Friday, April 16, 2010

sekadar selingan..:)

assalamualaikum...
apa khabar semua..
sihat??
hoho..bajet mesra alam manusia...:)

tajuk suspen jer..hoho..

sekarang ni musim peperiksaan..
jadi tak la rasa sangat nak update blog yg usang nie..
tapi mengingatkan bahawa..
diri ini selalu sambil lewa..
selalu main-main..
maka..kenalah update blog nie untuk membuatkan diri nie tidak sambil lewa..
ngee..

*blog ni hanya satu alternatif je..banyak cara lain untuk peringatkan diri sendiri..
dan orang lain..

kali ni takde tajuk spesifik sebab memori tengah berteraburr..
so..entrinya jadi banyak tajuk..:)

tajuk pertama:mcm biasalah..tajuk hot remaja..CINTA..


sebenarnya..
takdela nak fokus sangat pasal isu nie..


cuma nak ambil kata-kata seorang teman..
"cinta itu ibarat kurap..lagi garu lagi sedap..tapi bila lama-lama garu ditempat yg sama..kulit akan berdarah.."

masa mula-mula dengar..
memang gelakla..kelakar.
.mana taknya,sebanyak banyak benda kat dunia ni..kurap jugak dia sebut..:D
tapi bila dimuhasabah balik..
memang betul pun kata-kata dia..

cinta itu mula-mula indah..
kata-kata yang romantis..
gaya yang memukau..
hari-hari bersua muka..
hari-hari bergurau mesra...

ditambah pula..
boleh pegang-pegang..
boleh peluk-peluk..
maklumla..
dah sayang sangat..
memangla seronok..

tapi bila dah seronok..
dia nak seronok lagi..
biasalah manusia..tamak..
maka..terlanjur..
lepas tu..
pregnant..
haa...baru gelabah..
ada yg gugur anak..


ada yang buang anak..
ada yang bunuh diri..
haaa..kan dah sakit...
(baru sakit dunia..kalau kat akhirat..fikir sendirilah..saya pun takut nak fikir..hoho~)
itulah cinta berlandaskan nafsu..
"mcm kurap!"..:)



“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

Puncanya berlaku perkara ini ialah kerana zina, ingatlah ayat Allah s.w.t , firmaNya

Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]

lagi satu..
cinta tu ibarat magnet..
MAGNET??
lelaki dan perempuan tu kan fitrahnya saling tertarik antara satu sama lain..
jadi..
kita memang tak boleh lari dari fitrah kita sebagai manusia..
tetapi..
biarpun begitu..
magnet itu takkan bercantum kalau ada penghalang ditengahnya kan..
macam itulah islam..
islam membenarkan lelaki dan perempuan itu bersatu..
tetapi ada batas syariat yang perlu dijaga..
ada caranya..
bukan main redah je..(faham ke ayat "redah" nie??)
tangkap muat sesuai tak??
tak kisahlah nak terjemah dgn perkataan apa pun..asalkan maklumat sampai..
cinta dalam islam perlukan banyak sangat pengorbanan dan kesabaran..
sebab matlamatnya jelas..pengorbanan dan kesabarannya berbalas..
tak percaya?
cubalah..

nak bukti..
nah..

. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

anda pilih..nak magnet atau nak kurap??






tajuk kedua : tajuk kurang hot..AMANAH




Yang ni bukan nak cakap banyak-banyak pun..
cuma berdasarkan pemerhatian jela..
kerana saya suka memerhatikan sikap orang lain...

pada pendapat saya la..
kita boleh lihat kematangan seseorang berdasarkan bagaimana ia menyelesaikan masalah/ amanah yang dipegangnya..
samada dia lepas tangan je..
dia salahkan orang lain..
dia tension..
dia marah orang lain..
atau..
dia senyum..
hoho..senyum tu bukan maksudnya dia pasrah je..
maksudnya..
dia selesaikan masalah dia dengan tenang..
walaupun dia stress..tapi still dia tak serabutkan orang lain..
tenang..hoho..mana nak cari orang nie??
saya dah jumpa..tapi perempuanla..bukan lelaki..
susah kot nak jumpa lelaki cool macam nie..
biasa jumpa lelaki yang bila ada masalah yang tak dijangka..
gelabah habis..sampai kita yang tak bersangkut paut pun jadi "kalut" jugak..
dalam masa dia gelabah tu..sempat lagi cakap..
"relaks..relaks..bertenang..takde papelah.."
padahal..dalam masa yang sama..dia pegang tu tak kena..pegang nie tak kena..hoho~
tetapi kalau dibandingkan dengan perempuan..
perempuan lagila teruk..
terkejut sikit..gelabah banyak..siap jerit-jerit lagi..
ditambah plak dengan lelehan air mata..huhu..
memang boleh buat movie..huhu..

belum cerita lagi empunya diri bila kalut..:P


tapi sebenarnya tak kisah sangat bila ada yang mengeluh dan gelabah nie..
sebab fitrah manusia itu akan sentiasa diuji dan teruji..
semua manusia ada amanah masing-masing..
mungkin kita lihat amanah pada seseorang itu ringan..
tapi pada diri dia amanah itu berat...dia rasa teruji..dia lemah..
kita pun sama jugak..
kadangkala orang tengok amanah kita kecil je..
tapi kita rasa berat..kita mengeluh dan menangis..

amanah yg Allah bagi bagi itu sebenarnya satu ujian untuk diri kita sendiri...
dan kita perlu ingat..
ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah..
nak lihat sejauh mana kita sebagai hamba meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan yang utama..

Rasulullah SAW juga bersabda yang artinya “amanah itu dapat mendatangkan rezeki, sedangkan khianat itu mendatangkan kemiskinan”. (HR,Dailami)

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh” (Q,Al-Ahzab;72).

begitu beratnya amanah, sehingga semua makhluk selain manusia—yaitu langit, bumi dan gunung—menolak tawaran itu, kerana mereka merasa khawatir tidak mampu melaksanakannya. ketika amanat itu ditawarkan kepada manusia,—Adam As—lalu ia menerimanya (wahamalah al-insan), padahal manusia itu sungguh zalim dan bodoh. Ketika itu Adam tanya kepada Allah “Ya Allah apa faedahnya dengan amanah itu buat diriku (manusia)?” Lalu Allah menjawab; wahai Adam; in ahsanta wa ‘atha’ta wa ra’aita al-amanata falaka ‘indi al-karamati wa al-fadhli wa husna al-tsawabi fi al-jannati “Bila kamu melaksanakannya dengan baik, taat,dan menjaga amanah tersebut, maka kamu mendapat kemuliaan, keutamaan (pahala) serta memperoleh balasan yaitu (syurga), dan sebaliknya bila kamu melakukan kemaksiatan dan tidak menjaga hak-hak amanah tersebut, maka sesungguhnya Allah akan mengazabkanmu dan menempatkanmu di dalam neraka.(lihat Ibn Katsir; 1993/501).

kesimpulannya:jagalah amanah yang orang beri pada anda..amanah bukan setakat amanah..
tetapi kepercayaan dan harapan orang pada kita..jaga memolek deh...
orang kalau sekali kita khianat..sampai bebila pun dia susah nak percaya pada kita..:)




tajuk ketiga : perkahwinan...hot jugak nie!



erm,,yang ni takde pengalaman..sebab bujang lagi..


cuma yang ada sedikit pemerhatian dan ilmu-ilmu dari mak, kakak-kakak..guru-guru..
ustazah-ustazah dan teman-teman..
bermanfaat sungguh ilmu kalian tue..

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum : 30)

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)

erm..pernah suatu ketika dulu..












sewaktu form 5..
ustazah saya bercakap pasal perkahwinan.."kak an kalau kawen nanti......rahsia.."
tetapi dengan selambernya saya jawab..
"lambat lagilah ustazah..sekarang baru 17 tahun..muda lagi..banyak lagi benda yang boleh fikir dan buat selain fikir tentang kawen.."
ustazah pun berkata dengan lemah lembut..
"akan sampai waktu dan umurnya..kak an akan berbicara tentang suami,kawen,anak-anak dan rumahtangga bahagia..akan sampai masanya dimana kak an akan lihat seorang demi seorang kawan-kawan kak an kawen..pada masa itulah..perkahwinan makin dekat dengan kak an.."
hoho..saya terasa takut disitu..
"AMANAH!"..

masa berlalu...
sekarang baru saya faham dan mengerti..
benar kata ustazah kesayangan saya tue..
saya mula melihat kawan-kawan saya berbicara tentang cinta,,saya pun sama..
kawan-kawan saya meluahkan masalah cinta mereka kepada saya..
masalah hati..masalah jodoh..




ciri-ciri suami soleh..isteri solehah..
baca novel jiwang..lagu jiwang..
tengok movie yang romantik..
kat yahoo mesengger post tentang cinta,,
kat facebook cerita tentang hati dan perasaan..
gambar pun letak pasangan suami isteri..
suka dengan babies..

semua yang ke arah perkahwinan laa..

ada kawan yang dh bertunang..
ada yang dh kawen..
malah..ada yang dah ada anak..
sama umur tue..pastu kena plak soalan terjah..hang bila lagi??
insyaAllah..jodoh tu Allah dah tetapkan..akan tiba masanya..yeah!
tula jodoh manusia yang Allah tetapkan..

seperkara lagi...
kalau yang baru kawen..
akan berbicara pasal anak..
saling berbicara pasal anak sulung..
tentang pregnancy..
then..bila anak dah lahir...
cerita pasal perkembangan anak..
meniarap,merangkak dan berlari..
gaya dan keletah..
macam-macam lagila..


cuma apa yang saya nak bawakan disini..

cuba anda perhatikan..
kenyataan di atas hanya berlaku
sebagai satu kitaran..
cinta..
bertunang..berkahwin..
anak sulung..jarang sampai anak kedua..
manusia akan berbicara tentang perasaan..kebahagiaan..
lepas tu senyap..

kalau pasangan yang dah ada anak tiga ke atas..
mana ada bercakap dah tentang perasaan..cinta..anak??
gambar pun gambar diri sendiri je..
kebanyakan bercakap tentang kerjaya..
tu pun kalau bekerja..
jarang sekali kita lihat suami isteri yang anak sepuluh mengungkap kata-kata cinta antara satu sama lain..
nak post kat facebook? ohho!jauh sekali..
bila ditanya..jawapan skema.."malula..tua-tua ni nak romantik-romantik..sayang-sayang..malu kat anak-anak..muda-muda dulu takpela..ni uban pun dh penuh kat kepala.."
so..kalau nak berkasih sayang kena muda jela..tua tak boleh??

hoho..
kasih dan sayang tue kena selalu dilafazkan..dizahirkan..
baru ada ikatan yang kuat sesama manusia..
jadi..kalau sayang kat sahabat..kena bagitaula kita sayang kat dia...
(praktikal dia perlu selaras dengan syariat...saya tegaskan!)

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

sebenarnya..
hidup kita ni akan ada fasa-fasa tertentu yang kita akan lalui jugak walau kita mengelak..
fitrah kita sebagai manusia Allah ciptakan sebegitu..
akan tiba masanya kita bertunang,berkahwin dan bercinta..berzuriat..
(bercinta lepas kawen yea..:))

cuma kita perlu bijak mengimbangkannya dengan perasaan dan kewarasan akal..
sebab perlu diingatkan bahawa tugas kita sebagai daie menuntut kita lebih banyak menggunakan akal dari perasaan..
jalan dakwah itu berliku-liku..
jalan juang itu penuh duri-duri luka..
sesiapa yang melebihkan dunia dari Akhirat..
maka dia adalah orang-orang yang rugi..
sesiapa yang melebihkan akhirat dari dunia..
dia akan dapat keduanya..



tajuk last : DAKWAH..tajuk paling tak hot sekali..:(




tajuk nie memang orang paling malas nak baca..
kenapalah orang-orang tudung labuh ni asyik cakap pasal dakwah..
kenapalah orang-orang agama ni asyik cakap pasal dakwah..
dakwah..dakwah..dakwah..
hoho..


atas sebab dakwah jugak blog ni dicreate,,
kalau tak..takde maknanya nak tulis merapu meraban kat alam maya nie..
(tau ke "merapu meraban " tu apa?)
moga adalah sedikit kebaikan dan peringatan yang saya dapat..
orang lain pun dapat sikit pun jadilah..
kalau tak saya sedey..
kalau orang tak dapat apa-apa dari penulisan saya..saya akan delete blog ni..
ni macam survey jugakla..
(sapa yang baca entri ni,kena komen..saya nak tengok blog ni masih perlu dikekalkan atau didelete)
kalau ramai tak dapat manfaat..
saya cuba alternatif selain blog..huhu


islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada islam..
keperluan dakwah itu wajib atas setiap yang bergelar muslim samaada dia sedar atau tidak..
samada dia tahu atau tidak..
tak pun buat -buat tak tahu..

kita singkap balik sejarah tamadun islam..kita lihat dan baca balik kisah-kisah perjuangan nabi-nabi..rasul-rasul..shbat-shbat nabi..
mengapa mereka ini semua bersungguh-sungguh sebarkan agama nie..
mereka boleh je goyang kaki..syurga dah depan mata..
atas amanah dan janji yang terungkap dihadapan Allah..
bahawa manusia itu Allah ciptakan sebagai khalifah dimuka bumi..
KHALIFAH ye shbat-sahbat,,
bukan SAMPAH!..

maka seruan agama Allah perlu dikhabarkan kepada seluruh manusia..
macamne nak bagitau kat semua manusia bahawa Allah itu Esa,Nabi Muhammad pesuruh Allah dan quran sunnah itu panduan utama..
macam mana nak bagitau islam itu indah..
islam itu syumul..


mestilah dengan jalan dakwah..
mestilah kena ada pendakwah..
sape pendakwah tue??
(dah-dah..jangan tunjuk orang lain..tunjuk diri sendiri)

dakwah tu ape?
oo..dakwah tu ialah mengajak /menyeru manusia mentaati Allah..

jadi apa-apa yang amal yang memberi maksud mantaati Allah..maka itulah dakwah..

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk" [an-Nahl:125]

“Maka beri peringatanlah dengan Al Qur’an orang yang takut kepada ancaman-Ku.” (Qaaf: 45)




Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.
(ali imran:110)


dakwah itu perlu aktif..bukan pasif..



perlu mendatangi bukan didatangi..

dakwah tue berbagai-bagai cara..
ada yang dakwah melalui nasyid..(cthnya:lagu-lagu maher zain,raihan...)
ada yang dakwah melalui penulisan..(buku-buku dr ustaz hasrizal,hilal asyraf,fatimah syarha..)











dakwah melalui program-program berbentuk ilmiah dan pastinya islamik pada isinya..bukan pada tajuknya sahaja..(konsert amal,himpunan selamatkan gaza,..mcm-mcm lagila..)

ada yang dakwah melalui pakaian..(ikhwah dan akhawat jaga aurat..trend pakaian berlandaskan syarak bukan berlandaskan barat)

ada yang dakwah melalui pergaulan..(jaga pergaulan..perempuan jangan gedik-gedik..couple!....)

ada yang dakwah melalui komik dan majalah..(cth: LANUN,ASUH,NUR,AL-ISLAM..banyak lagilah..kecik-kecik saya suka sangat baca asuh)
malah..
setiap kebaikan yang kita lakukan juga merupakan satu dakwah..
kerana setiap hari akan ada orang yang memerhati tingkah laku kita..
kalau akhlak kita baik..insyaAllah kebaikanlah yang orang ikut..
kalau tak..sebaliknya...
kena selalu muhasabah diri dan cepat-cepat bangkit apabila kita rasa lemah iman..

ada yang masuk islam kerana dia lihat cara seseorang makan je..
setiap perlakuan kita ada adab-adabnya..dan ada yang memerhati..
dan ada yang tiru..



jadi,jangan takut untuk berdakwah..
ilmu yang sikit itu perlu disampaikan..

wallahualam..
mohon teguran kalau ada kesilapan..

with love:nuramna najihah..

4 comments:

  1. assalamualaikum..
    atas kesilapan teknikal yang tidak disedari sekian lama..
    rupaanya blog ni tak dapat dikomen..
    hoho~
    tapi sekrg dh boleh.....alhamdulillah syukur..:)


    survey begins..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Perthhhh banyaknya .....

    Emmmm Touya baca bab perkahwinan jer ... tetiba tersuka dekat situ .. lalalalalala

    ReplyDelete
  3. apa yang banyak??
    amboi..bab kawen laju je ye touya..:)

    ReplyDelete
  4. salam..best sgt blog akak..jgn la delete ye..sy dpt serba dikit muhasabah diri sy..truskan lah..=)

    ReplyDelete