Monday, February 8, 2010

dikala itu vs di kala ini??



assalamualaikum~

DI KALA ITU...
SUATU MASA DAHULU..


Di kala pemuda Mekah lain sibuk berfoya-foya,
Mus'ab b Umair sudah mengetuk pintu-pintu menyebarkan dakwah di kota Madinah..

Di kala pemuda lain sibuk dengan kelalaian,
Ali B Abi Talib sudah menjadi wira handalan Islam menentang musuh..

Di kala orang lain lalai dengan kesibukan pada dunia,
Salman al-Farisy sudah meneroka mencari agama sejati..

Di kala tentera Quraisy yakin dengan kemenangan di Badar,
Tentera Islam sudah sedia dengan syahid atau kejayaan..

Di kala dunia masih ditutup dengan kegelapan,
Seluruh Jazirah Arab sudah mencapai cahaya keimanan..

Di kala Parsi dan Rom angkuh dengan kekuasaan mereka,
Umat Islam sudah bergeak menyebarkan Islam seluas-luasnya..

Di kala Sepanyol masih hidup dalam kekejaman,
Tariq b Ziad sudah sedia membebaskannya..

Di kala lautan di anggap amat menakutkan,
Ibnu Battuta sudah mengelilinganya ke seluruh dunia..

Di kala pembesar Eropah baru hendak belajar menulis namanya sendiri,
Khalifah Islam sudah sibuk mengkaji kitab falsafah tamadun Yunani dan Parsi..

Di kala kota London dan Paris masih suram kekampungan,
Kot Baghdad, Cordova, Damsyik sudah dilimpahi cahaya kemajuan..

Di kala masyarakat Barat masih menolak ilmu sains,
Ilmuan Islam sudah menghasil beratus-ratus jilid buku berkaitan sains..

Di kala bahasa Inggeris baru direka sekitar tahun 1300M dahulu,
Pelbagai buku dari bermacam bahasa sudah diterjemah ke dalam bahasa Arab..

Di kala Rom masih menggunakan pedang dan panah,
Sultan Muhammad al-Fateh sudah menggerakkan meriamnya ke kota Istanbul..

DI KALA INI...
Kini???

Di kala remaja Islam leka dengan muzik melampau-lampau,
Yahudi laknat ketawa berdekah-dekah kerana berjaya melekakannya..

Di kala remaja Islam menagung-agungkan Barat dalam kehidupan mereka,
Barat sibuk merancang langkah seterusnya menjauhkan mereka dari Islam..

Di kala remaja sibuk dengan dunia cintan-cintunnya,
Musuh Islam sibuk merencanakan aktiviti terbaru untuk pasangan berkasih ini..

Oh.. Tidakkah kita sedar siapakah kita sebelum ini?? Tidakkah kita ingat yang dahulu mereka amat bergantung kepada kita?? Tidakkah kita ingat yang dahulu kita menguasai dunia??!!!

Ayuh!!
Ubahlah pandangan kita..Sejarah bukan sekadar kisah kenangan yang diulang-ulang.. Namun sejarahlah yang mampu merubah manusia mencipta sejarah baru di masa hadapan..

with love and always miss u:nuramna najihah

1 comment: