entry ni sengaja ditujukan kepada diri sendiri..
dalam kekalutan dan kesibukan menjalani kehidupan harian..
inilah perkara yang sering kali saya terlupa..
saya terlupa bersyukur..
atas segala nikmat yang tak putus-putus Allah beri..
astaghfirullah..ya Allah ampuni daku..
inilah hamba hina yang selalu meminta padaMu..
tetapi jarang bersyukur padamu..
ya Allah..
bermulanya daku melangkah jejak-jejak hidupku..
telah Engkau selamatkan daku dalam kegelapan agama..
telah Engkau berikan daku sinar hidayah yang kemanisannya tidak terhingga..
telah Engkau pelihara daku..
telah Engkau lindungi daku..
tetapi masih ku jarang syukuri nikmatMu..
Allah..ampuni daku..
.
Ya Allah..
Engkau berikan daku..
seorang ibu yang amat hebat..
Engkau izinkan daku menumpang di rahim wanita yang sangat tabah..
wanita yang sangat berhikmah..
wanita yang sangat penyayang..
wanita yang sangat lemah lembut..
wanita yang mengasihi..
wanita yang kuat usaha..
wanita yang dekat padaMu,..
sesungguhnya..daku bersyukur ya Allah..
dia khadijahku dunia akhirat..
tiada yang setanding dia...
ya Allah..
Engkau tempatkanlah khadijah ini setanding khadijah rasulullah..
Ya Allah..
engkau kurniakan daku seorang ayah..
yang sangat pengasih..
yang sangat tegas dalam mendidik..
agar daku tidak mudah alpa dengan dunia..
Engkau kurniakan daku lelaki tempatku bermanja..
lelaki yang melindungi keluargaku..
lelaki yang menjaga kebajikanku..
lelaki yang memelihara cintaku..
lelaki yang mendorongku..
lelaki yang tidak pernah lepaskan tanganku..
dia kasihku..
dia jiwaku...
ya Allah..
Tempatkanlah dia bersama tetamu-tetamu pilihan kekasihmu di syurga yang tertinggi darjatnya..
sesungguhnya daku bersyukur..
Ya Allah..
telah Engkau kurnikanku teman serahim ibuku..
kerana Engkau tahu daku tak mampu hidup berseorangan,,
kerana Engkau tahu daku tak mampu menahan gundah bersendirian..
kerana Engkau tahu daku tak mampu menongkah ujian tanpa dia..
kerana Engkau tahu, daku lemah tanpa dia.
Engkau kurniakan kami dua hati dengan jiwa yang sama..
dia penjaga amanahku..
dia pelihara akhlakku..
dia menegur kekhilafanku..
dia pendampingku yang paling setia..
di saat daku benar-benar jatuh luka berdarah..
kerana Engkau tahu kami saling memerlukan..
kerana Engkau tahu
daku memerlukan pendamping sejak dari nafasku yang pertama..
hingga nafasku yang terakhir...
ya Allah..betapa daku bersyukur padaMu..
ya Allah..
engkau tautkan hatiku..
dengan sahabat-sahabat yang mengejar redhamu..
Engkau beriku peluang berkasih sayang dengan mereka yg dekat dgnMu..
Engkau beriku kasih sayang dan perhatian sahabat..
sahabat yang tidak pernah mengeluh kekuranganku..
sahabat yg terus menerus membaiki kelemahanku..
sahabat-sahabat yg sehingga kini..
tidak pernah meninggalkanku
di jiwaku ada mereka..
di jiwa mereka ada daku..
mereka menenangkan ku disaat gundah..
mereka mengisi hari-hari mendungku..
mereka ada dalam tawa dan tangisku..
sesungguhnya daku sangat bersyukur..
nikmatmu tak pernah kurang padaku..
tidak pernah hilang untukku..
ya Allah...
alhamdulillah..
alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
AllahuAkbar..
ampunilah daku..
daku bersyukur padamu..
akan ku terus didik diriku menjadi hambaMu yang bersyukur..
with love : nuramna najihah
No comments:
Post a Comment