Sunday, July 5, 2009

lailahaillallah lebih berat..

Dr Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bhwa Rasullullah S.A.W bersabda:
"Nabi Musa a.s memohon kpd Allah :"Wahai tuhanku ajarkanlah kpdku sesuatu yg dpt aku mengingatimu dengannya dan menyerumu dengannya". Allah berfirman,"sebutlah lailahaillallah". Musa berkata:"Seluruh hambamu mengucapkan kalimah ini..Allah berfirman:"Ucapkanlah lailahaillallah". Musa berkata:"Wahai Tuhanku,aku ingin sesuatu yg Engkau khaskan untukku". Allah berfirman:"WAhai Musa,jika 7 petala langit dan 7 petala bumi diletakkan disebelah neraca dan lailahaillallah diletakkan di sebelah yg lain,maka neraca disebelah lailahaillallah lebih berat."
(Hadis Riwayat Nasai)

drpd hadis di atas,kita thu betapa besar dan tgginya kalimah lailahaillallah di sisi Allah.
maka fasihkanlah lidah kita menyebut dan mengamalkannya..

sekadar ingatan buat diriku yg sering alpa..

with love:nuramna najihah

Saturday, July 4, 2009

sahabat..



Assalamualaikum..

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sahabat yg paling baik bg kamu ialah apbl lamu memandangnya,
kamu teringat akan Allah..
apabl kamu dengari percakapannya,
Pengetahuan kamu tentang ISLAM bertambah..
apbl kamu melihat kelakuannya,
kamu teringat akan kehidupan di akhirat.."

Dalam kita mencari shbt,ada sesuatu yg perlu kita teliti dan nilai..

Apabila kamu bersahabat dgn seserg,maka bersahabatlah dgn org yg:

>apabila kamu berkhidmat kepadanya,
maka ia akn memelihara kamu..

>apabila kamu bershbat dengannya,
maka akan bertambah nilai dirimu..

>apabila kamu ditimpa kesusahan,
ia akan turut sama menanggung kesusahanmu..

>apbla kmu menolong akan ia,
nescaya ia akan memblas kebaikanmu..

>apbla ia melihat kebaikan daripadamu,
nescaya ia mengamalkanya..

>apbla ia melihat keburukan dirimu,
nescaya ia akan menutupinya..

>apbla kamu berkata benar,
maka ia turut membenarkan katamu..

>apabila kamu mengusahakn sesuatu,
nescaya ia akn membantu dan memberi semangat kepadamu..

"cintailah seseorg yg mencintai kita..
bukan kerana harta,rupa@darjat..
ttp kerana ketulusan hati yg tiada penghujung..."

with love~nuramna najihah

Redha Allah

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah..

lafaz syukur yang tidak terhgga kepada Allah kerana sehgga kini dan saat ini..
diriku masih dikurniakan nikmat islam dan iman...

hurm..
lama xmenulis..
kekangan masa dan beberapa asbab lain mendahului laman fastabiq khairat bergerak secara konsisten..
tp jgn digundah semua itu..
pasti ada hikmah di sebaliknya..:)

"rahsia Allah"..

Sesungguhnya Allah menyembunyikan 3 perkara dlm 3 hal:

pertama:
Menyembunyikan redhaNya dalam ketaatan.
Maka jgn merendahkan sedikitpun terhadap taat..
Siapa tahu redha Allah ada di dalamnya.

Kedua:
Menyembunyikan murkaNya dlm maksiat kepadaNya..
Maka jgn meremehkan sekecil apa pun maksiat itu..
Barangkali di dlmnya tersempunyi murkaNya.

Ketiga:
Menyembunyikan kewalian dlm diri hamba-hambaNya.
Maka jgn merendahkan seseorg..
Siapa tahu org itu wali Allah..

Allah berfirman:
"Tidak aku kumpulkan atas hambaku dua ketakutan dan tidak aku kumpulkan pula dua keamanan,bg sesiapa yg takut kepadaku di dunia,maka aku amankan dia di akhirat,dan bg siapa yg mengamankan aku di dunia,aku takutkan dia di akhirat.."

mga menjdi perkongsian yg bermanfaat..

with love~nuramna najihah








Friday, May 1, 2009

antara megeluh dan...syukur

assalamualaikum..
sekadar sedikit bicara..
tentang sesuatu yg sering berlaku dlm hidup..............

"antara syukur dan mengeluh..."

tika dan saat ini..
kita harus sedar..
dunia sudah tua..
kita manusia akhir zaman..
walaupun hakikat umur kita muda..
tp maut dtg tanpa kita duga..
sekadar peringatan buat yg lupa.....

"mengeluh"

kita hari ini..
berapa ramai dikalangan kita seringkali mengeluh..
menangisi detik payah dlm hidup..
menyesali apa yg berlaku..
seolah2 kita yg paling malang..
seolah2 Allah tidak adil..
"mengapa aku??"
"mengapa aku ni selalu je malang"..
"orang lain bahagia,gembira,seronok.."
aku..
"derita.."
"mengapa tuhan tak adil pd aku??..
jga2 dgn mulut kita..
kerana mulut santan binasa..
kerana mulut juga aqidah goyah..

padahal..
kita lupa..
setiap yg berlaku ada hikmah..
mengapa kita hya nampak pd luaran..
hya menilai pd yg kita gagal..
hya menilai pd yg kita xdapat..
renungkan..
disebalik kesusahan kita..
Allah beri sifat sabar..
disebalik kepayahan kita..
Allah beri sifat tabah dan cekal..
disebalik tangisan kita..
Allah beri kita harga sebuah senyuman..
disebalik kegagalan kita..
Allah beri kita harga sebuah kejayaaan..
disebalik derita kita..
Allah beri sifat syukur..
xcukupkah??
xsedarkah kita??
Allah bg begitu banyak nikmat kat kita..


sebenarnya..
kita terlalu leka untuk menilai..
harga sebuah nikmat yg kita dapat..
mungkin pada kita..
hanya kecil cuma..
namun pd Allah..
nilainya tinggi...
mungkin pd kita..
nilainya tinggi..
pd Allah..
"nothing......."

syukur??
hya menzahirkan perkataan "alhamdulillah"..
kita menganggap ia kecil bukan?
"alah..setakat sebut,apela sgt..
senang je."
soalnya.........
kita buat ke??
kita sebut ke hari-hari?
padahal pd Allah..
nilainya besar...
tak dapat pun kita bayangkan..

ada ape sgt dgn sebut "alhamdulillah"??
kdg2,org boleh ketawa je...
bg sesiapa yg nk ketawa..
biarlah dia ketawa..

tp..
bg yg sebut..
bg yg amalkan...
dia tahu rahsia perkataan tu..
dia rasai..
"kasih sayang Allah yg tersembunyi"..
bukankah..
"ikhlas itu rahsia Allah"..
sebutlah..
"alhamdulillah"...


ingatlah wahai teman..
dlm setiap rintih tangis kita..
Allah sentiasa bersama kita...

with love:nuramna najihah

Sunday, April 26, 2009

AKHLAK RASULULLAH..

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita

with love :nuramna najihah

Wednesday, April 22, 2009

sikap buruk..


10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan

with love:nuramna najihah