Tuesday, November 8, 2011

Perutusan..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua Umat islam di seluruh dunia..
Semoga Korban Dan Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Ismail terbias pada akhlak dan peribadi kita semua..
segala kekurangan kita baiki bersama..
segala kelebihan kita kongsi juga bersama..

Suasana Hari Raya Yang Sangat best even disertai hujan pagi dan petang..
siap ada kes memori daun pisang lagi..

kisah dia mcm ni :
sorang kawan saya nk kawen sabtu ni..
tapi saya tak cuti..
jadinya saya nak ziarah la dia jugak sebelum saya balik KL balik..
then, lepas zohor hari isnin tu..
kami gerak 2 bijik moto..
saya rancang nk pi umah dia kat Batu Kurau..
baru suku jalan bergerak..
dah nk start hujan..
so, apelagi..pecutlaa..
so, selamatla sampai & elok-elok je parking moto kat Batu Kurau..
Hujan lebat turun...
angah & piah dah terlajak sampai ke masjid..
terpaksa tunggu hujan berenti kejap.
kami tak  pi pun rumah dia..
kami pi tempat dia keja..
kebetulan plak dia keja ari tu..
jumpa kat situ je..
sembang dengan dia sat sambil tunggu angah & piah sampai..
kawan saya nama izzati..
masa kami sampai tu dia cakap..:"ampa nk mai umah ka, nasib baik ampa tak pi umah terus..mana ada sapa kat umah zati.."
saya & najah :"rezeki kita jumpa dia kat sini".

after dah jumpa dan sembang sikit-sikit (tak leh nak sembang lama, sebb dia keja..sob sob)
kami pi gerak umah linda..
p umah linda ni bahaya sket..sebb kitorang akan jadi kurang behave..
sebb bayak sangat benda kelakar keluar..
salah satunya adalah sebb bunyi mesej yg sangat kelakar :
tengah sedap menikmati laksa (pedass tahap gaban punya laksa ni..hehe)
tetiba hp kawan jerit
"MESEJ!, MESEEJ!,MESEEEJ!, MESEEEEEEEJ!, MEEEEEEEESEEEEEEEEEEEEEJJJJJJ!"
terkejut kitorang..dahla tengah tahan pedass..
angah memang dah tak behave..gelak punya pasal..
nasib baik tak dak org tersedak..

habis ziarah rumah linda..
pegi rumah damia plak..
dah jadi reunion budak asrama plak..
sebab junior-junior asrama dulu pi umah damia jugak..
depa nk ziarah adik damia..
kami ziarah damia..
sebab damia dah jadi bakal ibu!
jumpa sat, sebb takut dia fly pi sarawak ikut husband dia..
takdan plak nk jumpa dia..dahla kami balik jarang-jarang..
riuh satu umah..
lama dah tak jumpa adik-adik asrama dulu..
dah bertebaran dah depa sambung belajar sana sini..
after sembang-sembang n tanya khabar..
kami pun gerak balik sebb dah lewat..

kes memori daun pisang pun bermula..
langit masa tu dah gelap, nk hujan..
moto piah & angah lampu tak menyala..
padahal moto tu ok je td..
jadinya saya & najah pun suluhla diorang dari belakang..
masa dah separuh jalan gerak..
tiba-tiba!
hujan turun lebat ..
takdenya nak rintik-rintik dulu ke..renyai-renyai ke..
kitorang mula-mula mcm nk bawak laju
pastu saya cakap "bawak biasa jela jah, alang-alang dah basah...kita mandi je trus hujan ni..bukan selalu..KENANGAN ni tau"
lagipun sian kat piah & angah..dahla moto depa tak dak lampu..
kita follow je diorang dari belakang..

tengah-tengah jalan , hujan lagiii lebat..
najah cakap :"jom berenti kat mana-mana dulu..lebat sangat ni..kita bgtau kt piah n angah"
last-last, kitorang dah berenti kat sekolah agama..piah n angah terlajak lagi..
diorang terus je gerak..kmi pun tak jadi nk berernti..
redah jugak hujan..
lepas nk dekat sampai..dalam 10 minit lagi..
moto angah & piah berenti tepi jalan..
kami pelik.."awat piah??"
sambil gelak-gelak..piah jawab.."minyak habis..hahaha"
dahla lampu tak dak, dalam hujan lebat plak tu, stesen minyak depan sikit dari situ tutup..
aduh..memori berharga betul..
nk isi minyak sendiri..takut minyak masuk air..
at last..diorang hantar kami dulu..
then, najah hantar piah..
selamatlah semuanya sampai ke rumah...
overall memang best!

sampai rumah :"maaaaaakk, basah.basah."..buat muka sengih-sengih..
mak cakp :masuk kat dapur..mak bukak pintu.."

masa nk balik sini :
mak cakap:
"kak an, nk bawak balik sup tak?"
saya :"tak nak, nk makan kenyang-kenyang"
mak :"nk bawak balik maruku tak?"
saya ::"tak nak..sikit sangat ada kat rumah, nnti orang datang, tak dak plak benda kering-kering nk hidang"
mak :"nk bawak balik peneram tak?"
saya "tak nak laa..bazir je mak, kak an bukan makan sagt pun"
mak:"memang pun, ampa yg panas-panas lajuu laa"
mak :"daging nk bawak tak? boleh masak-masak kat sana"
saya :"errmm, bolehla..sikit jela"
mak :"mak rebus bagi mati daging, nanti kak an nk makan kat sana..terus masak je"
saya : "wokeyh mak!"

alhamdulillah, selamat smpai rumah maghrib semlam..
dan peti ais penuh dgn daging sebb housemate saya pun bawak balik daging jugak!
dan hari ni dah masuk keje balik!
seronok!

saya takkan lupakan kawan-kawan kat Cardas yg sporting habis even saya dah keje di tempat baru..=)

with love :siti nurfarehan


No comments:

Post a Comment