Sunday, March 21, 2010

owh my penguin..:D



assalamualaikum~

satu perkongsian tentang makhluk Allah..
unik dan comel..
dan saya sangat sukakan penguin..

lihatla sifatnya..

Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.



Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan.

Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan.

Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang karenah.

Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk.

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah Celcius di bawah paras beku.

Sepanjang tempoh empat bulan, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut dtinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya menurun.

Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing.

Penguin jantan berasak-asak, menghampiri antara satu sama lain bagi memanaskan badan mereka.Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia.

Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah.

Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, si ayah tetap berkorban memberi makan kepada anaknya daripada temboloknya.

Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya di mulut anak kecilnya.

Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan.

Setelah kekenyangan, si jantan balik semula menemani penguin betina memberi makan anak mereka bersama--sama.

Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan.


Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada di antara mereka menemui ajal. Ketika itu barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain.

Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.
sifat yg hebat..
jika kita pandang sifat penquin ni yg setia..
alangkah indahnya jika manusia juga setia..
bukan shja setia dan sabar pd pasangan dan anak-anak..

tetapi paling penting..
pada aqidah yg dipegangnya..
pada jalan dakwah yg dilaluinya..
pada ukhwah yg dijalinnya..
dan yang tersangat penting..
pada Allah yg menciptakannya..
islam is the best way of life..:)

with love: nuramna najihah

1 comment: