bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt..
salaam akhir ramadhan..
beberapa hari lagi ramadhan akan tinggalkan kita...
"saat kau nyalakan pelita raya..
adakah kau tiup sama hingga padam cahaya ramadhan yang masih bersisa"
renungkan dan masih ada lagi waktu untuk mengisi masa masa yang masih berbaki..=)
jangan putus asa...teruskan usaha...
erm..teruskan pada tajuk entry...
pernah dengar suatu kisah..
tentang seorang wanita muslimah dipinang oleh seorang muslimin...
maka jadilah wanita ini tunangan orang...
hampir tiga bulan menjadi tunangan orang...
akhirnya suatu hari hadir surat dari pihak lelaki kepada muslimah ini..
ingin memutuskan pertunanagn..
isinya lebih kurang begini..
"saudari..ana dapat tahu bahawa saudari mempunya tabiat tidur berdengkur..
bukan ana merendahkan saudari..tetapi bagi ana..
ana tidak boleh menerima ent ..
kerana tabiat berdengkur ini...
keputusan ini bukan atas kehendak diri ana,.
tetapi atas tuntutan dakwah yang ana ingin teruskan..
ana adalah seorang pendakwah..
dimana siang hari ana berpenat lelah memenuhi tuntutan dakwah ana..
jadinya..ana seharusnya penat dan letih setelah seharian memenuhi tanggungjawab ana..
jadi ana perlukan tidur yang berkualiti pada malam hari..
jadi masalah berdengkur adalah ganngguan bagi ana..
gangguan bagi ibadah dan gerak kerja ana..
kerana hanya pada waktu malam ana dapat berehat dan tidur..
itupun dalam jangka masa yang singkat..
jadi ana memang sangat-sangat memerlukan tidur yang berkualiti..
sedangkan saudari ana pilih ..insyallah akan menjadi teman tidur ana,,
mana mungkin ana mahu kita tidur berasingan seumur hidup kerana ana tak tahan dengar dengkuran..
jadi..jalan yang terbaik yang ana dapat fikirkan adalah...
sebaiknya ent mendapat rawatan doktor..
jika ia boleh disembuhkan @ dirawat..maka.
ana menerima dan meneruskan hubungan ini...
jika tidak dapat disembuhkan..
ana mohon maaf...
adalah lebih baik ia tidak diteruskan..wallahulam"
kita lihat ia adalah satu hal yang remeh temeh kan..
tetapi kadangkala ia memang benar2 menjadi gangguan pada kerjaya,dakwah dan kualiti tidur...
ia tetap suatu alasan yang kukuh untuk menolak pinangan seseorang..
erm..selalunya lelaki yang paling banyak sekali yang berdengkur..
erm..
saya pun tak tahan dan tak boleh tidur kalau dengar orang berdengkur...
tak kisahlah lelaki @ perempuan..
jadi..boleh tak kalau saya tolak pinangan lelaki yang berdengkur..
kalau tak..
saya jadi burung hantu betina..
malam berjaga..
siang tidur je..
hehe
with love: nuramna najihah
salam.. kongsi la kat fb.. pengisian yg segar ni..
ReplyDelete