"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.." with love-nuramna najihah :)..
Monday, April 12, 2010
bisikkan kepada "dia",,,
assalamualaikum..
teman-teman...
khabarkanlah kepada wanita..
bisikkan kepada wanita..
ceritakan kepada wanita..
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati- hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu adalah salah satu sifat MUSLIMAH ISLAM
beritahu pada muslimah itu..jaga adab pergaulan..
kerana disitu letakkan keindahnan seorang wanita..terpelihara
beritahu pada wanita itu..
jangan terlalu leka dengan janji manis lelaki..
kerana itulah permulaan kemusnahan dirinya..
beritahu pada muslimah itu..
pelihara akhlaknya..
kerana disitulah letaknya keindahan hiasan dunia..
dan..
seindah hiasan dunia itu hanyalah untuk wanita solehah..
with love :nuramna najihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum....
ReplyDeletesetelah beberapa kali mencuba...akhirnya berjaya jugak post komen...
fikirkan positive ttg tuhanMu...Insyaallah tenang dan mudah jalanmu...
waalaikumsalam..
ReplyDeletehoho..
kesilapn teknikal dan ats kekurangan ilmu pd diri ini..
ya..think positive!