Monday, September 20, 2010

facebook..hanya satu pilihan..bukan kewajipan..

assalamualaikum..
rasanya saya masih berpeluang untuk mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..
taqabbalallahu minna wa minkum..
kullu 'am wa antum bikhoir...

hanya sekadar peringatan buat kaum hawa..
dah lama sebenarnya nak meluahkan..
tapi tiada kesempatan..(alasan je nie..=p)

ok,,fokus!

tak dapat dinafikan bahawa sekarang ni laman sosial FACEBOOK mendapat tempat pertama dikalangan masyarakat dunia..

ada banyak application pada profile kita seperti INFO , FOTO , VIDEO dan sebagainya..

saya cuma mahu tekankan disini tentang FOTO..

saya tahu..ramai wanita diluar sana memiliki facebook masing-masing termasuk diri saya sendiri..
itu satu PILIHAN  yang kita pilih..
cuma ...
suka saya ingatkan kepada perempuan diluar sana...
terutama para muslimah..
gambar yang anda upload..
sila buat PENAPISAN..

80% (rasanya lebih nie..) daripada pengguna perempuan di facebook meletakkan gambar peribadi mereka..
tak kirala yang ada kefahaman ataupun tidak..
mungkin lebih baik gambar peribadi anda tidak diletakkan..
anda boleh pilih gambar mana yang anda boleh letak dan tak boleh letak..
itu PILIHAN anda..

mengapa perlu lihatkan kecantikan wajah dan tubuh anda kepada dunia..
friends anda boleh mencecah 5000 orang..
yang lihat bukan PEREMPUAN semata mata..

apa yang anda cuba tunjukkan pada mereka?
 anda cantik?? ye ke?

anda bersama siapa?
anda pergi mana?
anda buat apa?..
untuk apa anda buat semua nie?




atau memang anda berniat untuk tunjukkan diri anda kepada dunia..

mencari publisiti murahan..
ataupun inginkan orang komen banyak-banyak pada foto anda?

katakan anda pergi suatu tempat..dan nak tunjukkan tempat tu pada orang ramai...
maka..gambar yang patut diletak adalah gambar tempat tu..
bukan gambar anda..
anda hanyalah side effect je..
tak penting pun..

saya rasa ramai perempuan yang jadi mangsa fitnah di facebook akibat daripada foto-foto mereka sendiri..
ramai yang kena sabotaj melalui foto..
muka lain..badan lain..
kena-kena gambar bog*l..(sory..direct!)
tapi tak ramai yang ambil pengajaran..

ni pendapat peribadi saya..

anda muslimah..
ada ada kefahaman..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA JAGA..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA PAMERKAN..
laman sosial facebook bukan menuntut anda supaya bersosial untuk semua perkara..
gambar-gambar anda adalah fitnah bagi diri anda sendiri..
berapa ramai lelaki yang jadi friends anda yang melihat foto foto anda?
anda suka ke gambar-gambar anda jadi santapan lelaki?
mungkin ada yang save gambar anda..buat desktop background..=)
anda tidak tahu..
mungkin gambar-gambar anda boleh menyebabkan orang lakukan sesuatu yang tidak baik pada diri anda..(nauzubillah)..
tapi kemungkinan tetap ada..
jangan salahkan mereka..
anda yang buat/beri pada mereka..

Nilai anda bukan pada facebook..
nilai anda adalah diri anda sendiri..

saya tahu anda cantik..
tapi bila anda letak gambar anda yang tak tahu motif apa..
anda tak cantik...
kerana cantik hanya dilihat pada akhlak
bukan pada wajah atau kecantikan luaran..

saya bukan hanya berbicara pada yang single..
juga pada pasangan suami isteri..
berkahwin bukan tiket anda untuk bebas letakkan gambar anda berdua sesuka hati..
ada yang perlu ditapis..

juga buat sang teruna..
tapis gambar anda..
walaupun anda lelaki..
anda juga  TAK LAYAK letak gambar sesuka hati walaupun facebook tu anda yang punya..
gambar guling-guling atas katil tak payahla letak..
gambar tak berb*ju..tak payahla letak..
gambar anda mandi laut tak payahla letak..
gambar tak tutup aurat tak payahla letak..
gambar anda lompat tingi tinggi pun tak payahla letak.
(saya tahu sekrang ni ramai lelaki publish gambar lompat tinggi-tinggi tu)
apetah lagi publish..


anda ada banyak sangat PILIHAN untuk letak GAMBAR apa sekalipun..
tetapi..
anda BERTANGGUNGJAWAB terhadap PILIHAN yang anda buat..
pastikan anda ada jawpan kukuh mengapa anda buat pilihan tersebut  bila ditanya Allah nanti..

"anda adalah satu kenangan..
mungkin orang ingat anda sekrang..
tetapi anda akan dilupakan bila masa berganti masa..
anda hanya sebagai peneman satu perjalanan kehidupan.."
kongsikan kisah hidup anda hanya pada mereka yang layak..

anda cantik bila apa yang anda simpan..
anda perlihatkan pada mereka yang layak..

tambahan : tapis info + status dll..


with love:nuramna najihah

No comments:

Post a Comment