Monday, February 28, 2011

kekasih

assalamualaikum..

seorang ayah..
seorang kekasih..
memberi lindung..
mengharap setia..
dari seorang ayah untuk anak-anak..

seorang ibu..
juga seorang kekasih..
mencurah sayang..
mengharap bakti..
dari seorang ibu untuk anak-anak..

seorang pemudi..
juga seorang kekasih..
memberi hati..
mengharap cinta..
dari kekasih buat kekasih..

seorang pemuda..
seorang kekasih..
memberi cinta..
mengharap bahagia..
dari kekasih buat kekasih..

seorang hamba..
tetap seorang kekasih..
memberi jiwa..
mengharap redha..
dari hamba buat Tuhan..

with love : siti nurfarehan


Tuesday, February 22, 2011

PRK UKM






assalamualaikum..


alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..  
tanggal 21/2/2011..
mendekati jam 12 malam..

berakhirnya penantian selama 7 tahun..
Pro-M telah memenangi 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan..

rentetan peristiwa di KTHO:

8:30 pagi - 5ptg : proses pengundian di setiap kolej..

ketua tempat mengundi  bukan lagi PENGETUA kolej..
tetapi TIMBALAN DEKAN fakulti..
ketua tempat mengundi saya adalah DR.SAEMAH..
TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN..
sangat berbeza suasana hari pengundian..
tolak ansur dan profesionalisme seorang kakitangan akademik yang memang boleh ditabik!
segala bantahan diterima dengan penuh lapang dada..
*laporan di kolej sy..
tiada seorang pun wakil calon Aspirasi yang menjaga tempat mengundi..why?

5:30ptg hingga 8.00 mlm : proses pengiraan undi..

taklimat oleh ketua tempat mengundi.
Proses kiraan undi bermula dengan pengiraan undi untuk calon fakulti terlebih dahulu..
terdapat campur tangan pengetua untuk mengelirukan proses..
tetapi dibantah dan ditolak oleh ketua tempat mengundi.
ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi setiap kerusi fakulti.

apabila kiraan untuk calon fakulti belum selesai..
 kiraan untuk undi calon umum diumumkan..
calon Pro-M membuat bantahan dan cadangan agar menyelesaikan kiraan undi calon fakulti terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan pengiraan undi oleh wakil calon.
bantahan dan cadanagn diterima dengan baik.

proses kiraan undi diteruskan untuk calon umum bagi tahun 1&2 dan tahun 3&4.

ketua tempat mengundi mengumumkan jumlah undi rosak dan jumlah undi sah bagi kerusi  umum.
selesai.
*seorang wakil calon bersama dengan calon hadir semasa proses kiraan undi lebih kurang dlm masa 20 minit.

8.00mlm-9.30mlm:

wakil calon Pro-M mengiringi Ketua tempat mengundi membawa undi-undi yang telah dikira ke pejabat untuk proses memasukkan data ke dalam sistem.
wakil calon Pro-M menunggu sehingga proses memasukkan data selesai dan mengiringi ketua tempat mengundi ke pusat pengumpulan undi iaitu di Dewan Gemilang.

8:30-1:40pg:
 hampir Kesemua wakil dan penyokong Pro-M berkumpul di dataran Dewan Gemilang untuk menunggu keputusan.
satu isu dikeluarkan dimana 2 orang calon Pro-Aspirasi tidak menghadiri bengkel calon tetapi dibenarkan untuk bertanding.
sorakan dan laungan dari penyokong Pro-M memenuhi ruang waktu hampir 3 jam sementara menanti keputusan diumumkan.
lewat jam 12 tengah malam iaitu waktu kemuncak.
barisan calon Pro-M keluar dari pusat pengumpulan undi dan mengumumkan bahawa PRK 2011 berpihak pada PRO-M dengan memenangi 22 kerusi berbalas 15 kerusi.
jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah 37 kerusi.
deraian air mata kesyukuran memenuhi ruang Dewan Gemilang.
pelukan dan ucapan TAHNIAH silih berganti..
doa yang syahdu menutupi perhimpunan Mahasiswa di Dewan Gemilang.
KONVOI BESAR-BESARAN meraikan kemenangan PRO-M melewati seluruh pelusuk bumi UKM dengan beratus-ratus motosikal dan berpuluh-puluh kereta mengiringi calon-calon PRO-M yang menang.
sesi penutup adalah sesi muhasabah di Masjid UKM.

calon Pro-M yang menang:


more information : http://gm-ukm.blogspot.com/
sekian.

* alhamdulillah..syukur..
dapat saya meraikan kemenangan GMUKM sebelum kaki melangkah pergi dari bumi UKM.
*saya kurang selesa berbahasa formal ..=P

with love : siti nurfarehan




Sunday, February 20, 2011

Jundullah..

assalamualaikum..


wahai jundullah!!
bertebaranlah kalian di bumi Allah yg Maha Luas
dengan semangat yang kental
dengan azam yg jitu
dengan kekuatan yang gah
tetap teguh dikala ribut merentap!
tetap tenang disaat ombak mengganas!

wahai jundullah!
bermusafirlah kalian di bawah Langit Allah yang Maha Agung..
paksikanlah niat kalian dengan satu ikatan akidah,..
biar simpulannya kuat
 ketat!
 utuh!
agar ia takkan pernah sirna dengan kejatuhan dan kebangkitan zaman!


wahai jundullah!
berkelanalah kalian seperti Salman Al Farisi..
 merentas sejarah dunia mencari nilai iman..
katakan pada mereka di luar sana
"Aku memilih islam dan aku ingin berkhidmat di dalamnya!"
biar jasad menjadi pasir debu
namun jiwamu hidup subur
biar darah dan keringat mengalir lesu
namun rohmu segar menusuk kalbu
memanggil-manggil jiwa mereka yang hidup
di bawah panji kemenangan!

Wahai Jundullah!
rendahkan dirimu sedalam mutiara lautan..
besarkan jiwamu dengan ketaatan pada satu kesyumulan
korbankan nafsumu pada maksiat dan kejahatan
kejapkan langkahmu pada satu jalan
jalan dakwah yang durinya mengindahkan jiwa
menaikkan darjat!
meninggikan Taqwa!

biar pada zaman ini..
kewibawaan Sultan Muhammad Al Fatih menakluk konstantinopel..
mendorong kalian menakluk dunia
dunia yang kalian hias jiwanya penghuninya dengan iman!
dunia yang kalian warnakan penghuninya dengan islam!
dunia yang kalian corakkan penghunilah dengan taqwa dan istiqamah!
dunia yang kalian meriahkan penghuninya dengan ketinggian akhlak!
dunia yang kalian pasakkan hati penghunilah dengan kecintaan pada Allah dan rasulnya!



with love : siti nurfarehan


Saturday, February 19, 2011

pasir..

assalamualaikum..



pepasir pantai itu..
lembut disambar ombak pantai..
berdiri seorang hamba..
mengadap lautan tak bertepi..
merenung dan mendalami kekesalan diri..
mengeluh sendirian..

tanpa dia sedar..
dia melangkah perlahan..
tinggalan jejaknya kelihatan..
di pepasir itu..
meneruskan langkah..
dalam kerunsingan..

tiba- tiba dia berhenti..
lalu dia mendongak ke langit..
kecantikan dan Keindahan ciptaan Allah terserlah..
dia terlopong..
dia kagum..
lalu dia memandang sekeliling..
dia semakin takjub..
dengan bisikan keindahan dan ketenangan..

dia memandang jejaknya kembali..
sudah tiada!
bersih terhapus oleh sang ombak pantai..
dia terdiam dan terus berfikir..
akhirnya..
dia tersenyum..

dia teruskan langkah..
dengan yakin dan berani..
kerana dia mula mengerti..
kerana dia memahami..
kenangan dan kesilapan..
akan datang silih berganti..
akan hilang ditinggal masa..

akan tetapi..
ia menjadi manis..
bila segalanya kembali kepada Sang Pencipta..

with love : siti nurfarehan




Tuesday, February 15, 2011

sedar dan faham...

assalamualaikum...




terasa bahang PRK (Pilihan Raya Kampus) kembali memanaskan kampus bumi UKM..
penamaan calon pada esok hari..
17 februari 2011..
dan Hari Mengundi jatuh pada 21 februari 2011 iaitu pada hari Isnin..
maka dengan itu...
semakin giatlah usaha usaha kedua pihak iaitu Pihak Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa untuk menambat hati pengundi bagi merebut kerusi - kerusi yang dipertandingkan...




suka untuk saya tampilkan pada anda apa yang dalam diri takutkan..
tetapi ia sering berlaku..


dalam surah al hujurat : ayat 11-12


49-11:  Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah beriman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.  

49-12:  Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)



cuma apa yang kita perlu perhatikan secara telus dan teliti..
memandangkan kita baru melepasi satu hari yang amat penting bagi kita..
iaitu hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..
maka perlunya kita mengambil ibrah (pengajaran) dan teladan baginda dalam setiap perkara yang kita lalui..
bagaimana strategi Rasullullah dalam mencipta sejarah kemenangan dalam peperangan..
bagaimana Akhlak baginda dalam meredah situasi genting dari pihak musuh..
tidak pernah baginda memburukkan sesiapa..
tiada dikalangan sahabat baginda memburukkan sesiapa..
hatta pada musuh mereka sendiri..


oleh itu , walau kita dipihak mana sekalipun..
perlunya kita mengambil ibrah..
teladan dari sebuah ketinggian akhlak RasullullahS.A.W
kerana qudwah kita adalah baginda S.A.W..
jgn kerana satu isu yang kecil..
kita terhumbam ke lubuk dosa besar.
menempah neraka yang tidak terperi pedihnya...





Pada ketua, anak - anak buah dan jentera-jentera..
kemenangan itu bukan terlihat pada satu nilai undi semata - mata..
ia mesti diiringi dengan akhlak yang baik..
pada setiap kata-kata dan tingkah laku...
sepertimana kekuatan dan akhlak tentera Salahuddin Al Ayyubi..
sepertimana kekuatan dan akhlak tentera Sultan Muhammad Al Fatih..
kehebatan yang benar-benar merentas zaman..
dalam merebut satu kemenangan.


sekadar pendapat peribadi


with love : siti nurfarehan





Monday, February 14, 2011

JOM SELAWAT!

assalamualaikum..
mencuri masa disebalik kesibukan..


esok 12 rabiulawal 1432H bersamaan 15 februari 2011..
MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W..
[bersamaan hari lahir rumate saya..]




ayuh..kita sama-sama selawat..
bukan hanya untuk esok..
tapi setiap hari,
setiap masa..
pada yang belum mulakan..
mulakanlah!!
tiada isitilah "LEWAT" untuk suatu kebaikan..
jika terasa ingin buat kebaikan..
bersegeralah..


google dan google..
jumpa ini..


KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani



[artikel : sumber google]




* suka untuk saya tekankan bahawa apa yang lebih penting bukanlah ganjaran semata-mata, tetapi rasa cinta dan kasih kita terhadap Rasullullah yang membawa kita untuk terus mengingati dan berselawat ke atas baginda.


*jangan terlalu melihat pada ganjaran tetapi lihat pada proses pentarbiayah diri kepada sesuatu yang lebih baik.InsyaAllah..disana akan ada sesuatu yang lebih baik dari yang kita jangkakan.


*[post khas untuk rumate yang bernama Jamilah Jamaluddin : 
selamat hari lahir..
semoga panjang umur, murah rezeki..
semoga sihat akal dan tubuh badan..
semoga dipelihara dan dilindungi Allah selalu..
semoga Dipermudahkan urusan dunia akhirat..
dan yang  paling dekat  : Semoga FESSAT berlangsung dengan jayanya!]


with love : siti nurfarehan
tiba-tiba rasa mcm tulisan ni lawa plak..=)

Monday, February 7, 2011

bestlistener note

assalamualaikum..
dituju khas buat PENDENGAR SETIA saya..

sila jgn berbangga!
walaupun sy buat entry ni khas untuk PENDENGAR SETIA..

terima kasih banyak - banyak la..
atas pengorbanan masa dan tenaga..
wang ringgit?
kira sekali laa.. walaupun rasa mcm free je..

yang paling terharu..
penat - penat sampai nak pengsan pun sanggup tahan semata nak dengar sy bercerita (ok..sy hiperbola).
sy tya : "ganggu ke , bz ke "
dia jawab :"takpe , tak kisah"
kadang -kadang 0n9 semata nak dengar saya marah -marah..
sanggup plak tu kena marah..spesis manusia special dari planet mana ntah..hehe
dan kadang -kadang sy pun kena marah sekali..=P

arigato gozaimasu!
sudi sharing - sharing dengan sy..
sudi tego-tego sy..
sudi ketuk -ketuk sy yg selalu lupa..
sudi layan kerenah sy yang macam - macam..
sudi kasi sy senyum sikit..
(sikit je , lebih- lebih tu ketawa namanya)

syukran jazilan..
sebab selalu jadi tempat saya lepas geram dan marah..
sebab selalu jadi tempat saya luah perasaan..
sebab selalu jadi tempat sy mintak tolong..
sebab selalu bagi pendapat dan idea..

motivator?
tidak!..
sebab bila luah pape pun..
dia jawab :
"sabar la .."
"owh ..I see.."
"then.."

pemarah ?
" sejuk baran "..
kadang - kadang sejuk..
kadang - kadang baran..
=P


award takde cop SIRIM
overall..jzkk!

tetibe rasa cemburu plak kot -kot dia pun jadi best listener kat org lain jugak..
sengal betul penulis ni..
tamak!tamak!..
nak bolot semua kat  diri sendiri je..

doa sy :
semoga Selalu gembira dan Selalu berduka..
gembira tanda syukur kan..
selalu berduka tanda sabar kan..
semoga dapat pendamping yang baik , hebat dan mantap..
semoga dapat pendamping yang jadi cerminan  Pendengar Setia..amin.


*sila berbangga!
dah lama nk tulis tapi..
segan silu , malu pilu ..
ok la entry mcm ni kan..
nak lelebih..nanti -nantilah la ye..

dari : Pembebel yg setia..=)
sy akan selalu kuat!!

Sunday, February 6, 2011

heart note

assalamualaikum..
untuk saat ini..
setelah sekian lama memendam rasa..
setelah sekian lama berbaik sangka..

kenapa sehingga hari ini..
orang terlalu suka untu mengambil kesempatan atas diri saya..
saya sedaya upaya membantu..
saya sedaya upaya berusaha untuk memberi yang terbaik kepada mereka..
agar mereka gembira..

tetapi..
kenapa mereka itu terlalu ingin melukai hati ini..
diam - diam..
mengambil kesempatan atas huluran tangan yg diberi..
sedangkan  sedaya upaya cuba untuk ikhlaskan diri membantu..
kadangkala terpaksa dikorbankan apa yg kurasakan penting untuk diri ini.

terlalu naifkah diri ini..
terlalu baikkah diri ini..
adakah kerana diri ini menghormati kalian..
kalian mudah sungguh mengambil kesempatan..
atau..
diri ini diam dihadapan kalian..
kalian anggap diri ini tidak mengerti..
tiada perasaan..
atau...
diri ini berkorban pada mereka yang salah..
kerana aku terlalu lama memendam di dalam hati..
"mungkin aku yang salah "
"berbaik sangka  laa"
"mungkin ini kekurangan aku.."

dalam setiap perjalanan hidup saban hari..
sering kucuba lari dari melukai orang lain..
tapi mengapa mereka yang hadir dalam hidup ini..
datang..
rapat dan mesra..
kemudian di penghujungnya..
mengambil kesempatan atas diriku..
kemudian pergi..
tinggalkan diri ini terkontang kanting menyembuhkan kemelut diri..
kadang-kadang berhadapan dengan fitnah..
berhadapan dengan penipuan..
pengkhianatan..
lemas dalam pergelutan masalah..
sedangkan mereka bebas dengan gembira..
dengan jiwa tanpa rasa bersalah..

sedaya upaya kutahan tangisan..
kerana diri ini bukan memilih tangisan sebagai senjata diri..
apatah lagi untuk mengalirkannya dihadapan orang lain..
menangis bukan satu jalan permulaan..
berkali - kali kucuba memberi maaf..
berkali - kali kupujuk hati menahan sabar..
berkali - kali ku tiup semangat bahawa dia tidak sengaja..
berkali - kali ku khabarkan pada jiwa..IKHLASLAH!
tetapi hati itu..
kalau berkali-kali ia ditoreh..
akhirnya berdarah jua..
biarpun kadangkala ia takkan mampu diluahkan diraut wajah..
tetapi..
mengertilah..
cubalah..
untuk memahami diri ini..
bahawa seikhlas dan sedaya mungkin hati ini memberi..

*sy tak pernah meminta apa -apa balasan untuk satu ukhwah..
 sy tak pernah meminta janji -janji indah untuk sebuah ukhwah..
 sy tak pernah meminta untuk dilayan seperti puteri raja..
 sy tak pernah berniat untuk mengkhianati kalian..
 but please..
sy tak kisah saya tidak dihiraukan..
sy tak kisah org tak ambik berat pasal saya..
sy tak kisah even tak ada orang yg akan protect sy..
sy tak kisah even tak ada orang yg nak sokong sy even masa tu sy amat2x perlukan mereka..
disisi saya..
sy tak kisah org tak mampu terima sy seadanya..
sy sedaya upaya cuba memberi yang saya mampu..
dengan kudrat , masa dan tenaga sy..
sy tidak meminta lebih..
cuma..
tolonglah jangan lukai hati sy..
tolonglah jangan khianati saya..
tolong jangan ambik kesempatan atas sy..
its really hurt and I can't bear with it..
[habis madu sepah dibuang]

jika kehadiran saya dalam hidup kalian benar - benar menyusahkan..
terus terang pada sy..
mungkin jalan yang baik adalah sy meninggalkan kalian..
dengan doa yg tidak pernah putus - putus untuk kalian..
agar kalian bahagia..

[sad story..
sy rasa tak tahan nak pendam..
rasa mcm nak nangis je seharian..
tak boleh nak cakap dengan orang lain sebab bukak mulut je rasa macam nak meleleh air mata..

kepada mereka yang ambik kesempatan atas diri ini..
TERIMA KASIH kerana mengajar saya harga sebuah kepercayaan dan keyakinan..
harga sebuah keikhlasan..
InsyaAllah..proses mematangkan diri sendiri ]

* TARBIYAH DR KEHIDUPAN!

Saturday, February 5, 2011

Tahun Akhir..

assalamualaikum..
baru balik cuti Tahun baru Cina..
tu pun dapat cuti 4 hari je..
tapi tetap Alhamdulillah syukur..

menjadi pelajar tahun akhir..
ingatkan dapat fokus pada tesis semata-mata..
rupa - rupanya..
tak..
banyak benda yang kena settlekan..

LATIHAN INDUSTRI

memandangkan kami adalah FIRST BATCH yang ada latihan industri..
sebelum ni PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK tiada latihan industri..huhu..
dari sem lepas lagi pensyarah dok tekan tekan dapatkan tempat Latihan industri..
sampai bulan 1 ni..
pensyarah tekan - tekankan lagi untuk follow up sape -sape yang tak dapat tempat lagi..
bulan 1 ni..
pensyarah tekan -tekan lagi untuk hantar surat penerimaan kepada syarikat - syarikat berkenaan..
reason yang saya sangat setuju dengan pensyarah ini ialah :
" Kalau penempatan latihan industri dah setle..kamu dah boleh tumpukan pada tesis!
lepas tu , saya dah boleh update penempatan praktikal..
sape - sape yang tak dapat lagi , boleh saya gantikan dengan tempat -tempat praktikal yang kamu tolak.. "
tetapi..
kami pelajar STATISTIK ni ada 77 orang semuanya..
melayu hanyalah 12 orang..yang lain semua cina..
kesian kan..
tapi alhamdulillah..semua budak melayu dah dapat tempat latihan industri..

DR NORA selaku penyelaras latihan industri tengah pening sekarang kat pelajar cina..
diorang semua mintak syarikat insurans dan bank..
ye..memang tak dinafikan kita boleh buat praktikal kat syarikat - syarikat ini..
tapi prioriti lebih diberi pada budak aktuari dan budak fakulti ekonomi dan perniagaan..
tak salah..tapi kena mintak jugak kat syarikat - syarikat lain..
semua syarikat memerlukan pelajar statistik yang mahir statistik dan kualiti..
in case kita kena pandai cerita bidang kuasa kita..

TESIS..

tesis saya bergerak macam siput sedut je saya rasa..
data dah lama dapat..
nak mengarang / menulis tu yang buat dia jadi lambat..
takde idea nak tulis karangan panjang - panjang.
tengok contoh - contoh tesis lepas..
40 - 50 muka surat..
ayat -ayat penulisan dia..
macam journal dah..hehe..
dok sejam depan komputer..
adalah dapat 2 , 3 baris..
sadis sungguh..
tapi takpe..
insyaAllah..usaha akan dipertingkatkan..
chaiyok - chaiyok farehan!

pelajar STATISTIK kena buat kajian kes, pelajar MATEMATIK kena buat kajian ilmiah..
bezanya?
pelajar statistik kena cari data yang bertahun -tahun punya..
selambak depan mata nombor saje -saje..
pastu analisis..
nak buat model ke..
nak tengok trend ke..
nak buat regression ke..
nak forecast ke..
nak detect outliers ke..
nak pape pun..
yang penting pandai interpret data tu pasal apa..

budak math plak..
tak payah cari data..
kena kajian tentang benda - benda sekeliling..
contoh..
kawan buat pasal boomerang..model dia guna apa..mcmna teknik dan rumus dia guna untuk permainan boomerang tu..
sorang buat pasal pertandingan berbasikal..under mekanik quantum.
mcmne kaedah ,model dan rumus dia guna dalam sesuatu pertandingan basikal bertaraf dunia untuk basikal tu capai had optimum dia..
ada yang buat pasal permainan tennis..
ada yang buat badminton..
ada yang buat pasal layang -layang..
mcm-mcm laa kan..
agak - agak kan , ada tak student math buat kajian tentang mcmne ikan lumba -lumba  dan kuda laut godek -godekkan ekor dia..hehe,..
comelnyerr!

tajuk tesis saya?
secara generalnya pasal syarikat TELEKOM (TM)..
secara spesifiknya..
tunggu tesis saya siap..hehe

tapi saya cuba sampaikan rasa di hati..
tentang sikap yang saya rasa perlu kita muhasabah sama - sama..
buat tesis memang ada ujian masing -masing..
ada kawan yang dah ada data..
senang sikit...
tapi bagi kawan -kawan yang takde data..means nak data asli..bukan data soal selidik..
bersusah payah kena cari data..
data bukan senang nak dapat..
private and confidental..
ada yang berbayar..
memang susah syarikat nak bagi data..tak kiralah swasta atau kerajaan..
contoh kawan saya buat tentang kandungan dalam air mineral..
dia kena cari sumber yang betul untuk buat kajian..
data kena ambik dari jabatan air..
mana boleh buat soal selidik dengan orang ramai..
dia hantar surat..
call tak dapat..
orang yang ada data tu takdala..
meeting laa..
lastly saya teman dia pegi putrajaya..
dah sampai,..orang tu takda plak..
dia suruh datang sekali lagi..tapi tak bgtau nama apa orang yang kami kena berurusan..
buat temujanji..
masa nak pegi tarikh temujanji tu..
kawan saya kol kat sana..
sekali kena marah teruk dengan dengan operator dia.
call tapi tak tau nak cakap dengan sapa..
yela..kami tau bahagian yang kami nak jumpa je..
masa pegi dulu pun , orang yang kami jumpa tu tak bagitau pun kami kena jumpa sapa..
dia suruh datang je..
hish..rasa nak buat aduan je..
takde sopan santun budi bahasa langsung,..
at least ,
kami bgtau bahagian yang kami nak jumpa..
dia sambungkan jela pada bahagian berkenaan..
kalau tak dapat pun..tak perlulah marah -marah kawan saya..
masa pegi tu..
jumpa sorang kakak ni..
dia cakap orang yang nak kami nak jumpa tu tak dak..
lastly dia kesian kat kawan saya..
dia bawak kami jumpa dengan ketua yang lain..
lepas bincang - bincang..
barulah dia bagi data..
tu pun kena bagi surat hitam putih bahawa data tu tidak boleh dipublishkan!
[ tak jadi buat aduan sebab ketua yang kami jumpa tu baik orangnya..naseb baik walaupun sebelum tu berkobar - kobar nak buat aduan ].

ada kawan lain plak..
mintak data..
tapi asyik tak dapat..
dia nak buat model tentang kenderaan dan pengangkutan kot..
sampai sekarang tak dapat..
dia mintak kat swasta..
saya ckp kat dia..
cuba mintak yang kerajaan plak..
jabatan pengangkutan ke..
PLUS ke..
mana -mana yang ada kaitan la..
saya jugak tak pasti..
tapi at least saya tak nak moral dia down macam tu..
sebab bukan senang seseorang nak berkongsi masalah dengan kita..
jadi, bila dia bercerita..
kita kena tolong semampu mungkin..

sorang lagi kawan saya sampai nangis dah sebab tension..
dia ada tajuk..
tapi tak tau dan tak de idea langsung tentang tesis dia..
dia nak tukar tajuk..tapi tak tau plak nak tukar tajuk apa..
sebab sebelum ni tajuk dia kena generate data pakai software R..
kami memang tak belajar secara khusus tentang software R ni..
jadi nak tolong tu memang susah sikitla..
dia kena belajar dulu dengan pensyarah lain..
saya cadangkan belajar dengan sorang pensyarah ni.
kebetulan dia memang pandai software R ni..
ada kawan yang dah belajar dengan pensyarah ni ..
tapi berdalih tak nak ajar kawan yang bermasalah ni..

tolonglah masing -masing jangan pentingkan diri sendiri..
at least tolong sekadar yang masing - masing mampu..
kita belum tau lagi saat kita teruji dengan tesis..
saat kita susah..
jangan nanti salahkan orang lain kalau diorang tak nak tolong nanti..
sebab mungkin kita sendiri yang bersikap pentingkan diri sendiri..
masa ni jugak kadang -kadang kawan makan kawan..
so..please..
sokonglah antara satu sama lain..(support each others)
semua nak naik pentas kan bulan 11 ni..
memang kita akan tertekan..
tapi as long as kita bersama..
kita akan tetap mampu teruskan langkah terakhir kita ni..

minta maaf pada mereka yang terasa..
tapi pada permulaan langkah kita..
kita perlu diberi satu suntikan..
suntikan semangat kerjasama!

with love : siti nurfarehan