Tuesday, March 29, 2011

crying

Crying Tears Eye Lash

i hate crying..
but i have to cry..
bcz only that way..
i could release my heart burden..

then, I'm crying because of my heart burden..

i hate to cry
but..
i had to cry..

Monday, March 28, 2011

rasa mcam melayang-layang..

assalamualaikum..


pernah suatu ketika dulu..
sy nak satu bg surprise kat dia..
setelah minta izin..
dan diizinkan..
maka. misi dimulakan..

Ya Allah..
surprise ni pd sy memang sgt mencabar..
sebb sy cabar diri sendiri...
tp demi dia..
inilah hadiah terbaik yang sy boleh bg..
sy perlu berkorban untuk dia..
demi dia..

Pada mulanya, segalanya sy rasa mcm ok je..
lama kelamaan sy rasa mcm ditipu..
maka, sy membiarkan waktu menentukan segalanya..
sampai suatu ketika..
sy rasa saya perlu habiskan misi surprise sy..
sy teruskan jua..
walau sy tau..
sy mesti akan terkorban kali nie.heh!

misi diteruskan dengan baik..
tiada masalah pd mulanya..
tapi..
saat teruji bermula..
saat teruji kali pertama..
saya rasa sy boleh tahan air mata..
sambil dalam hati ckp..
"xde rezeki"
kali kedua teruji..
MasyaAllah..rasa mcm terhempap je..
rasa mcm tak mampu dah nak lalui...
sy tergugat dengan ujian kali ni..
sy down hampir 2 minggu...
tak buat apa-apa..
test tak study..
tesis tak jalan..
senyap..
sepi..
tak siapa tahu gelodak jiwa sy lalui..
dalam hati selalu sebut..
"Maafkan kak an.."
rasa surprise sy tertinggal separuh jalan...
sy tak mampu nak lihat kekecawaan dia..
sy lemah sangat..
sangat...

lastly..
sy cuba jugak berdiri..
alhamdulillah ada jugak yg menyokong..
xde sape pun yg tahu sangat pasal ni semua..
tapi misi sy sama dengan dia..
misi sama dgn kak uda..
sy harap sgt kali ni tidak teruji lagi..
rasa penat tu sampai rasa nak give up je!
tp kali ni..
tiada siapa yang tau lg dah..
sebb pasrah je..
dalam hati cakap..
"dah usaha, tawakkal je..Allah tau segalanya yg aku buat ni untuk siapa..semta demi dia"

alhamdulillah..syukur.
misi berjaya.
so, call cik kembar..
saja nak bgtau misi dah berjaya..
terkejut sungguh dia.haha..
baru dia tau kakak dia memg terer!
dia tak sgka misi sy berjaya..
sebb sebelum ni sy ckp sy dh give up!
xtaulah perasaan masa nie..
tak henti2x ucap syukur..
Allah je yg tau perasaan sy masa nie..
sujud syukur...
sangat syukur..

masa ni sy tak bgtau lg dia..
sy xsempat nak bgtau lg..
sebb ada kelas..
tgah2x kelas..
sy dapat miskol dari dia..
sy pun pelik..
knp dia kol sy plak..
sy keluar sekejap dari kelas..
kol dia balik..
then, lepas bg salam..satu ucapan paling bernilai pd sy saat tu..
"tahniah!"
"tahniah"
"tahniah"..
terharu habislaa..
pastu sy  cakap..
"terima kasih..ni mesti fareha yang bgtau"
suara dia memg sangat gembira..
sy rasa mcm terawang-awang..
rasa mcm melayang-layang..
akhirnya..sy berjaya juga memberi dia bahagia
apa yg berlaku memg mematangkan sy..
apa yg boleh sy ckp..
"sy BAHAGIA!"...

sy dah berjaya membahagiakan dia dengan kudrat sy sendiri..
syukur sangat..
alhamdulillah..

nilah hadiah kak an untuk mak dan ayah!
untuk mak dan ayah je!
tiada yang lain..
duit bukan ukuran..
tp yang lebih bahgia bila dapat ucapan keramat tu..
keramat!
fuhh!fuhh!
misi berjaya!
cayalah farehan..
memg best daughter ever la hg nie..haha
[perasan sungguh!]



banyak benda sy cuba selesaikan dengan kudrat sy sendiri..
tanpa susahkan mak n ayah..
alhamdulillah Allah mudahkan..
Alhamdulillah..
semoga Allah redha..

tiba-tiba rasa macam nak nangis plak..
sengal la hg ni farehan..
jgn sensetip sgt ok.
cool farehan..
cool!

p/s: kak uda @ ikin...sila jgn komen papepun tentang nie..malu2x..rahsia!
sy nak buat diari mcm kak uda jugak laa..
rasa mcm best je..
hehe

with love: siti nurfarehan..







Sunday, March 27, 2011

apa yang anda rasa..

assalamualaikum..



entry ni adalah luahan perasaan semata-mata..

apa yang anda rasa bila kawan anda masuk rumah anda..
kawan tu memang anda kenal, tapi tak rapat..
masa tu anda tak dak kat rumah..
tapi dia masuk jugak rumah anda..
ambik barang anda..
tak bgtau anda..
tak mintak izin anda..
tp dia beranggapan bhwa dia "pinjam"..
benarkah?
sebenarnya, dia pinjam @ dia curi?

yela, memang kita kenal dia..
tapi even kawan rapat kita sendiri pun..
akan minta izin untuk pinjam barang kita..
walaupun dia tahu, kalau dia tak mintak pun kita akan bagi..
tapi adab dan rasa hormat atas nilai ukhwah tu tetap ada..
dia pun akan mintak samaada dalam keadaan terus terang atau pun mesej kata nak pinjam..


saya cuba sedaya upaya bersangka baik..

setelah beberapa minggu lepas tu..
dia mesej, kata nak datang bilik..
beriya sungguh!
saya pun mengalukan kedatangan dia..
then, dia kata nak pinjam "something" kat saya..
[ boleh plak masa ni dia datang kat saya, dan mintak izin nak pinjam barang saya..ermm]
then, saya dengan senang hati bagi dia pinjam..takde masaah pun pada sy..
tapi syangnya, cara dia pulang barang sy tu sangat menyedihkan..
sampai rumate sy pun perasan..dan ckp kat sy.
"eh, tu bukan barang yang dia pinjam ke, knp dia buat mcm tu?
kalau kotor ke..
hilang ke..
senangnya buat keje..nak pinjam bukan main lagi.."
saya senyap je..
malas nak cakap apa daah..
serik rasa nak bagi pinjam..

dah beberapa hari lepas benda ni berlaku..
baru smlam cakap kat rumate..
tu pun pakai kias-kias je..
tp nasibla dia faham kiasan sy..
saya cakap sy susah hati.
then, dia cakap..
"ye ke mu susah hati? ke mu tak suka dia buat mcm tu?"
ermm..

benda tu simple je..tapi CARA tu yang buat sy tak senang hati..
ada certain benda yang sy tak boleh tolerate, dan ini salah satunya.
kali pertama, sy maafkan dan sy bermujahadah untuk berbaik sangka dan berlapang dada..
sampai mintak nasihat dari naqibah..
sebab, sy memg ada sikap pantang dalam bab pinjam.."tak suka org pinjam tak mintak" dan bila sy rasa dah terlalu lama dia pinjam dan sy dah ingatkan dia untuk pulangkan.."dia buat dek je"..tu memg menjadi masalah hati pada sy.

"sesungguhnya selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada dan bersangka baik"
senang sebut, praktikalnya susah atas perkara yang kita sendiri tak boleh tolerate.

fuhh!
apa yg anda rasa?
itulah yg sy rasa..
bukan sekali, tp dua kali!
same person!

aip farehan!
payah sungguh berurusan dgn org faham yg buat-buat tak faham..

p/s: kak uda, thanks tau bg hadiah special hari nie..suke2x!

with love: siti nurfarehan

Tuesday, March 15, 2011

sila jangan baca!

assalamualaikum..

seperti yang pembaca maklum..
entry blog saya nie tak ikut isu semasa..
entry ikut kepala sendiri je..

al kisahnya pada suatu hari..
di pameran dan pesta buku..
jalan-jalan..belek-belek buku..
then..
terbelek satu buku nie..
selak-selak selak..
ada satu page ni..
ada dialog suami isteri..

KISAH CUCUR UDANG!



suami : sayang..

isteri: ye..

suami: sayang..dari tadi lagi abang makan cucur udang yang sayang buat ni..
dah nak dekat sepinggan dah habis..
sekor udang pun abang tak jumpa lagi!
bek buat cucur tepung je!
( si suami merungut dengan si isteri)

si isteri dengan selambernya jawab kat suami dia..

isteri: alah abang ni..abang makan cucur badak kat cafe tiap-tiap hari..sekor badak pun tak dak..abang tak komplen pon..

isteri tu tambah lagi..

isteri: hah, satu lagi..abang makan cekodok slalu..sekor kodok pun tak dak..abang tak merungut pon..
cucur udang saya buat takdak udang..abang nak bising plak..

saya: haha!



saya bayangkan cucur badak version si isteri..

inti kelapa tu ganti dgn badak dalam tue..hek!




                          +

                        =          














cekodok dia plak..
mungkin kena gaul kodok dengan adunan tepung kot!

 +

                                         =

















ke yang ni sedaap lagi??

 +
                                                  =















geli laaa....haha


konklusinya..
baik kaum suami makan je apa yang kaum isteri masak..
sedap ke..tak sedaap ke..
makan je..
jangan merungut..
kalau tak..naya je..haha

P/S: kongsi idea dengan syikin!
       takde keje punya budak!
jangan risau ye..kodok dengan badak  tak boleh dimakan..!

with love : siti nurfarehan


Monday, March 14, 2011

I'm here now..


assalamualaikum


teringat kat sahabat-sahabat..
angah, che dayah, ida, ejah, kak mazni, zainab dan amal..
jzkk kerana meraikan kelemahan dan kekuatan kak an selama kita bersahabat..
tak lupa juga pada "teman-teman rapat" yang hadir dalam hidup kak an..
luv u so so so much..ngee!





who are you waiting for..
I'm here now..
look this way once..
I'm here now..
why are you silent?
speak your heart out..
ask for as much love as your heart desires..
you will be given that love..
for I am here..


who are you waiting for..
I'm here now..
just one look..
I'm here now..
when you think and you know..
how much I love you..
then don't be silent..
tell me..
where will you find a special friend like me..
who give you not just his heart, but his life?..
then I will say..
"Highness, I am here..!"


if you need someone to share your feelings..
tell me..
any second of the day or night..
tell me..
whatever trouble or anxiety that may come..
if you feel something is wrong..
do tell me..
be it any wish or desire..
don't ever be anxious..
I'm here..


who are you waiting for..
I'm here now..
look this way once..
I'm here now..
why are you silent?
speak your heart out..
ask for as much love as your heart desires..
you will be given that love..
for I am here..

with love : siti nurfarehan

Friday, March 11, 2011

Agak- agakla kan...

assalamualaikum..


TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.

Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.

Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.


Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.

Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.

Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.

Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.

Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.

Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk


pix_middle

Foto

MUSNAH...ada antara kenderaan awam rosak apabila terhumban ke dalam jurang akibat laluan di situ runtuh.

Foto

TAK DAPAT DISELAMATKAN...runtuhan rumah dan kereta dihanyutkan ke laut selepas ombak besar melanda bandar Kesennuma.

Foto

DUA KALI BENCANA...sebahagian daripada rumah di Natori terbakar selepas dilanda tsunami.


Foto


JALANKAN PEMERIKSAAN...seorang petugas memeriksa kerosakan Lebuh Raya Joban berhampiran Mito, Ibaraki.


Foto


RUGI BESAR...orang ramai melihat kerosakan kediaman mereka di Sukagawa, wilayah Fukushima, semalam.


.............................................................................................................................................................................................................


agak-agakla kan..
berapa orang yang mengambil iktibar dari bencana ni?
terutama orang Malaysia..
atau masih berada dalam keadaan tenang selalu..
baca je berita-berita sebegini..
tapi tak rasa pape pun..
yerla..Malaysia tak kena lagi..
ops..betulkan ayat..
MALAYSIA BELUM LAGI kena bencana seteruk ni..


Kesengsaraan saudara kita di Palestin..
berapa kerat je yang ambil tahu..
berapa kerat je yang prihatin..
dan beribu kerat yang tahu tapi buat tak tahu..


owh SATU SEBAB JE., KERANA KITA BERADA DI ZON SELESA..


mungkinkah ia semakin menghampiri?


Malaysia pun dah macam-macam maksiat yang berlaku..
riba , rasuah tak payah cakapla..
zina pun..tak payah cakap...
bunuh pun tak payah cakap..
arak, judi..biasa..
anak-anak gadis liar berlambak..
anak-anak teruna lembut bersepah..
anak, ibu dan bapak ayam semua dah ada.. (kesian kat ayam kan..)
apa lagi nak cakap..
susah nak cakap..
sebab semua dah ada depan mata...


Malaysia ni kecik sangat..
sudahla kecik..
keliling pulak laut semata..
kalau terjadi apa-apa..
ke laut mungkin kita bertemu..


cuba kita bayangkan kita mengalami bencana seperti di Jepun ni..
terhumban dek ombak mengganas..
tersepit di celah timbunan rumah..
hanyut di tengah laut mengganas..
patah riuk sana sini..
luka sana sini..
kalau mati serta merta?
bagaimana keyakinan kita masa tu?
pada Siapa kita nak bergantung..
masih pada manusiakah?


mari kita sama-sama lihat peringatan Allah buat kita..


walaupun Jepun terkenal dengan teknologi yang tinggi..
Namun teknologi manusia takkan mampu menolak kekuasaan Allah..




RTR2JR4L.jpg



















































fikir-fikir dan renungkan...


p/s: bukan mendoakan keburukan buat Malaysia..Nau'zubillahimin zalik..
saya sendiri pun tak nak benda buruk berlaku kat Malaysia, sebab saya anak jati Malaysia..
cuba, saya ajak kita muhasabah kedudukan diri kita ketika ini..
mana yang buruk baiki..
mana yang baik, tingkatkan..


"Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam"
.................................................................................................................................................................................




agak-agakla kan..
berapa kerugian negara Jepun?


segala rumah yang rosak teruk..
jalan yang pecah dan terbelah macam tu sekali..
logi nuklear terbakar..
saham yang jatuh merudum..
nyawa yang hilang melayang...
(nyawa tu dikatakan sebagai aset kemahiran = jika yang mati tu pakar inovasi tenaga nuklear, berapa kos nak ganti balik seorang pakar yang lain)
keretapi yang jadi pengangkutan utama..
dan lain-lain kerugian..


saje je nak suruh pembaca kira..=)


sekian


with love : siti nurfarehan