assalamualaikum,..
penah dengar kisah ini??
..............................................................................
kisah siti fatimah RA dan pembantu rumah..
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.
Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.
Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.
"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.
Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.
Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya
..............................................................................
disini saya bawa ibrahnya..
kisah-kisah sebegini selalu kita dengar..
tetapi jarang diantara kita yang cuba untuk amal..
mungkin kita anggap ia terlalu mudah..
ya..memang mudah..
sekadar zikir..
tapi kalau kita buat survey di hanya satu kawasan..
kita buat analisa berapa org yg betul - betul konsisten zikir at least 10 kali sehari..
jgn terkejut jika peratusnya tidak sampai 20 %..
sebb terlalu mudahkah??
kita ambil pendekatan kita sebagai pelajar untuk dibandingkan dengan tugas Siti Fatimah RA..
sebenarnya sama sahaja..
mengisar gandum dan mengemas rumah seorang diri..
memang sesuatu yang meletihkan..
sama seperti kita sebagai pelajar..
belajar jauh dari keluarga dan terpaksa hidup berdikari..
apa yang Siti Fatimah RA lalui..
kita juga lalui..
terlalui banyak asignment,kuiz,midterm,projek,meeting ,program dan sebagainya..
segalanya menuntut tenaga dan kudrat sari segi mental dan fizikal kita sendiri..
kadangkala kita sendiri merasa lemah berhadapan dengan beberapa tekanan dan masalah..
maka..
sepatutnya apa yang rasullulah ajarkan pada Siti Fatimah RA ini kita ikut..
apa yang Rasullullah ajar lebih baik dari meminta seorang pembantu rumah..
"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
apa yang Rasullullah ajar ini tidak susah..
tak mengambil masa yang lama..
tapi memang betul-betul sgt berkesan..
kerana ia berlaku pada saya sendiri..
....................................................................................
manusia selalu lupa dan perlu sering diingatkan..
melalui kisah ini sy diingatkan...
zikir secara konsisten..
bukan mengisi masa lapang..
kerana kalau kita ckp kita nak zikir bila-bila masa boleh..
ternyata kita akan jarang buat..
jadi bermula dari itu,setiap lepas solat..
saya buat apa yang Rasulullah ajar...
(kalau berkelapangan boleh buat lebih..tetapi pastikan yang 10 kali terlaksana)
then..
apa yang saya lalui setiap hari selepas itu..
terasa mudah..
seolah-olah saya sentiasa dibantu..
mengenai tesis..
alhamdulilah..disaat orang lain sibuk mencari data dan membuat proposal..
saya dah mula menganalisis data..
supervisor saya sangat-sangat membantu saya..
rezeki yang ada sentiasa cukup..
malah kadang-kadang sampai hari-hari orang belanja..hehe
saya dapat kakak-kakak dan mama -mama baru..
latihan praktikal pun alhamdulilah..dah takde masalah..
masalah saya yang tertangguh selama setahun lebih pun alhamdulillah semakin baik..
even,masa saya sakit kepala dan terasa susah hati...
saya terus baca zikir ni..
alhamdulilllah perasaan sangat terasa lega dan tenang...
masalah memang takkan selesai kalau kita sentiasa lari..
tetapi dengan cara ni kita boleh selesaikan masalah kita tanpa "tension"..
insyaAllah..
adik-adik saya pun alhamdulillah..
yg sorang lepasan spm tu dapat kerja sementara kat tanjung malim..lebih baik dari dia tak buat pape kat rumah..alhamdulillah rezeki dia..
yang sorang lain teruji dengan kehilangan..
alhamdulillah dia dapat terima dengan redha..
yang sorang lagi dalam proses masuk asrama..
segalanya hanya mampu ucap syukur alhamdulillah..
zikir ni memang betul- betul buat kita rasa benda yang kita rasa susah..
sebenarnya ada jalan keluar..
InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa dekat..
sesiapa yg ingat Allah..Allah akan ingat dia..
sebenarnya benda yang kita nampak kecil..
hikmahnya besar bila kita cuba konsisten (istiqamah) untuk amalkan..
apatah lagi perkara-perkara besar yang lain..
jangan buat kerana orang lain..
buat untuk diri sendiri dan ajarkan kepada orang lain..=)
untuk sahabat-sahabat sekalian..
kerana ini zikir yg Rasullullah ajar..
saya jamin kalau anda buat..
anda akan rasa seperti apa yg saya rasa..
ianya memang satu tarbiyah halus untuk saya memperingatkan diri sendiri yang selalu sangat alpa..
dan ternyata apa yang Rasulullah ajar ini lebih baik dari meminta seorang pembantu rumah..
dan InsyaAllah tiada pembantu rumah dirumah saya nanti..
yang ada hanyalah teman-teman rumah..=)
wallahualam..
with love : siti nurfarehan