Saturday, October 15, 2011

Lelaki & Cinta

Assalamualaikum..

Demam Novel melanda di rumah!
semua sebab jumpa geng kaki novel..
kak Long bersungguh betul cari novel..
saya yg buat-buat tak tertarik..
akhirnya KALAH...terrrrtarik jugak..
ish2x..

Novel tentang cinta & of course la I Will post everything about love..



Lelaki takkan dapat dua dalam satu..
lelaki takkan dapat EGO & CINTA sekaligus..

kalau nk CINTA..
dia perlu rendahkan egonya..
rendahkan hatinya..
tinggikan akhlaknya..
jaga penampilannya..

wanita mungkin akan tertarik dgn rupa paras pada pandangan pertama..
tapi dia takkan teragak-agak untuk berpaling
jika akhlak lelaki tersebut buruk..
Same goes to man..
dia mungkin tertarik dgn kecantikan wanita pd pandangan pertama..
dia jugak mungkin boleh bertahan dgn akhlak buruk untuk beberapa ketika..
tapi untuk bersma hingga akhir hayat,..
dia perlu berfikir untuk kali kedua, ketiga, keempat &....

kalau dia nak jaga EGO..
dia terpaksa lepaskan cinta..
kasih-sayang takkan mungkin bercampur dgn sifat sombong, keras hati dan kasar..
tak kira muka cantik ke, hartawan ke, kaki jalanan ke..
Do I Care?

mungkin dengan EGO, lelaki boleh miliki segala yg fizikal..
tapi takkan mungkin dapat takluk hati, jiwa & perasaan..
whatever it is..u choose your partner..
& I will pray for your happiness..=)




Sunday, October 9, 2011

Hobi Baru..

Assalamualaikum..

Hobi baru saya skrg..
berjalan..
berjalan
berjalan..
then makan..
pegi sana..pegi sini..
saya bukan melepak..tapi isi masa lapang..=)
sangat bosan duduk di rumah..

then...duduk lama2x kat MPH..
belek2x buku..
baca2x buku..
at last..
mungkin xbeli buku langsung..
buku beli satu buku..
atau TERbeli berbuah2x buku..
sambil dalam hati berkata ..
"MELABUR UNTUK BUKU (ILMU) TAKKAN PERNAH RUGI"

kadang2x balik Bangi..
ziarah kakak terchenta..
program2x..

cuma tak baliik Perak je lagi nie..
bukan tak nak balik..
takut kena marah..haha
tau kenapa?
balik pagi sabtu..sampai tghri @ petang sikit..
then ahad pagi kena balik KL balik..
"hg duduk membazir masa n duit atas jalan raya ja.."
oppps!

okey..one more thing is..
bila org tya..
"pi mana?"
"jalan-jalan 1 Malaysia..tapi R&R kat perak kejap"..

tapi takpe..
Masa dh tak lama..
bukan semua benda kita boleh dpt scra mudah..
need some sacrifice from the other sides..

no matter what..I love my family more than anyone else..!





Tuesday, September 13, 2011

Jemputan Hari Bahagia

Assalamualaikum.


SAMSURKHAR BIN HAMZAH & KHODIJAH BINTI CHE HAT

dengan rasa kesyukuran dan penuh hormat, menjemput

Tuan/ Puan/ Encik / Cik

Pembaca Blog Sekalian

ke Majlis Konvokesyen puteri kami

SITI NURFAREHAN BINTI SAMSURKHAR
STATISTIK UKM

yang akan berlangsung pada hari ISNIN
26 SEPTEMBER 2011
bertempat di

DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK ( DECTAR ) UKM BANGI

Masa : 7:30 pg - 12:30 tghari
Turut Mengundang : seisi keluarga

*Jemput hadir memeriahkan majlis!

Monday, September 5, 2011

Pokok Yg MESTI Ditanam Walaupun Kita tak Nak Tanam!

Asslamualaikum..

Lama Betul Tak update blog..
Banyak Kekangan yang tak mengizinkan untuk mengupdate blog ni..=)

Saya nak kongsi pengalaman bila berada di ibu kota..
al maklumlaa..saya ni orang kampung..
Bila duduk di tempat baru..
Baru sedar benda penting yang kita anggap tak penting bila duduk di kampung..

ni antara pokok yg saya rasa sangat penting untuk ditanam walaupun kita memang jenis "tangan tak menjadi"

1) Pokok Kunyit (sebb nk guna daun kunyit)
2) Serai
3) Kesum
4) Kari
5) Pandan

(sanggup ke beli byk2x,sedangkan nk pakai satu je??)
lg 1, Susah betol nk dapatkan santan asli..asyik beli segera je!
Maka, Hargailah benda2x free yg terdpat di rumah anda!

Thursday, August 4, 2011

Cara Mudah Menghafal Muka Surat Di Dalam Al Quran

Assalamulaikum..


Tips yg nak dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita..


Sweet Lover : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar 


Wednesday, August 3, 2011

Adab Di Bulan Ramadhan

Asslamualaikum..

Salam Ramadhan..=)
Masuk hari ketiga umat islam berpuasa..
Sedikit "buah tangan" untuk diri sendiri dan anda semua..

Adab-adab didalam bulan Ramadan

Diantara adab-adab didalam Ramadan ialah:

Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Kedua : Digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan bulan ketaqwaan.
Firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa". 

Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas di bulan Ramadan.

Keempat : Peringatkan tentang amalan agama, hal-ehwal Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka". 

Kelima: Dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Firman Allah swt "Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".

Kelebihan di bulan Ramadhan ialah ketika waktu malam seperti berikut :

1. Menjaga solat berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat terawih khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara qiamullail dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud : Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan".

with love : Siti Nurfarehan Binti Samsurkhar