Wednesday, August 3, 2011

Adab Di Bulan Ramadhan

Asslamualaikum..

Salam Ramadhan..=)
Masuk hari ketiga umat islam berpuasa..
Sedikit "buah tangan" untuk diri sendiri dan anda semua..

Adab-adab didalam bulan Ramadan

Diantara adab-adab didalam Ramadan ialah:

Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Kedua : Digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan bulan ketaqwaan.
Firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa". 

Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas di bulan Ramadan.

Keempat : Peringatkan tentang amalan agama, hal-ehwal Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka". 

Kelima: Dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Firman Allah swt "Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".

Kelebihan di bulan Ramadhan ialah ketika waktu malam seperti berikut :

1. Menjaga solat berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat terawih khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara qiamullail dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud : Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan".

with love : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar
 

5 comments:

  1. assalammualaikum...
    mohon share ye awk...thanx 4 da entry.smoga puasa kita semua diterima dan semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat kpd kita semua.insyaAllah...terima kasih banyak atas perkongsian ini.moga anda mendapat berkat atas usaha murni anda ini.insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. mohon untuk share ye...terima kasih.
    smoga usaha anda dberkatiNya.insyaAllah...=) terima kasih untuk entry yang berguna ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk entry ini.sgt2 berguna.moga2 usaha anda ini diberkatiNya dan diberi ganjaran yang setimpal.insyaAllah...terima kasih atas perkongsian ini.mohon share ye.=)

    ReplyDelete
  4. To kueyteowkungfu :
    waalaikumsalam.
    Silakan share.saya izinkan.
    Salam ramadhan kareem..=)

    ReplyDelete