Saturday, October 30, 2010

INILAH AKU...

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 


I LOVE this article..
&
i love u..ISLAM..

with love :nuramna najihah

DUHAI ANAKKU...

assalamualaikum...
artikel ini diambil dari laman I LUV ISLAM..harap maklum!


Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.
Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini.
Jururawat memanggil kami (saya dan seorang lagi pelajar), untuk membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua tiga orang pesakit, kami mendekati seorang tua, yang berselimut. Ketika kami sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut menempati bersama di bilik tersebut.
Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan hidung. Kami dapati, katil pakcik ini penuh dengan najis (tahi). Hanya Allah yang tahu bau dia macam mana. Ketika ini, dua orang pesakit keluar dari bilik ini untuk duduk di luar, tidak tahan bau yang dihasilkan. Jururawat meminta pakcik ini untuk turun dari katil, dan digagahi oleh seorang pelajar lagi. Saya tidak berani mendekati, hanya memerhati apa yang dilakukan.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan, ketika sedang berdiri ini, pakcik tua ini, yang kakinya tidak gagah untuk berdiri, yang ditongkat oleh pelajar, telah membuang air besar di situ juga. Kami yang ada di situ hanya pasrah. Saya hanya membantu menarik kain-kain tilam dari katil. Jururawat menunggu sehingga pakcik ini selesai membuang hajatnya.
Jururawat memberitahu, bahawa pakcik ini selama dia sakit, tiada siapa yang menziarahinya. Dalam hati kecil, kesedihan membungkam jiwa saya. Jururawat ini, mula mengelap bahagian badan pakcik ini, pakcik ini megadu letih berdiri. Kemudian, kami menarik cadar dari tilam dan menggantikannya dengan yang baru. Badan pakcik tua itu dibersihkan sebelum dia dibenarkan baring kembali.
Selesai itu, lantai dibersihkan dari najis yang dibuang oleh pakcik ini. Setelah segalanya selesai, pakcik tua diberikan baju untuk dipakai semula.
Setelah selesai semua sekali, kami beredar dari bilik tersebut. Saya mengambil tempat di bilik rehat. Hati betul-betul terasa. Merasakan bahwa begitu berharganya seorang anak apabila ibubapa sudah sampai di usia seperti pakcik itu.
Ketika menulis ini, tidak tahu bagaimana mahu mengungkap perasaan ketika itu. Dalam hati hanya berdoa:
"Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku."
Balik petang itu dengan seribu satu perasaan gelisah. Gelisah jika diri berada di situasi anak-anak pakcik itu, tidak bersabar malah meninggalkan ibubapa di rumah pesakit. Gelisah jika anugerah isteri dan anak-anak, jadi seperti pakcik itu. Mudah-mudahan diri ini dijauhkan dari segala yang pakcik itu hadapi.
with love : nuramna najihah

Tuesday, October 26, 2010

saja nak lepaskan perasaan...

assalamualaikum..

berbalik pada tajuk entry..
sebenarnya memang nak lepaskan perasaan..
bukan perasaan marah ye..
tak taulah nk gambarkan mcm mana..

perasaan yang bercampur-campur + berbaur-baur

susah hati
tak sedap hati..
rasa nak nangis tapi tak boleh nak nangis..
rasa nak habiskan exam cepat-cepat..
pastu nak balik umah..
jumpa mak..
jumpa ayah..
jumpa adik-adik
cemburu angah dah balik umah,..

rasa mcm nk skip exam je..
sebb rasa nk balik umah sgt2x..
nak peluk mak kuat2x..
tapi mengenangkan lagi beberapa langkah lagi nk hbiskn..
untuk satu sem..
takkan nk tggalkan semua mcm tu je..
sanggup ke nak repeat paper yang sama untuk tahun depan?
tidak sama sekali..
dahla sgt susah..

bak kata asma..
kpda ibubapa yang nak daftarkan kursus matematik dan statistik di UKM..
sila fikir banyak kali ye..
kerana anak anda akan belajar tiga fakulti sekaligus..
1.fakulti sains dan teknologi
2.fakulti ekonomi dan perniagaan
3.fakulti kejuriteraan dan alam bina
ditambah sapa yang ambik subjek bahasa..
tambah satu lagi
4.pusat pengajian bahasa dan linguistik..

PERFECT MATCH!

tapi kenapa saya rasa mcm saya ambik subjek semua fakulti??

UKM ada sepuloh fakulti

1.FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
2.FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN
3.FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
4.FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
5.FAKULTI UNDANG-UNDANG
6.FAKULTI PENDIDIKAN
7.FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
8.FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

DUA LAGI KAMPUS LUAR LAA..

fakulti yang saya garis tu..
memang saya rasa mcm tak ambik subjek tu..
tapi majoriti subjek yang saya ambik memang 3 fakulti paling top  susah..
sebab minor saya ekonomi kah??
ish...
tak taulaa...
eh..nape tetiba je masuk bab fakulti..

erm..yang penting sekali,...
harap sangat anda sume dapat doakan saya tenang dan lapang dada..
itu je..
doakan saya..
doakan saya,.
doakan saya..
amin...............................................................

saya nak doakan "bittaufiq wannajah fil imtihan' pada semua pelajar yg tgah exam..

semoga dapat menjawab dgn baik..
semoga Allah beri kesihatan yang baik,ketenangan hati dan kelapangan dada semasa menjawab peperiksaan.
AMIN...

saya pun nak doakan kepada semua kawan-kawan yang terkena SINDROM PELAJAR TAHUN AKHIR supaya dapat yang terbaik dalam hidup kalian...
tapi ingat ye..
"yang terbaik bukan yang hadir pada permulaan kehidupan,..
yang terbaik wujud bersama-sama kita menjalani kehidupan.." (tak faham roger saya ye)

**nnti nak cite pasal rumate saya mergkap kembar sy kat ukm..InsyaAllah.

SEKIAN
with love :nuramna najihah

Thursday, October 21, 2010

DI GEREJA..

assalamualaikum..
terbaca kisah ini di laman sosial "muka buku"..
moga-moga kita sama-sama hayati dan ambik pengajran..
ilmu bukan sekadar atas kertas..
ia lebih dari segalanya...

‎22 Soalan paderi kepada Pemuda Muslim..Dibalas dengan 1 soalan.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita
ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"Mendengarpertany
aan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi
Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan
tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :18 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan
terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**



wallahua'lam..



semoga Allah redha..
with love : nuramna najihah

Wednesday, October 20, 2010

grad

assalamualaikum...

tak sabar nak habiskan exam sem ni..
pastu nak mulakan tesis kualiti..
pastu buat tesis..
pastu grad..
pastu praktikal..
pastu keje...............@ master....
fuuhh..setahun lg...
sabar cik farehan..=)

doakan saya selalu....
agar semuanya dipermudahkan..amin
agar segalanya Allah redha..amin

tapi kan...
tak sangka..
dah nak grad..
lalala~

with love :nuramna najihah

Tuesday, October 19, 2010

kenali saya....

assalamualaikum..
kali ni nak cite tentang diri sendiri la plak...
mood : buat-buat ceria..padahal exam 2  hari je lg..


ni bukan secara keseluruhan..
tapi secara amnya macam ni laa..


masa ni selalu ada orang kacau...
saya sanggup tak tido malam..
semata nk habiskan novel tu..
"mcm takde esok je.."
tapi..
nak wat cmne
"wo to me huuue" (ejaan ni salah ye)
eh silap..
terckp bhasa asing plak..
erm,,
"inilah saya"
tapi saya bukan pembeli novel..(sikit je koleksi novel sy)
saya suka pinjam & baca je..
(bazir je beli..mahal plak tue..)




yang ni tak leh nak buat apa laa...
saya memg cenggini..
malas nk kasi hp berdering-dering..


ni salah satu pantang saya..
sila berjaga-jaga..
haa...lagi satu..
saya tak suka orang pinjam barang saya lama-lama..
bila saya rasa dia dh lama pinjam brang saya..
saya akan ingatkn dia..
tapi kalau dia buat-buat tak ingat..
saya mulala ada masalah mulut nak membebel..


tak taula apa dah jadi dengan saya ni..
set kat kepala esok besday sekian-sekian org ni..
last2x lupa..
3 hari kemudian baru wish..
apa nak jdlaa dgn saya nie..



saya takdelah masak sedaap pun..
cuma bolehlah kalau nak hidup tu..
better la dari makan biskut kering cicah air masak kan??

tapi saya suka pada lelaki yang pandai masak..
bukan yg terer2 gitu..
yang basic2x je..
boleh saya goyang kaki pada masa depan..
ceh!



yang ni memang tak boleh nak tolak ansur laa...hehe
saya tak leh tidur kalau pasang lampu..
dan saya suka sembang-sembang sebelum tidur..
dengan sape?
sape lagi..kembar sayala..
kdg2 sampai pagi tak tido..
sembang punya pasal..

sampai orang cakap kat kami berdua..
"kak an ,kak ngah sembang macam 10 tahun tak jumpa.."
haha..



nak lg?
tak larat nak melukis..
tulis je laa..

sapa yg tak kenal kami kembar dua orang ni..
memang akan kata kami dua orang serius,pendiam n sombong..
tapi sebenarnya..kami memang ceriaaaaaaaaaaa..
kami jarang sedih2x..
asyik gelak je..

sy,kembar n mak macam kawan baik..
selalu sembang sama-sama..
makan sama-sama..
puasa sama-sama..
usik mak yang paling tak tahan..
sampai nangis-nangis mak saya tahan gelak..
g semayang sama-sama..
muka pun sama dgn mak..
tetibe~

saya akan cepat merajuk & menangis bila?
bila saya kena marah..
bila saya kecik atie..
@ org yang rapat dgn saya kena marah..
@ org yang saya sayang kena marah
benci kena marah..
bazir air mata sy..

tapi sebenarnya orang slalu kata saya grang dan cepat marah..
padahal saya biasa je..

lagi?
saya suka jalan-jalan..
tadabbur alam..
suka sangat..
maybe ikut perangai ayah..
ayah suka bawak kami jalan-jalan..
walaupun tempat yang sama..
family ada satu slogan
"kalau jalan no.1,cepat je siap..xpayah suruh pape pun..
kalau suruh buat  keje,
sampai berbuih mulut2,lambat je gerak.."

haa..
saya suka tengok doremon..
hehe
tapi..
saya tak suka kucing..
padahal ada lebih kurang 7 ekor kucing kat umah
tiap2 sorg  adik beradik at least ade sekor  kucing..
tp saya?
"tiada sekor pun..hehe"
saya biasa2 je dgn kucing-kucing tu..
tolong2 bagi makan tu ok je..
tapi nak tidur sekali tu..maafla..

ada kisah disebalik kucing ni..
kan kat umah ada 7 ekor kucing..
satu hari tu..
pak sedara dtg umah..beraya..
anak-anak (merangkap sepupu saya) dia suka kat kucing tu..
diorang mintak kat mak saya..
mak saya pun nak bagila..
walaupun sgt berat hati sebb sayang kat kucing tu..
mak cakpla kat angah & ilah (adik sorg lg)
sebb diorg tu tuan kucing tu jugak kan..
lepas je mak bagi kucing tu kat anak-anak pak sedara sya tu..
tetibe angah,ilah & mak saya nangis..
Ya Allah..
sy ckap.."kalau tak nak bg..jgn bagi...
diorang pun saja tanya je..
kan dah nangis..haha"
p/s: sy sedih jugak..tp xdelah sampai nak nangis kan..

tapi sebenarnya diorang tak ambik pun kucing tu..
buat gempak je..
saya pun usik2 la mak & angah..
"huuu..belum pape lg daa nangis..bukan diorg nk ambik betul2x pun kucing tue..
malu kejap..nangis depan org ramai.."
lastly..ketawa bersama..
ape daa..

dahlaa....malas nk bebel dah..

ni salah satu kucing kat umah..
nama dia "titi"..
tapi "titi" kat mana ni..
saya tak tau..
adik saya punya keje snap-snap gambar kucing ni..


dahla...assalamualaikum


with love : nuramna najihah