Tuesday, September 13, 2011

Jemputan Hari Bahagia

Assalamualaikum.


SAMSURKHAR BIN HAMZAH & KHODIJAH BINTI CHE HAT

dengan rasa kesyukuran dan penuh hormat, menjemput

Tuan/ Puan/ Encik / Cik

Pembaca Blog Sekalian

ke Majlis Konvokesyen puteri kami

SITI NURFAREHAN BINTI SAMSURKHAR
STATISTIK UKM

yang akan berlangsung pada hari ISNIN
26 SEPTEMBER 2011
bertempat di

DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK ( DECTAR ) UKM BANGI

Masa : 7:30 pg - 12:30 tghari
Turut Mengundang : seisi keluarga

*Jemput hadir memeriahkan majlis!

Monday, September 5, 2011

Pokok Yg MESTI Ditanam Walaupun Kita tak Nak Tanam!

Asslamualaikum..

Lama Betul Tak update blog..
Banyak Kekangan yang tak mengizinkan untuk mengupdate blog ni..=)

Saya nak kongsi pengalaman bila berada di ibu kota..
al maklumlaa..saya ni orang kampung..
Bila duduk di tempat baru..
Baru sedar benda penting yang kita anggap tak penting bila duduk di kampung..

ni antara pokok yg saya rasa sangat penting untuk ditanam walaupun kita memang jenis "tangan tak menjadi"

1) Pokok Kunyit (sebb nk guna daun kunyit)
2) Serai
3) Kesum
4) Kari
5) Pandan

(sanggup ke beli byk2x,sedangkan nk pakai satu je??)
lg 1, Susah betol nk dapatkan santan asli..asyik beli segera je!
Maka, Hargailah benda2x free yg terdpat di rumah anda!

Thursday, August 4, 2011

Cara Mudah Menghafal Muka Surat Di Dalam Al Quran

Assalamulaikum..


Tips yg nak dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita..


Sweet Lover : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar 


Wednesday, August 3, 2011

Adab Di Bulan Ramadhan

Asslamualaikum..

Salam Ramadhan..=)
Masuk hari ketiga umat islam berpuasa..
Sedikit "buah tangan" untuk diri sendiri dan anda semua..

Adab-adab didalam bulan Ramadan

Diantara adab-adab didalam Ramadan ialah:

Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Kedua : Digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan bulan ketaqwaan.
Firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa". 

Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas di bulan Ramadan.

Keempat : Peringatkan tentang amalan agama, hal-ehwal Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka". 

Kelima: Dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Firman Allah swt "Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".

Kelebihan di bulan Ramadhan ialah ketika waktu malam seperti berikut :

1. Menjaga solat berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat terawih khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara qiamullail dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud : Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan".

with love : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar
 

Saturday, July 16, 2011

Ajaibnya sebuah Kematian

Assalamualaikum..
asalnya saya nak post pasal diri sendiri..
tentang perasaan yang terbuku di hati..
tapi saya disejukkan dengan kisah ini..

borak-borak dua orang teman :

"Kau tahu, aku ada kisah kematian yang sangat menakjubkan.Malah menimbulkan cemburu di hati."kata A.
"cerita benar?" tanya B
 angguk si A sambil menjawab:
"baru berlaku dua bulan lepas.."

Si A bercerita tentang seorang lelaki, abang kepada kawan isterinya yang baru meninggal dunia 2 bulan lalu..
Allahyarham meninggal dua sewaktu mengerjakan solat asar berjemaah di masjid.
"Alhamdulillah, masih ada kematian yang baik sebegitu pada zaman ini" kata si B.

"Cara kematian kita ditentukan oleh cara hidup kita." Pintas A
"mcm pernah dengar je kata-kata tu" kata si B..
"Itu kata-kata Imam Al Ghazali." kata si A menjelaskan.
"Kau tau mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?" Tambah Si A.

Si A bercerita lagi..
Allahyarham semasa hidupnya memang seorang yang istiqamah solat jemaah di masjid setiap waktu. Dia kerja kampung dan berniaga kecil-kecilan membolehkan dia mengatur jadual hidupnya sendiri.
Ya, hanya orang yang sering ke majid yang "terpilih" untuk mati di sana.
Dan hanya orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat.
Siapa yang hidup cara baik akan mati secara baik!


"Soal mati cepat atau lambat bukan persolalan lagi.Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya itu yang lebih utama." Ulas Si B.
"Ada yang lebih utama dari tu, yakni menentukan cara hidup yang baik! sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik." Si A mengingatkan.


"Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita menyebut dan mengingati Allah?" tanya Si B.
"Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, InsyaAllah semasa kita menghampiri kematian, Allah jugalah yang sentiasa berada di bibir dan hati kita." Jelas Si A.

"Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sahabat-sahabat di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, maka yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, maka sampahlah yang berterabur keluar." kata Si B.
"maksudnya?" Si A menagih penjelasan.
"Samalah seperti manusia.Manusia yang lidah, hati dirinya sentiasa penuh dengan zikrullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang tersembur keluar di saat kematiaannya.Takkanlah lori sampah mengeluarkan pasir bila berlanggar kan?" Jelas Si B.
"Cantik dan tepat sekali analogi tu!" kata Si A sambil tersenyum.

Sumber :Solusi


"Kematian kita ditentukan berdasarkan amalan dan cara hidup kita semasa hidup"
Didoakan semua pembaca melalui saat kematian yang Ajaib! Kematian Yang Baik!

With love : Siti Nurfarehan

Thursday, July 14, 2011

Percaya..

Assalamualaikum..

Lama tak update blog ni..

Didoakan agar semua pembaca sekalian diberi kesihatan yang baik, serta sentiasa dalam pemeliharaan Allah..
Semoga iman kita semua masih dalam sihat juga..
walaupun kadangkala ia juga mengalami sedikit kesakitan..

Buat pembaca sekalian..

Percaya

setiap apa yang Allah beri..
kesukaran, kesakitan, kesedihan, dan ujian..
segalanya pasti ada hikmahnya..
kerdilnya diri kita..
merungut-rungut dengan sedikit kesusahan, kesakitan dan kesedihan..
setelah terlalu banyak kelapangan, kebahagiaan dan kesenangan yang telah kita nikmati..
dan siapa yang  mampu menafikan..
bahawa kesakitan dan kesusahan itu juga sebagai satu nikmat..

kesakitan yang sedikit..
terus melupakan kesenangan yang banyak..
kesempitan sedikit..
terus menidakkan kenikmatan yang melimpah..

tarbiyah itu bukan sekadar satu keperluan..
tetapi ia adalah satu kewajipan yang perlu dicari..
tak kira dalam bentuk apa sekalipun..

dan perubahan dan pembaikan juga perlu ada..
bukan setakat mencari, mencari dan mencari..
sedangkan yang sedang dipegang berciciran jatuh..
mencari dan membaiki..
biar ia berterusan..
biarpun sangat sedikit..

Jangan selalu sangat menyalahkan takdir bila ditimpa kesusahan..
dan sangat bersyukur dengan takdir apabila kesenangan datang bergolek..
seharusnya keduanya diterima dengan kesyukuran dan berlapang dada..
kerana setiap apa yang Allah beri itu adlah yang terbaik buat kita..
lebih baik daripada yang kita minta dan inginkan..

jadi, percayalah dengan yakin dengan apa yang Allah beri/uji terhadap kita..

with love : Siti Nurfarehan