Saturday, October 24, 2009

dengarkanlah luahan seorg teman....

assalamualaikum...........

Sebuah pengkongsian….

Ya Allah..
Dalam derap-derap langkahku ini..
Dalam susur perjalanan ku ini..
Aku begitu lemah …
Tersungkur Lemah selemahnya…
Kerana tiap saat aku mengenaliMU..
Terkadang aku lari sejauhnya dariMU..
Kerana aku mencari keseronokan yang tak pasti..

Ya Allah..
Terkadang ku bertanya pada diriku sendiri..
Layakkah aku menjadi hamba yg terbaik disisiMU..
Layakkah syurga yg terhias indah itu untukku..
Layakkah pengampunanMu buatku..

Sedangkan..
Hari-hari yg berlalu..
Banyak perkara lalai kulakukan..
Banyak dosa yg kulakukan..
Pergaulan ku tidak terjaga..
Terkadang maksiat dihadapan mataku..
Kuanggap biasa..
Tanpa teguran..
Hatta dalam hati sekalipun…

Zikir dan mathurat bukan lg amalanku..
Sudah lama ditinggalkan dan dibiarkan sepi..
Solatku juga sudah tak terjaga..
Sering diakhir waktu..
Tanpa rasa rugi sedikitpun…

Antara lagu dan quran..
Lagu yg dipilih…
Quran dibaca hanya sekali sekala..
Itupun hanya sedikit..
Apatah lagi menghafalnya..
Mengulang?
Jauh sekali…

Sedangkan..
itu teman rapatku dahulu..
Kerana setiap kali ku membacanya..
Hatiku tenang..
Jiwaku damai..
Astaghfirullah…dimana diriku dahulu……..

Antara tahajud dan tidur..
Tidur yg dipilih..
Sedangkan suatu ketika dulu..
Dahiku sgt akrab dgn sejadah..
Airmataku mengiringi solatku..
Basah pipiku memohon keampunanMU..
Bergetar bibirku saat aku berdoa padaMU..
Tersentak hatiku saat aku menyebut kalamMU…
Setiap malam kumengadu PadaMU..
Mendoakan agar diriku yg hina ini menjadi pilihanMU dihari kebangkitan kelak..
Agar kudapat bernaung di bawah payung rahmatMU
Agar kudapat menatap wajahMU..Ya Allah..
Astaghfirullah………dimana diriku yg dulu……….

Antara konsert dan majlis ilmu..
Konsert yg ku pilih..
Sedangkan bila diajak ke majlis ilmu..
Aku menolak dengan alasan ingin mengulangkaji..
Sedangkan aku sebenarnya malas ..
Malas menapak mencari setitis ilmu..

Walaupun aku sedar..
Aku adalah insan yg kekeringan ilmu..
Sedangkan dahulu..
Bila tanpa diajak..
Aku segera bersemangat mahu menghadiri,,
Setiap kuliah dan majlis ilmu..
Usrah menjadi tempat ku menjana dan berkongsi ilmu..
Xpenah rasa letih dan jemu..
Walaupun kurasa malas…
Kulawan sesungguhnya..
Astaghfirullah…dimana diriku yg dulu…

Ya Allah..
Antara dakwah dan masa terluang..
Masa terluang yg kupilih..
Walaupun ku tahu..
Dakwah itu suatu amanah!
Ummah ini perlu dibangunkan!
Islam itu perlu ditegakkan!
Kerana aku adalah permata ummah..
Jgn biarkan kilauannya sirna..

Tetapi..
Mengapa ku sering mengelak ..
Memberi alasan tentang statusku sebagai pelajar..
Assignment berlambak-lambak..
Projek bertindih-tindih..
Sedangkan suatu ketika dahulu…
Semangat dakwahku kuat..
Assgment berlambak bukan suatu alasan..
Aku mampu buat..
Belajar bukan penghalang untukku berjuang..
Masa itu walaupun terasa singkat
Aku terasa sgt sibuk..ttp
Aku puas..
Aku bahagia…
Malah aku pelajar cemerlang..
MUMTAZ!!!!!
Astaghfirullah..dimana diriku yg dahulu..

Ya Allah..
Ku tahu..
Engkau yg layak memberi hidayah pd hambaMu..
Namun..
Aku merasa sgt hina..
Bila setelah diberi hidayah..
Aku mengabaikannya.
Ku sedari..
Tiap kelalaian yg kulakukan..
Ada teguran yg dtg dariMU..
Tp ku tak mempedulikan..
Kuteruskan juga ..
Walaupun hatiku tak tenteram..
Walaupun hatiku tak keruan..

Ya Allah..
Masyarakat memandangku sebagai seorang yg hebat..
Tanpa cacat cela..
Seorang yang faham agamanya..
Seorang yg amalkan agama sebaiknya..
Pembela agama..
Mantap peribadinya..
Indah akhlaknya..
Fasih qurannnya..
Namun..
inikah hebat??
Ku tak mahu hebat pada pandangan manusia..
Tetapi tersungkur hina di hadapanMU..
Mereka hanya melihat zahirku semata..
Namun..
Inilah hatiku..
Hati yg kian malap..
Kerana jauh meninggalkanMU..
Ampunilah aku Ya Allah…

Ya Allah..
Saat ini aku hadir lagi..
Tersentak dari angan-anganku..
Mungkin ini adalah peringatanMU buat insan yg sering alpa..
Saat ini aku menadah tanganku kepadaMU..
Ku ingin menangis dihadapanMU sepuasnya..
Memohon keampuan ..
Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku ya Allah…
Ampunkan aku Ya Allah..
Biar airmataku ini mengalir ..
Biar basah pipiku ini..
Kerana aku benar-benar berdosa padamu ..
Benar-benar terasa jauh dariMU..
Ya Allah..
Pimpinlah aku kembali kejalanMU..
Pimpinlah aku kembali mencari kebenaran..
Pimpinlah aku kembali berjuang atas jalan ini..
Aku ingin kembali dekat denganMU…
Biar saat ini menjadi saksi..
Seorang hamba kembali pd Tuhannya..

Kerana bila tiba saat nafasku terhenti..
Ada yg sudi membisikkan ditelingaku..
“Aku menjadi saksi atas perjuanganmu di dunia ini”…
Andai kupergi dahulu…
ku harap ada yg sudi mendoakanku..

No comments:

Post a Comment