Saturday, July 31, 2010

aku??

assalamualaikum..



aku??

aku..
kini sedang belayar..
di samudera kehidupan yg luas..
yang aku ada cuma..
perahuku dan juga pengayuhku..

perahuku ku panggil islam..
pengayuhku pula..ku panggil iman..
hanya itu yang kumiliki..
sedangkan di hadapanku..
lauatan yg maha luas..
seakan akan tiada penghujung..

kadangkala..
perahuku terumbang ambing..
dihempas badai yang bergelora..
namun..
pengayuh setiaku melawan..
pengayuh setiaku menongkah arus..
semampunya..
akhirnya..
perahuku tenang..
aku??
masih selamat di dalam perahuku..

kadangkala..
perahuku berpusing-pusing..
menahan penahan ribut lautan..
namun..
pengayuh setiaku masih disisi..
masih memberi khidmatnya..
mengayuh..mengayuh dan terus mengayuh..
merentasi ribut lautan..
akhirnya...
perahuku tenang..
aku??
masih selamat di dalam perahuku..

tetapi ketika ini aku menangis..

kerna..
kutahu akan hadir badai gelora yang lebih dahsyat..
kutahu akan hadir lagi ribut lautan yang lebih hebat..
sedangkan bekalanku hanya sebatang pengayuh..
dan sebuah perahu..
dan ku jua tahu...
pelayaranku ini berpenghujung..
suatu hari nanti..
perahu dan pengayuhkan akan membawaku kepada penciptaku..

aku?
aku sedih..
aku takut..
aku gundah..
tidak dapat ku agak..
sekukuh mana lagi perahu dan pengayuhku mampu bertahan..

tiba-tiba..
perahuku berkocak!
ahh..
sudah sampaikah ketikanya ia pecah berderai?
tiba-tiba..
prak!
ahh..sudah sampaikah tikanya pengayuhku patah?

aku sedar!
aku masih ada sesuatu yang ku bawa..
ya..aku sudah sedar!!
aku telah membawa sesuatu yang lebih besar dan lebih kuat dari perahuku dan jua pengayuhku..

"AKU BAWA KEYAKINANKU TERHADAP ALLAH!"

"ALLAHU AKBAR!"

mana mungkin ku mampu bawa hanya perahu dan pengayuhku tanpa keyakinanku pd Allah!
mana mungkin pengayuhku mampu menongkah badai ribut dan gelora..
tanpa keyakinanku sebgai pengemudi perahuku bahawa Allah sentiasa bersamaku..

ya..
aku kini mempunyai tiga harta berharga...
ISLAM ,IMAN DAN KEYAKINANKU KEPADA ALLAH..
aku akan cuba sedayaku meneruskan pelayaranku..
kerna yang akan membawa ku kepada penciptaku..
bukan lagi perahu dan pengayuhku..
TETAPI..
AKU!
KERNA AKU PENGEMUDI PERAHU DAN PENGAYUHKU..
MAKA..
AKU YANG AKAN MENETUKAN JALAN PENGHUJUNG PELAYARANKU..
SAMA ADA KU PILIH SAMUDERA YG DIPENUHI REDHA ALLAH..
ATAU..
SAMUDERA YG DILIMPAHI KEMURKAAN ALLAH..

YA..
AKU YG AKAN PILIH!

AKU?


nukilan hati yg asli :siti  nurfarehan
with love : nuramna najihah

1 comment: