Tuesday, December 22, 2009

lemahnya.................

assalamualaikum..
salam maal hijrah buat umat islam di seluruh dunia..
moga kalian diredhai..:)

sedikit perkongsian tentang perbualan yahudi tentang kelemahan umat islam..

Saudaraku...

Ada cerita dari seorang ulama kota New York bernama Syamsi Ali. Sudah lama beliau tinggal di komuniti yahudi di kota itu. Suatu ketika beliau mengikuti sebuah acara orang-orang yahudi yang diadakan. Entah acara apa namanya. Yang pasti disana banyak orang yahudi berkumpul tidak terkecuali para rahib (pendeta yahudi) mereka.

Saat sesi tertentu dua rahib saling bercakap.
terdengar mereka sedang membicarakan tentang kaum muslimin beserta kemungkinan bersatunya mereka.
"kita harus waspada dengan solat jumaat ummat islam" kata seorang rahib.
"Kenapa?" tanya rahib lain.
"Solat jumaat digunakan oleh kaum muslimin untuk saling berkumpul dan merencanakan strategi untuk menghadapi kita" rahib pertama kembali berkata.
"kita harus mengawasi mereka saat solat jumaat berlangsung" tambahnya.

Mendengar kegusaran sang kawan, rahib kedua tertawa.
Kemudian berkata "jangan risau saudaraku, solat jumaat bukanlah ukuran bahawa kaum muslimin telah bersatu. Saat itu jumlah mereka memang berlipat, tapi tidak kuat. Mereka sebenarnya terpecah".
Sambil mendekatkan kepalanya ke telinga sang rahib kedua dan berbisik
"kita harus risaukan solat subuh mereka, ummat islam akan menjadi penghalang yang kuat bila solat subuh mereka sama dengan solat jumaatnya"

disebalik kisah..


> memperlihatkan betapa ramainya umat islam mengabaikan solat subuh..
solat lain apetah lg..belum ditambah dgn amalan fardhiyah yg lain..
bila tiangnya sudah goyah,mana mungkin rumahnya terbina indah..

>betapa ramai umat islam khususnya remaja tersasar dr syariat agama menyebabkan umat islam yg ramai hanya pada kuantiti bukan pada kualiti..
bila syariat tercemar dan kabur..mana mungkin bai'ah solehah itu terpelihara..

> mungkin kisah ini selalu didengar..dibaca..or etc..
namun,sejauh mana kita ambil iktibar drnya..


> "umat islam itu lemah bila ia jauh dari agamanya sendiri.."

with love : nuramna najihah

No comments:

Post a Comment