"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.." with love-nuramna najihah :)..
Wednesday, April 15, 2009
sekadar bicara..
JADILAH SEPERTI LEBAH..
rasulullah s.aw. bersabda:"perumpamaan org beriman itu bagaikan lebah.Ia makan sesuatu yg bersih,hinggap di tempat yg bersih dan tidak pula merosak atau mematahkan tempat yg dihinggapinya.."
apa kaitannya seorang mukmin sehingga dikaitkan dengan seekor lebah??
lebah..
mungkin anda hanya mengenali lebah melalui madunya yg manis..
khasiat kesihatan yang banyak..
sehingga disebut dalam al-quran..
walau ia hanya sekadar madu...
kini..
air liurnya juga ditemui juga mengandungi khasiat kesihatan..
subhanallah..
lebah..
makhluk Allah yg kecil..
tetapi sifatnya menjadi cermin untuk org mukmin..
mengapa??
kerana..
ia makan sesuatu yg bersih..
lebah hanya makan makanan yg bersih shja..
iaitu yg mengandungi bahan madu seperti bunga dan buahan..
mukmin..
makanan yg dimakannya adalah makanan bersih..
bukan sahaja bersih dr luaran..
tetapi bersih dr segala aspek..
agar darah daging yang dibentuk turut bersih..
membentuk hati dan rohani yg bersih..
maka
ia akan terus cenderung melakukan amar maaruf..
lebah..
ia mengeluarkan sesuatu yg bersih..
mukmin..
keluaran seorang mukmin adalah dari sudut
amanahnya...
akhlaknya..
pertuturannya..
muamalatnya..
pergaulannya..
hartanya..
hatinya..
perlu bersih dr sifat-sifat mazmumah..
perlu bersih dari sifat khianat..
agar apa yg datang darinya..
menjadi qudwah hasanah kepada orang lain..
lebah..
ia hinggap di tempat yg bersih..
mukmin..
kemana langkahnya?
seorang mukmin itu langkahnya ke tempat -tempat yg baik..
tempat yg memberi manfaat..
tempat yg ia cenderung untuk mengajak manusia menjejak langkah rasullullah..
fastabiq khairat..
lebah..
ia tidak merosak atau mematahkan yang dihinggapinya..
mukmin..
dia tidak pernah membuat kerosakan dengan orang lain
hatta dengan harta sekelilingnya..
lebah..
makhluk yg bekerja secara keras..
mukmin..
bukankah Allah memerintahkan mukmin untuk bekerja keras??
"maka apabila kamu telah selesai sesuatu urusan,kerjakanlah ia dengan bersungguh-sungguh.." al-nasyirah:7
lebah..
tidak pernah melukai kecuali diganggu..
mukmin..
seorang mukmin tidak akn mencari musuh..
tidak akn melakukan sesuatu perkara yg sia-sia..
tidak akn bertindak sesuka hati..
kecuali
apabila agamanya dicabar..
aqidahnya diperlekeh..
sesungguhnya..
Allah tidak ciptakan sesuatu itu sia-sia..
pasti ada hikmahnya..
cuma samada kita sedar atau tidak..
hikmah Allah ada di depan mata..
subhanallah..
"manusia yg paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.."
with love~nuramna najihah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment