Tuesday, May 25, 2010

LIHAT SI ANAK MUDA..

assalamualaikum..
lama betul tak update..
takde idea nk tulis apa..

mungkin kali ni nk cerita sedikit pengalaman hidup..
pada saya memang sangat terkesan..
sampai sekarang masih teringat tentang peristiwa tu..

cuma apa yang akan saya ceritakan ini dapat membuka sedikit ruang di hati pembaca untuk mengambil pengajaran..

suatu hari saya dalam perjalanan untuk ke utara tanah air..
jadi,saya perlu ke stesen bas..
alhamdulillah..perjalanan ke stesen bas itu lancar..
sampai dengan selamatnya..

masa nak melintas jalan..
saya nampak seorang perempuan..
dia bawak barang/beg yang banyak..
saya kira mesti dia nak balik rumah..
saya pun menawarkan diri untuk tolong bawak barang dia sikit..
dia pun nampak sangat penat akibat bawak barang yang banyak dan berat..
jadi,dia pun tak kisah saya tolong dia..
lagipun tujuan kami sama..
nak ke stesen bas..
saya panggil dia "akak"..walaupun nampak macam sebaya..
saya pun temanlah akak ni sampai stesen bas..
dan saya hantar dia sampai bas ke bas yang dia nak naik..
tanpa saya tahu nama dia dan siapa dia..
dia nak balik johor kalau saya tak silap..
selepas salam dan masing masing ucap terima kasih..
kami berpisah..
tanpa saya tahu..siapakah gerangan dia..
Moga Allah memeliharanya..

jadinya..walau kemana pun anda pergi..
jika anda nampak orang yang memerlukan bantuan anda..
maka bantulah ia sedaya mampu..
tak perlu menunggu untuk dia meminta bantuan anda..
kadangkala anda sendiri akan rasa nilai ihsan itu dalam diri anda..
naluri anda sendiri memahami fitrah hati anda..
jika anda menafikan sifat ihsan itu dalam diri sendiri..
anda akan rasa bersalah..rasa tak tenteram..
tetapi jika anda melakukannya..
anda akan rasa puas..
walaupun anda tak dapat apa-apa ganjaran yang zahir..
tetapi rasa puas itu hanya Allah yang tahu..
kalau tak percaya..anda boleh cuba..

tapi bukan itu pokok utama yang saya nak sampaikan..
kisahnya adalah selepas saya hantar akak tadi..
sambil menunggu jadual bas saya sampai..
saya berehat sambil membaca novel..
tetapi pembacaan saya terhenti..
apabila mata saya terpandang seorang nenek dan atok turun dari bas..
atok tu sangat kurus..
nenek tu pulak berbadan besar..
nenek itu bersusah payah turun dari bas..
perlahan-lahan dia turun dari bas dengan cara dia duduk atas satu- satu anak tangga bas tue..
atok tu setia menanti nenek ditepi bas..
walaupun dia nampak keletihan..
tanpa saya sangka..
lepas nenek tu turun dari bas dan bas tu pun bergerak pergi..
nenek ni terus duduk tepi jalan..
keletihan..
tanpa dia hiraukan keadaan sekeliling..
sayu hati saya Allah yang tahu..kesian..sedih..
ntahla..mungkin teringat pada arwah "tok" dan "tok wan " saya..


nenek dan atok ni bawak satu beg baju je..kecil je saiznya..
lepas tu diorang bawak benda yang beroda,,(saya tak tahu nak panggil apa..selalu tengok budak budak sekolah bawak beg beroda kan...cuma disini beg dan tempat tarik tu diasingkan..)
untuk atok senang nk tarik beg baju tue..
tp beg tu perlu diikat pada benda beroda tadi..
terkial-kial atok dan nenek tu pasangkan beg pada benda beroda tadi..
ditambah dengan cuaca panas..

untuk pengetahuan pembaca semua..
di tempat nenek tu turun..ada satu khemah..
tempat menunggu bas..
ramai sangat pemuda pemuda yang sedang rancak berbual..
lebih kurang 15 hingga 20 orang..
dari lingkungan umur 20 hingga 50 tahun..
masing masing dengan cerita sendiri..
padahal nenek dan atok tadi depan mata diorang je..
kalau jalan tak sampai sepuluh tapak..
sangat dekat..
tapi sayangnya..
takde siapa pun yang rasa nk tolong atok dan nenek tadi..
yang ada hanya yang memerhati dan terus berborak tanpa hiraukan nenek dan atok tadi..
dalam 15 minit berlalu..
akhirnya saya yang pergi..
melintasi depan pemuda pemuda tadi..
air mata memang bergenang la..tunggu masa je nak "hujan"..
saya sedih..sedih sungguh..
tergamak diorang tengok je..
atok dan nenek tue dalam keadaan yang panas terkial kial nk pasang beg..
ya,,saya sangat terkesan dan marah dengan sikap pemuda pemuda disitu..
kalau saya ikutkan hati..nak je saya ****** orang lelaki kat situ!

bila saya datang..
saya terus je pasangkan beg tu..
walaupun atok tu kata..
"xpe nak.sikit je ni..sikit je ni.."
saya tanya.."atok nk pegi mana?"
atok tu jawab.."atok nk pegi chow kit,ada tak bas nak pegi sana?..teksi ada tak yang murah?"
penuh berharap atok tu tanya..suara dia pun terketar ketar..dengar tak dengar je..
ya..saya nampak mereka keletihan..
saya pun jawab.."saya minta maaf tok,saya tak tahu bas ada ke tak..tapi kat depan sana tu ada teksi..saya tak tahulah mahal ke murah.."
atok tu jawab.."takpe2..terima kasih banyak banyak nak..atok pegi naik teksi jela.."
nenek masih tetap duduk ditepi jalan tue..
ya..atok dan nenek tu memasang beg tu ditepi jalan yang panas..sebab nenek tak larat nak bangun..

saya tolong nenek tu bangun perlahan perlahan..
walaupun nenek tu sedaya upaya kata dia boleh bangun sendiri..
saya yang tak sampai hati..
saya tawarkan diri nak hantar atok dan nenek tu ke tempat teksi..
tapi atok tu menolak..nenek ikut berjalan perlahan lahan di belakang atok..
saya hanya mampu melihat dengan pandangan sayu..
sampailah atok dan nenek tu sampai ke stesen teksi..

lepas tue..saya balik tempat saya tadi..
ambil beg..terus naik bas..
saya tak sanggup nak tengok lelaki yang ramai tadi..
rasa menyampah sangat..marah sangat..
tergamak sungguh mereka..
pada saya..mereka tidak berharga..
manusia itu tiada nilai kalau ihsan itu takde dalam diri..

dalam bas..
masih memikirkan tentang nenek dan atok tadi..
saya sendiri rasa seolah olah tak tolong apa apa..
saya bayangkan..
keadaan mak dan ayah saya ditempat nenek dan atok tadi..
sungguh saya tak sanggup nak tengok..apatah lagi membiarkannya..
saya pun terfikir jugak..
mana anak anak atok dan nenek tadi..
setidak tidaknya jemputlah mereka kat stesen bas tu..
sedih sungguh masyarakat kita sekarang..
mungkin pembaca melihat saya membaca kisah yang kecik..
hanya bercerita mengikut emosi..

tapi bagi saya,ia adalah perkara besar...
disini kita boleh lihat bagaimana masyarakat kita memandang orang tua..
dan kita juga boleh tahu bagaimana sikap lelaki lelaki tadi terhadap ibubapa..
adakah anda akan kata mereka sangat menghargai dan menyayangi ibubapa mereka?

kalau anda sebagai seorang wanita,adakah anda mahu menerima mereka sebagai suami?
jawapn saya:tidak sama sekali..
kalau anda sebagai seorang lelaki.adakah anda mahu menerima mereka sebagai isteri?
jawapan anda:.............(jawab sendiri)
jawapan saya bukan kerana saya marah..
tapi saya pegang kata kata mak saya..
orang yang tak sayangkan orang tua,bukanlah orang yang baik terhadap ibubapa..
apatah lagi terhadap ahli keluarga..
dia takkan sanggup jaga ibubapa mereka bila dah tua nanti..

seorang ibu dan seorang bapa itu..
mampu menjaga dan berkorban itu 10 orang anak..
biar semiskin dan sesusah mana pun kehidupan yang dijalani..
tetapi..
sepuluh orang anak itu..
walaupun sekaya mana dan sesenang mana pun dia..
belum tentu dia sanggup menjaga seorang ibu dan seorang bapa...
apatah lagi anak anak lain yang miskin..

sedangkan Allah telah berkata..
redha Allah itu terletak pada redha ibubapa..

para pembaca,saya harap jangan diantara kalian yang menjadi sang pemerhati, hulurkanlah tangan anda..anda takkan terasa rugi walau sedikitpun..

sampai sekarang saya terkesan..
moga bermanfaat..

with love:nuramna najihah

1 comment:

  1. assalamualaikum.

    cerita yang menarik. thanx for sharing :)

    pernah juga alami perkara yang hampir sama.. marah jugak la dengan lelaki2 muslim yang tak prihatin macam tu.

    kadang2 dalam situasi macam tu, bangsa cina/india (non muslim) yang lebih cepat bagi bantuan.

    sedih.

    ReplyDelete