Friday, September 11, 2009

~mungkin ini lebih baik...~

assalamualaikum..

dalam sedar xsedar..
sudah 21 hari kita berpuasa..
bersungguhkah anda merebut setiap saat2 dlm ramadhan
mungkin orang yang alpa..menganggapnya biasa..
tp orang yang beringat..
pastu keluh resah hatinya..
pasti gerun hatinya..
pasti ia merasa 24 jam berlalu seperti 30 minit..
dan kini ramadhan hanya tinggal detik-detik yang terakhir..
fasa yang ketiga..
"pembebasan dari api neraka.."

katkanlah, bila anda ingin ke luar negara..
detik-detik terakhir anda adalah ketika anda di lapangan terbang..
mungkin ketika masa penerbangan anda sudah sangat hampir..
jadi anda akan mengambil peluang itu untuk menyampaikan
salam terakhir dan salam perpisahan anda buat mereka yg anda tinggalkan..
manusia,detik-detik terakhirnya adalah ketika nazaknya..
ketika nyawanya sudah di kerongkong..
di saat-saat sakaratulmautnya..
ketika rohnya keluar dr tubuhnya..

begitulah ramadhan..
detik-detik terakhirnya adalah sepuluh malam terakhir..
dimana Allah menjanjikan satu malam yg sgt2 istimewa..
malam lailatulqadar..
apa sebenarnya malam lailatul qadar??
lailatulqadar adalah malam yg lebih baik dr seribu bulan..(al-qadr:3)

Hadis Sahih Bukhari
Dan 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan."

malam lailatul qadar ini adalah rahsia Allah..
tiada sesiapa pun tahu bila ia akan berlaku..
malam ke berapa ia berlaku..
kita tak tahu..
mengapa Allah rahsiakan malam lailatulqadar??
kerana supaya kita ini sentiasa mengejar kebaikan-kebaikan dalam bulan ramadhan..
supaya kita sentiasa berebut -rebut setiap saat dlm bulan ramadhan itu dengan melakukan pelbagai ibadah.Tak kirala ibadah umum ataupun ibadah khusus..

cuba bayangkan..
jika Allah beritahu malam lailatulqadar tu bila?
sekian sekian tarikh ni...
sy yakin..
semua umat islam diseluruh dunia ni tak tidur malam tu..
ada yang solat,baca quran,tadarus,berdoa,berzikir,beriktikaf di masjid..
sampai ada yang bengkak kaki,sakit pinggang,sakit lutut,lemah otot,sengal-sengal badan..
punyalah nk beribadat,nk dapat pahala seribu bulan ni..
beribadat dengan bersungguh2la..
masjid pula pasti penuh dengan orang sampai ke jalan raya..
tempat2 hiburan,shopping kompleks tutup malam tu sebab tidak ada orang datang..
tp malam tu jela..
lepas subuh je..
qada' tidur yg semalam tu..
sehingga tertinggal solat zuhur,asar dan sebagainya..
jd,bernilaikah begitu??
maka,Allah rahsiakan malam lailatulqadar..


maka sahabat2 sekalian..
perbanyakkanlah kita bangun solat malam..
kerana ketaqwaan seorang hamba Allah itu dilihat melalui solat malamnya..

hendak diceritakan bahawa
Rasullullah S.A.W solat malam sampai bengkak dan pecah kakinya..berdarah dan sebagainya..
cuba kita fikir kenapa sampai pecah kaki??
kita solat takla sampai bengkak kaki,apetah lagi pecah dan berdarah..
sebab,rasullullah solat bukan atas sejadah mcm kita hari ni..tp beginda solat atas batu- batu yang sejuk..
di madinah..bila cuaca sangat sejuk..kulit akan jadi kering..
bila kulit kering sangat,dia kan merekah dan pecah..maka mengalirlah darah..
jika ditanya sakit atau tak?
jawapannya sakit..sakit sangat..
tetapi Allah gantikan kesakitan tersebut dengan kemanisan khusyuk dalam solat..
begitu juga dengan sahabat-sahabat baginda yang lain..

banyakkan solat taubat..minta ampun pd Allah..
dalam hati kita perlu ada rasa takut kepada Allah..
kenapa?
takut Allah tak terima puasa kita,ibadah kita pada hari sebelum-sebelum ni..
jd ianya jd sia-sia..
kita perlu berdoa dan mengharap sungguh-sungguh pada Allah agar Allah terima puasa,solat dan ibadah lain walaupun banyak sangat kekurangan di dalamnya..
mohon keredhaan Allah terhadap apa yg telah kita lakukan..

sahabat2 sekalian..
jangan sedih atau merungut bila tidak dapat bertemu dengan lailatulqadar..
kita hanya perlu berusaha..
Allah yg menentukan segalanya..
andai ada rezeki kita bertemu dengan lailatulqadar..maka bersyukurlah..
andai tidak bertemu,jadilah hamba yang redha dengan ketentuan Allah..
mungkin Allah janjikan sesuatu yang lebih baik buat kita..

jangan lupa kita perbanyakkan membaca Al-quran..
hendak diceritakan juga bahawa..
Rasullullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda khatam al-quran sebulan 60 kali..
bermakna sehari 2 kali khatam..
kita mungkin kata "mana sempat..tak dak masa..banyak lagi kerja lain yg nk kena buat.."
sahabat2 sekalian..
rasullulah juga melakukan aktiviti harian seperti biasa..
tetapi bagaimana keluangan masa yang ada itu diisi dengan ibadah yang bermanfaat..bukan yang sia-sia..
kita perlu ingat juga bahawa apabila kita ada masa untuk Allah,maka Allah akan memberi kelapangan masa buat kita..Allah Maha Berkuasa dan Ia menguasai setiap sesuatu di langit dan dibumi..

banyakkan juga menghadiri majlis -majlis ilmu..
di bulan ramdhan ni..
jika kita hadir majlis ilmu..
MASHAALLAH..begitu besar pahala yg kita dapat..
kerana majlis ilmu ini adalah salah satu taman-taman syurga..
malaikat turun di majlis-majlis ilmu..
anda bayangkan taman dunia pun dh cantik..apatah lagi taman syurga..


jd,
bagaimana anda menilai ramadhan anda..
yang biasa..
yang lebih baik..
ataupun yang luarbiasa..
anda sendirilah yg nilai diri anda..
masih ada waktu untuk anda perbanyakkan ibadah dan amalan ..
rebutla detik-detik terakhir ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh..
kerana mungkin kita tidak lagi bertemu dengannya pada tahun-tahun akan datang..


jagalah hatimu di tiga tempat iaitu:
1)hatimu ketika mendirikan solat..
2)hatimu ketika membaca al-quran..
3)hatimu ketika mengingati mati
jika tidak ditemuai hatimu ditiga tempat ini..
maka,berdoalah supaya diberikan sekeping hati supaya kamu dapat menjalankan amalan tadi dengan tulus ikhlas..
wallahualam..


with love :nuramna najihah

No comments:

Post a Comment