraan undi lebih kurang dlm masa 20 minit.

8.00mlm-9.30mlm:

wakil calon Pro-M mengiringi Ketua tempat mengundi membawa undi-undi yang telah dikira ke pejabat untuk proses memasukkan data ke dalam sistem.
wakil calon Pro-M menunggu sehingga proses memasukkan data selesai dan mengiringi ketua tempat mengundi ke pusat pengumpulan undi iaitu di Dewan Gemilang.

8:30-1:40pg:
 hampir Kesemua wakil dan penyokong Pro-M berkumpul di dataran Dewan Gemilang untuk menunggu keputusan.
satu isu dikeluarkan dimana 2 orang calon Pro-Aspirasi tidak menghadiri bengkel calon tetapi dibenarkan untuk bertanding.
sorakan dan laungan dari penyokong Pro-M memenuhi ruang waktu hampir 3 jam sementara menanti keputusan diumumkan.
lewat jam 12 tengah malam iaitu waktu kemuncak.
barisan calon Pro-M keluar dari pusat pengumpulan undi dan mengumumkan bahawa PRK 2011 berpihak pada PRO-M dengan memenangi 22 kerusi berbalas 15 kerusi.
jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah 37 kerusi.
deraian air mata kesyukuran memenuhi ruang Dewan Gemilang.
pelukan dan ucapan TAHNIAH silih berganti..
doa yang syahdu menutupi perhimpunan Mahasiswa di Dewan Gemilang.
KONVOI BESAR-BESARAN meraikan kemenangan PRO-M melewati seluruh pelusuk bumi UKM dengan beratus-ratus motosikal dan berpuluh-puluh kereta mengiringi calon-calon PRO-M yang menang.
sesi penutup adalah sesi muhasabah di Masjid UKM.

calon Pro-M yang menang:


more information : http://gm-ukm.blogspot.com/
sekian.

* alhamdulillah..syukur..
dapat saya meraikan kemenangan GMUKM sebelum kaki melangkah pergi dari bumi UKM.
*saya kurang selesa berbahasa formal ..=P

with love : siti nurfarehan




No comments:

Post a Comment