assalamualaikum..
sekadar satu perkongsian..
fasa pertama ramadhan iaitu
fasa dimana Allah janjikan rahmat kasih sayangnya sudah berlalu..
fasa kedua ramadhan iaitu
fasa dimana Allah janjikan keampunan sudah berlalu..
fasa terakhir pula adalah
fasa dimana Allah janjikan kepada hambanya pembebasan dari api neraka..
kita dapat lihat..
ada tingkatan di setiap fasa-fasa ini..
bermulanya Allah limpahkan rahmatNya..
limpahkan kasih sayangNya..
sehingga Allah menyayangi dan mengasihi hambaNya..
kemudian...
apabila Allah mengasihi hambaNya..
maka,
Allah berikan kepada hambaNya keampunan pula..
Allah beri peluang untuk hambaNya memohon keampunan kepadaNya..
dan..
mudah pula Allah mengampunkan hambaNya..
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
lihat,betapa Allah ingin memberi begitu banyak kelebihan kepada hambaNya..
mudahNya Allah memberi keampunan walaupun kita sendiri terlalu banyak buat dosa dengan Allah..Subhanallah..
kemudian..
apabila Allah sudah ampunkan hambaNya..
Allah bebaskan pula hambaNya dari api neraka..
MASHAALLAH..
sahabat-sahabat..pembebasan api neraka inilah yang diimpikan oleh kita sebenarnya..
Allah bagi peluang kepada kita..
untuk merebut ganjaran terbesar ini...
lihat,sampai begitu sekali Allah mengasihi hambaNYA..
samada kita sedar ataupun tidak..
sejauh mana kita merebutnya..
tepuk dada,tanya diri dan hati anda sendiri..
tetapi..janji Allah,janjiNya pasti..
namun..
dalam pada kita sibuk-sibuk mencuri masa
melakukan ibadah dalam bulan ramadhan ni..
ada sesuatu yang kita perlu jaga..
tiang agama kita..
solat kita..
dimana solat ini boleh mengiringi kita ke syurga
ia juga boleh menghumban kita ke dalam neraka Allah..
bagaimana terjadi begitu??
Terdapat golongan yang Allah janjikan untuk mewarisi syurga Firdaus
yakni orang-orang yang solatnya mengiringi mereka ke syurga..
Allah sebut didalam al-Quran surah Al-mukminun ayat 1 dan 2:
Bismillahirahmanirrahim..
1)Sungguh beruntung orang-arang yang beriman.
2)iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.
maknanya disini..
Allah menjanjikan syurga firdaus untuk orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya..
bagaimana pula golongan yang solatnya menghumban mereka ke dalam api neraka??
Allah juga sebut di dalam Al-quran dalam surah Al-mau'un ayat 4 dan 5..
bismillahirrahmanirrahim..
4)Maka celakalah orang yang solat.
5)iaitu orang yang lalai terhadap solatnya.
disini Allah mencelakakan orang-orang yang lalai dalam solatnya..
samaada tidak mencukupkan waktu solat,menangguh-nangguhkan solat dan sebagainya..
inilah yang dikatakan dua kategori solat..
samada diiring ke syurga..
atau..
dihumban ke neraka..
renungkan.............
selalulah berdoa agar Allah tidak meninggalkan/membiarkan kita
disaat-saat kita meninggalkan Allah..
diantara tanda-tanda Allah membiarkan hambaNya dalam kelalaian ialah..
1)Allah sibukkan dia dengan hal-hal dunia sehingga dia tidak ada masa untuk memikirkan hal akhirat..
2)Allah limpahkan rezeki melimpah ruah sehingga dia menjadi riak dan menyombong diri..
3)Allah sempitkan masanya sehingga dia tidak ada masa beribadah kepada Allah..
nauzubillahiminzalik...
ambillah yang bermanfaat..
wallahualam..
with love:nuramna najihah
No comments:
Post a Comment