assalamualaikum..
ya Allah satukanlah hati hati kami dibawah lembayung keredhaan dan kasih sayangMu..
kerana tanpaMU..
tiada nilailah kami..baik didunia mahupun di akhirat..
Tetapkanlah kami dia ats jalanMu..
24 julai 2010..
KONVENSYEN WANITA ISLAM (KONWANIS) KE -4..
DEWAN WAWASAN POLITEKNIK PORT DICKSON,N.9.
"WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCA MODEN"
saya akan cuba berkongsi input yang saya dapat sepanjang konvensyen berlangsung..
saya rasa entri kali ni panjang..
tapi xpela..dah lamanya rasanya tidak menulis..
IDENTITI DAN JATI DIRI WANITA
Wanita realiti hari ini perlu sedar betapa pentingnya identiti dan jati diri yang teguh dalam mendepani cabaran globalisasi masa kini dan masa akan datang.
jika perempuan-perempuan munafiq bertungkus lumus memainkan peranan mereka dalam merosakkan aqidah dan mentaliti masyarat di samping lelaki munafiq, Maka wanita Islam (mukminah) hari ni perlu lebih kuat,lebih bersungguh dan lebih semangat dalam mengislahkan masyarakat disampaing lelaki mukmin!.
kerana...
apabila rosaknya seorang wanita..maka rosaklah generasi akan datang..
disini kita dapat lihat betapa besarnya peranan wanita dalam penerusan generasi quran dan sunnah pada masa akan datang..
kerana inilah wujudnya pepatah melayu mengatakan bahawa :
"tangan yang menghayun buaian itu,mampu menggegar seluruh pelusuk dunia"
Paksi utama jati diri seorang wanita adalah kefahaman dan penghayatan iman dalam kehidupan seharian.
Rasulullah bersabda : "wanita itu pada kebiasaannya dikahwini kerana 4 sebab;hartanya,keturunannya,kecantikan dan agamanya.Maka hendaklah kamu mengahwini wanita yang beragama supaya terjamin masa depanmu.."
ini menunjukkan betapa agama itu menjadi tunjang kekuatan sebuah rumahtgga dan penerusan generasi yang soleh dan solehah..
namun berapa ramaikah lelaki yang sedar???
rasulullah bersabda: " ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia,mereka itu ialah Asiah binti Muzahim isteri firaun,Maryam binti Imran ibunda Isa,Khadijah binti Khuwailid ieteri rasulullah s.a.w dan fatimah binti muhammad,puteri kesayangan baginda"(riwayat Bukhari)
> maryam adalah simbol wanita dalam ibadah dan ketinggian darjat ketaqwaan kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya keyika mengabdikan dirinya kepada Allah.
> asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah meskipun duduk sebumbung bersama suami yang tidak beriman.
> khadijah adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam,berkorban jiwa raga dan harta benda serta rela berhadapan dengan pelbagai risiko dalam penyebaran dakwah islam bersama rasulullah s.a.w.
> fatimah pula adalah simbol kepada pelbagai dimensi wanita solehah,peranan fatimah sebagai wanita solehah,anak solehah,isteri solehah yang taat pada suaminya dan ibu yang bijaksana dihadapan putera puterinya.
Dimensi wanita hari ini: cabaran dan resolusi
Malu..wanita hari ini sangat perlu menjaga dan memelihara sifat malu..
apabila ditanya kepada seorang lelaki mukmin.."dimanakah kecantikan seorang wanita itu?"
"sesungguhnya kecantikan seorang wanita itu terletak pada sifat malunya.."
apabila ditanya kepada seorang perempuan mukmin.."dimanakah kecantikan seorang lelaku itu?"
"sesungguhnya kecantikan seorang lelaki itu terletak pada akhlaknya yang menawan (baik).."
Namun begitu,sifat malu yang dipelihara oleh seorang wanita itu perlulah kena pada keadaan dan tempatnya.Sifat malu ini seharusnya tidak menghalang wanita untuk menyatakan kebenaran dan meneruskan dakwah kepada masyarakat.
kita lihat peningkatan kes pembuangan bayi pada hari ini jelas menunjukkan betapa wanita hari ini khusunya remaja hilang jati diri dan identiti diri mereka sendiri.Apabila sifat malu itu hilang,maka hilanglah iman dalam dirinya.
sebagai contoh : Sekarang kita dihangatkan dengan program-program "KAMI PRIHATIN" berikutan kes pembuangan bayi yang berleluasa.
Saya berpendapat bahawa,tidak ada gunanya kita fokus kepada 'hasil"..kita perlu pergi kepada punca masalah."pembuangan bayi itu adalah satu hasil penzinaan"..maka,puncanya adalah pergaulan bebas,seks bebas,sumbang mahram dan sebagainya.seharusnya,kita lebih fokus bagaimana untuk mengatasi punca masalah ini..bukan pada hasil..tak salah untuk kita atasi masalah ini dengan mengajak masyarakat prihatin terhadap isu pembuangan bayi..tapi hasil takkan wujud tanpa punca..masyarkat hanya nampak jumlah bayi dibuang bertambah,tetapi masyarakat masih kabur bahawa puncanya adalah daripada remaja kita sendiri..
Jati diri wanita itu perlu dipertahankan.Sahsiah dan akhlak wanita hari ini perlu dibentuk dan diperbaiki.
Kerana kalau kita terus membiarkan masalah ini berlarutan..terlalu fokus pada "hasil" iaitu bayi-bayi tanpa ibu dan ayah..maka..
TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI PEMIMPIN KITA ADALAH ANAK LUAR NIKAH!!
BANGGAKAH ANDA??
Jati Diri Seorang Muslimah :
> IMAN YANG MANTAP
>BERAGAMA DAN BERTAQWA
>MERDEKA JIWA
>BERPERIBADI UNGGUL
MENUTUP AURAT
Isu penutupan aurat sudah acap kali kita ketengahkan..
tapi kita cuba ingatkan masyarakat islam hari ini bahawa jika wanita islam hari ini menutup aurat dengan sempurna ..INSYALLAH,perkara yang saya sebutkan diatas tidak berlaku..
realiti hari ini..
SEMAKIN TINGGI PANGKAT SEORANG WANITA DALAM KERJAYA,
SEMAKIN SINGKAT PAKAIAN,
SEMAKIN TIDAK BERPAKAIAN SEORANG WANITA,
SEMAKIN PERANG RAMBUT,
SEMAKIN TEBAL MAKE UP,
SEMAKIN...SEMAKIN...SEMAKIN...
Demi Allah..
mengapa Allah syariatkan wanita menutup aurat??
kerana cantiknya tubuh wanita itu adalah keseluruh bahagian tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan..
dimanakah pula cantik seorang lelaki?
Allah syariatkan bhwa kecantikan tubuh seorg lelaki adalah di antara pusat dan lututnya..maka ia perlu dipelihara..
Islam sendiri tidak membataskan muslimah untuk memakai apa jua pakaian..asalkan ia besar,labuh,tidak jarang dan sebagainya..
wanita islam hari ini perlu buktikan bahawa menutup aurat bukan penghalang untuk kita berhadapan dgn cabaran globalisasi dunia..menutup aurat juga bukan penghalang kita menempa nama hebat dipersada dunia..INSYAALLAH..=)
WANITA PASCA MODEN
Tanggungjawab sosial tu bukan terletak pada bahu sesebuah pihak sahaja..tetapi terletak pada bahu semua masyarakat.
Masyarakat kita menjadi JUARA dalam pelbagai bidang JENAYAH masa kini..ROGOL,SEKS BEBAS,ZINA,PELACURAN,BUNUH..dan sebgainya..
kita kena berusaha mendepani masyarakat kita ke arah mempraktikalkan kesyumulan islam sebagai satu cara hidup..supaya masyarakat kita akan datang seperti ikan air tawar..'walau dicampak ke laut sekalipun,ia tetap dipanggil ikan air tawar"..
pergaulan bebas hari ni bukan perkara luar biasa lagi terutama dikalangan mahasiswa dan mahasiwi di mana-mana kampus sekalipun..
cuma kita perlu ingat bahawa kita sebagai penuntut ilmu perlu faham keberkatan ilmu tersebut..
"ilmu itu cahaya,tetapi ketahuilah bahawa cahaya tidak kan masuk ke dalam hati-hati orang yg melakukan maksiat"
fokus kepada peranan wanita:
alangkah malangnya seorang suami apabila memiliki isteri yd ada sifat berikut:
> isteri yang suka makan berseorangan yakni dia lebih suka makan sorang-sorang daripada makan bersama anak-anak dan suami
>isteri yang suka mengungkit
>suka ber "make up" lama-lama
>isteri yang suka mengeluh
>isteri yang membandingkan suaminya dengan orang lain (meminati suami orang lain)
>isteri yang meminta sesuatu diluar kemampuan suami
[koreksi diri anda!]
kita lihat pula mengapa lelaki malaysia tertarik dengan wanita indonesia:
1) wanita indonesia ini sabarnya tinggi.kerenahnya kurang..
2) wanita indonesia ini bahasanya lembut apabila berbicara dengan suami
3)wanita indonesia ini bijak melayan suami dan anak-anak dimeja makan..
[koreksi diri anda..mana yang baik seharusnya dijadikan teladan diri..ni penceramah yang bagi tips..bukan saya reka sendiri..]
bila kita membina rumahtangga berlandaskan alquran dan sunnah..
kita tanamkan dalam diri kita bahwa rumahtgga kita ibarat syurga..dimana kita adalah bidadari,suami kita bidadara dan anak-anak adalah ibarat kupu yang menyerikan lagi taman-taman syurga kita..InsyaAllah..
konklusi : wanita islam hari ini perlu dibentuk,dibaja dan disiram dengan ilmu dan penghayatan islam yang kukuh supaya wanita hari ini ibarat pohon cendana...akar tunjangnya kuat mencengkam bumi..tetapi dahan dan bunganya harum semerbak ke seluruh pelusuk bumi..
wallahulam.
with love : nuramna najihah
moga bermanfaat utk dipraktikkan!
ReplyDeletetahu dan rasa tu xsama..
xtau mcm mana nk cerita dengan perasaan..=)