Sunday, February 7, 2010

couple?




assalamualaikum..

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA.."

sejauh mana remaja FAHAM tentg couple tu HARAM?

walaupun sering diberi peringatan dengan ayat-ayat al quran..

surah annur:30

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

surah an nur:31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan/menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


surah annur:26

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).


bila ditanya tahu atau tidak?
couple tu HARAM!?
tahu...

faham x?

fahamla..kenapa tak faham plak...

amal tak?
senyap...

janji Allah itu pasti..
mengapa diragui?
mahu mengujikah?
mahu mencabarkah?
mahu mencuba?


bila mencari punca dan solusi..
bermacam macam pendapat,cadangan dan alternatif..
bila datang pada amalan..
it' becomes freez,cold and silence..
i keep wondering,why..........

.......................................................................
susah..memang susah..
siapa kata perjuangan itu mudah..
kalau ia mudah..
ramai sekali yang tidak ragu-ragu untuk berjuang..
banyak yang kena berkorban..
masa..
tenaga..
wang ringgit..
keluarga..

semua itu berbayar,,
bukan didunia..
tetapi,
akhirat..

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA.."
.......................................

kita sering melihat dan berbicara tentang soal couple antara orang-orang yang tiada kefahaman agama yang baik..
sesuatu yg sering dijadikan topik panas..
wanita..
tentang pakaian mereka yang menjadikan hati semakin panas..
seksi dan mengiurkan..
mungkin ada lelaki yang gelisah dan tidak tenteram..
tentang akhlak mereka yang kadang2 merimaskan..
menggoda dan mengada-ngada..
kadang-kadang terlalu terbuka tentang soalan-soalan yang sensitif..
tanpa rasa malu dan segan..

bukankah wanita itu fitnah bagi lelaki?
bukankah pada wanita itu ada 99 daya tarikan..


yea..mereka perlu dididik secara perlahan-lahan..
dengan pendekatan yg sesuai..
tanpa paksaan,tanpa ugutan dan tanpa emosi yang berlebihan..
lembut dan berhemah..
kerana mereka tidak tahu..
kerana mereka tidak didedahkan dengan keperibadian n ciri islam yang unggul..
kerana mereka biasa..
semoga hidayah Allah sentiasa menemani setiap ruang-ruang hidup insan-insan ini..:)

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA"
.................................................................

bagaimana pula yang remaja yang faham??
mungkin golongan luar biasa?
golongan yang dari kecil terdidik dengan nilai -nilai agama..
susah nak cakap dan berbicara tentang golongan ni..
golongan yang kita pandang tinggi terhadap ilmu dan amalan..
tapi secara senyap-senyap menzalimi diri sendiri..
adakah menzalimi itu satu perkataan yg sesuai??

sungguh lagi benar..
IMAN itu bukan sesuatu yang boleh diwarisi..

sebenarnya...
bila kita berdepan dengan ujian..
ujian bila sahabat-sahabat kita yang faham ni..
golongan yg guna perkata "ana,enta,enti,antum"?
ye ke?
jadi golongan aku,ko,hang,kome dikira tak faham ke?
tak jugak kan....
" bakal ustaz dan ustazah.."
tak sesuai jika fokus pada ustaz dan ustazah je..
golongan yang faham..
penggerak dakwah..
pewaris ummah yang mantap..
bercouple secara senyap- senyap..
seringkali kita bersangka baik..
ya..husnuzon..
nampak mereka berdua-duaan..
husnuzon..
selalu makan bersama..
belajar bersama..
tp hanya berdua..
malah..bergambar pun nak berdua-dua..
pelik kan..
husnuzon..
aish..hati manusia itu..
bolehkah sentiasa husnuzon pada sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran (syariat) yg terhidang didepan mata??

sebenarnya..
ia sesuatu yang amat-amat menyakitkan..
bila kebenaran didepan mata..
dinafikan oleh hati sendiri..
hati yang menangis takkan terlihat pada mata zahir..:(

anggap sahaja makanan yang busuk didepan mata..
dah nampak makanan tu busuk,berulat..
tak elok..
tapi tetap cakap sedap..nampak berselera je makanan nie..
then...
makan makanan tu..
apa yang anda rasa?
sedap ke?
pasti memeritkan untuk menelannya..
apatah lagi menghabiskannnya..


tak cukup..
anggap sahaja kaki yang luka teruk..
berdarah..sakit..
tetapi tetap cakap ok..tak de pape..
sket je ni..
then..
cuba kita pijak atau sepak..tempat yang sakit tu?
macam zalim sangat la plak..
ok.xpe.cuba tekan kuat sket je kat tempat yang sakit tu..
tak pun,pukul sket je kat situ..
nk kata ok lagi ke?
"eh tak de papelah,tekanlah lagi..pukullah lagi..tak sakit pun.."
fitrahnya..
ia memang menyakitkan..:)

sedar atau tidak..
hilangnya seorang daie itu lebih berharga dari hilangnya ahli keluarga..
nampak kejam..
tetapi bila dilihat kesannya..
mungkin ada yang mengiakan..
kerana kebenarannya ada disitu..

sayang sangat bila mereka ini tersasar..
tambahan lagi bila yang tersasar itu lelaki..
sudahla sedikit jumlahnya..
byak pula yang jadi faham buat-buat tak faham..

akibatnya..
ramai muslimah ragu-ragu terhadap muslimin..
hilang kepercayaan..
hilang hormat..
memandang rendah pada muslimin..
takut dengan pilihan pasangan..
bimbang generasi akan datang terabai kerana keseronokan dunia..

mungkin ramai yang sedar benda ni semua..
tapi tersimpan kemas disudut hati..

ummah kita hari ini mungkin kuat pada fizikal..
mungkin kuat pada intelektual..
mungkin hebat mengatur strategi..
gah mencipta nama..
luas publisitinya..
namun..
ummah kita lemah imannya..
lunyai urusan akhiratnya..
cetek akhlaknya..
ragu-ragu terhadap agamanya sendiri..
kuantiti banyak..
kualiti tiada..

bukan semua..
tetapi peratusannya tinggi..


bukan hak kita untuk menghukum...
bukan hak kita juga untuk melabel mereka dengan sesuatu yang kecam
"fitnah agama!"..
"sama je dengan yang biasa!"
"xsedar diri"
"sia-sia je ilmu agama,tak memberi faedah apa-apa"

jangan sekali-kali berkata begitu..
itu urusan hati mereka dengan Allah..
Allah ada saksi yang cukup..
pengadilan Allah lebih adil..
kita perlu sentiasa berusaha membaiki diri kita sendiri..
di samping memberi teguran dan peringtan kepada sahabat-sahabat..
doakan kebaikan buat mereka..dunia dan akhirat..
mungkin Allah sedang menguji mereka..
kita masih belum tahu lagi..
bentuk ujian yang Allah beri untuk kita..

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA"



terlihat pada design baju seorang lelaki..
"nikah is serious"
mungkin sebab ini ke yang menyebabkan nikah itu sesuatu yg dielakkan..
sedangkan syariat menggalakkan..
malah nikah itu sendiri diberi keistimewaan..
"apabila kamu menikah,maka telah sempurnalah separuh daripada agama kamu.."
"sesungguhnya,didalam pernikahan itu ada keberkatan dan ketenangan.."







hantaran mahal sangat ke?
mahal untuk mereka yang berlebihan..
muslimah sekarang semua educated,high level,demand tinggi!
kahwin sekali seumur hidup..
nak yang special ..
nk yang ini lebih..
yang itu lebih..
yang ini cantik..
yang itu mahal..

MASYAALLAH!!
ni yang buat lelaki takut dan berat hati nak menghadapi perkahwinan..
mula-mula dah rasa terbeban..
mula-mula dah tertekan..


make it easy and simple!
bersederhana dan tidak berlebihan..
utamakan apa yang perlu diutamakan..
jgan membazir..
islam tidak pernah membebankan umatnya..
jadi jangan rasa terbeban..
rezeki dan jodoh itu Allah yang tentukan..:)


paling penting..tersangat penting..
cari cinta Allah itu dahulu..
cintailah agama islam dahulu..
jadikan Allah itu tempat pergantungan kita yang paling utama..
cipta kerinduan dan kecintaan kepada Allah terlebih dahulu..
jadikan Alquran itu sumber rujukan kita yang utama..
jadikan rasullullah itu qudwah hasanah kita yang paling utama..
barulah serikandi/mujahid Allah mendampingi kita..:)

do your best!
and..
lets Allah keep the rest!
with love and always love u..:nuramna najihah..

No comments:

Post a Comment