Saturday, October 29, 2011

Tamak!

Assalamualaikum..



Perkataan TAMAK adalah untuk saya..
untuk diri sendiri..
untuk banyak perkara..
saya adalah seorang yang tamak..

entry khusus untuk saya dan buku..
saya kerap/selalu membeli buku..
tanpa sempat membacanya..
adakah saya tamak?
sebabnya setiap kali saya beli buku,
ada dua benda yang akan sy lalui..
pertama,  kawan akan cakap :" tak baik membazir, kan ada lagi buku yang belum baca.."
kedua, saya sendiri cakap : " kita takkan pernah rugi dalam membaca dan menuntut ilmu.."
then..tewas dengan nafsu membeli buku..
pergi ke kedai buku apa pun..jarang pulang dengan tangan kosong..hehe..
yang selalunya pulang dengan poket kosong!

Buku-buku ni bukan sengaja tak dibaca, tapi tak sempat baca..
selalunya, on the way pegi/balik keje baru baca..tak pun weekend..
tapi weekend pun banyak pegi jalan-jalan dan tak luangkan masa yg banyak untuk membaca..

senarai buku yang saya masih belum berkesempatan baca :

Ust Pahrol :
Beduk Diketuk (baru separuh dibaca)
Nota Fikir untuk zikir (baru separuh dibaca)
Mukmin Profesional (baru suku je yang baca)
Dimana Dia Dihatiku (tak sempat lagi baca, buku masih berbalut plastik!)
Nota Hati seorang Lelaki (dah habis baca)
Tentang Cinta ( Baru Suku je yang baca )

karya Ust Pahrol yang mungkin saya akan beli ialah
1) Dilema Melayu-Islam..Kurang Fikir atau Kurang Zikir? (nak beli dalam masa terdekat walaupun nak baca dalam masa yang agak jauh..hehe)
2) Satu Rasa Dua Hati (saya mungkin akan beli tahun-tahun akan datang)

kenapa pilih Ustaz Pahrol?
Orang kata sebab dia seorang ustaz yang mempunyai karya yg romantik dan jiwang..
tetapi saya pilih Ustaz Pahrol sebab IDEA, PEMIKIRAN DAN PANDANGANNYA DI LUAR KOTAK!

Buku-buku lain :
Abu Ubaidah Al Jarrah..Penakluk Parsi (novel sejarah Islam) [tak baca langsung lagi]
Batu Bata Kehidupan (Hilal Asyraf) [tak baca langung lagi]
Geniusnya Muhammad Bin Abdullah [Baca sikit je]
Di Jalan Dakwah Aku Menikah [ baca sikit je..tu pun dah lupa bila last baca]
Himpunan Risalah Hassan Al Banna [baca sikit je]
Memperingati Kematian Asy Syahid Imam Hassan Al Banna [baca sikit je]
Memperingati Kematian Asy Syahid Sheikh Ahmad Yassin [tak baca lagi]
5 buah ASUH : edisi 5 bulan punya [baru baca 1 je..nak bagi adik baca..tapi sebelum bagi adik baca, kakak kena baca dulu..hehe]

Games :
Wild About SUDOKU (150 puzzles ) [baru buat 23]
The Giant Gift Book of SUDOKU (300 puzzles) [tak buat lagi, baru beli semalam..hehe]


persoalannya, adakah masa saya banyak dihabiskan untuk buat Sudoku?
atau sebenarnya..
SAYA MEMANG TAMAK?


Buku yang nak beli sangat banyak tapi dipotong oleh kak syu semasa expo buku islam hari jumaat lepas dengan kata-kata ;
"farehan, kat tempat akak less 20 % ..sini less 10 % je..akak balik tiap-tiap minggu..boleh je tolong belikan untuk awak.."
terus saya senyum dan cakap kat kak syu.."okeyh!"
 [sy rasa sangat sengal masa tu sebb hampir 2 jam kat situ, sekejap ambik buku, sekejap letak..dan akhirnya kak syu cakap mcm tu plak kat saya..haha]

Buku-buku yg saya nak beli lagi:
1.Imam-Imam yg benar [RM55]
2.Mazhab yang benar[RM55]
3.Perang Yg Benar[RM55]
4.Sebarkan Bahagia
5.Fikah Perubatan
sy takdela nak beli semua sekaligus..tapi satu-satulah..=)


Satu benda yg mungkin boleh dilihat dari senarai itu..
saya TIDAK menghabiskan satu pun buku CINTA..
malah saya tiada buku Ustaz Hasrizal yang remaja (khusunya mahasiswi ipta/ipts) gila-gilakan seperti Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Syurga n etc..sebb saya tau, saya akan baca buku-buku ni lepas buku-buku lain dah habis baca..mungkin saya akan baca bila saya betul-betul nk baca tentang cinta..
saya lebih berminat dengan buku..Rindu Bau Pohon Tin, Secangkir Teh Pengubat Letih n etc..
bukan saya tolak karya ustaz hasrizal soal cinta..
tapi kerana saya bukan seorang yang banyak berbicara tentang cinta melalui buku..
..
kerana saya banyak belajar Cinta Secara Praktikal berbanding teori..
sesuatu yang saya nampak dengan mata, dengar dengan telinga..
saya belajar cinta dari pengalaman sebenar orang lain..
saya belajar cinta dari sudut yang serius..
cinta yang saya belajar adalah dari apa yang saya lalui hari-hari..
dan saya memang akan kongsi pengalaman tu dengan shbt-shbt saya..
tanggungjawab, tolak ansur, hubungan suami isteri, gaduh, cerai, pukul memukul, romatik, caring, kekurangan , kelebihan n etc..


Suka untuk saya nyatakan secara serius bahawa jodoh, pertemuan, rezeki dan maut tidak menyamaratakan tarikh, tempat, masa, dalam keadaan apa dan siapa jodoh kita hatta kembar sekalipun.
Masing-masing Allah dah tetapkan dan kita sebagai hamba hanya perlu usaha, tawakal dan jaga hak Allah.
bagi sesiapa yang mengalami sindrom tahun akhir,kalau mahu mendirikan baitulmuslim, rancang secara serius dan jangan jadikan ia bahan gurauan di laman sosial..


 saya belajar dari bekas roomate saya 2 perkara dan benda tu saya sedang buat pada masa INI..
1.Cuba memahami sifat, sikap, akhlak, kesukaan, kebencian, trauma seseorang..[sebb dia adalah seorang yang sedaya upaya memahami sifat, sikap, kesukaan, kebencian dan selalu buat saya terharu walau hanya dengan satu keychain]
2.Terima dia seadanya..

saya cuba memahami sahabat-sahabat yang

1. Pemalu dalam menyatakan perasaan walaupun statusnya dalam fb jiwang yg sesangat-sangat.
2. Hari-hari pakai baju gelap terutamanya hitam sampai saya tertanya-tanya "dia ni berkabung ke?"
3. Shbt yang hari-hari sms sy tya khabar, tapi sy biarkan sepi msg dia..dan sy rasa bersalah!
4. Shbt yang meragui kepercayaan shbt yg lain..
5. Shbt yang suka sangat travel sampai sakit kaki-kaki tapi best!
6. Shbt yang sangat suka berkorban untuk sy..
7. shbt yang sangat berhemah dalam menegur..
8. shbt yg sangat suka menyepikan diri, tup-tup dah nk fly ke overseas selepas 2 bulan bercuti di Malaysia.
9.shbt yg sgt suka kongsi rahsia..sampai tak izinkan sy kongsi dgn kembar..even dia tau saya dan kembar macam belangkas..satu sifat yang PELIK tapi BENAR.
10.shbt yg sangat amanah menjga rahsia.
11.shbt yang busy mengalahkan perdana menteri.
12.shbt yg hilang menyepi membawa diri..
13.shbt yg sangat emosional..
14.shbt yg sangat cepat marah n sangat cepat sejuk..
15.shbt yg bila saya dengar suara dia, saya cair macam lilin..haha
16.shbt yg bila saya dengar suara dia, saya terus ketawa..
17.shbt yg bila saya dengar suara dia, sy terus jadi askar .."ok!","baik!".."Paham!".."Tq!"
18.shbt yg bila saya dengar suara sy, saya jadi gabra dan terus suara jadi mcm marah.
19.shbt yang SANGGUP terima saya membebel sampai 2 jam sambil terangguk-angguk kepala.
20.Shbt yg sanggup tahan dengan emosi saya yg kurang stabil..
21.shbt yang menjadi pendengar yang baik
22.etc..

ketahuilah..
setiap seorang daripada mereka membentuk diri saya..membentuk apa yg orang panggil farehan hari ini..
setiap seorang drpd mereka memberi kekuatan pada saya disaat saya tersungkur..
setiap seorang drpd mereka memberi bahgia buat saya..
tapi belum satu pun diantara mereka yg buat saya menangis kekecewaan!


Untuk itu, saya sangat bersyukur atas kehadiran kalian!
dan saya akui saya memang seorang yang tamak!

with love : Siti Nurfarehan Samsurkhar












Sunday, October 16, 2011

JOM!!!

Assalamualaikum!

SAYA DENGAN BERBESAR HATI MENJEMPUT PARA PEMBACA SEKALIAN KE PROGRAM DOUBLE WEEKEND!!
SAYA SANGAT MENGALU-NGALUKAN KEDATANGAN SEMUA PEMBACA KE :






AYUH! MARI BERSAMA SAYA KE PROGRAM DOUBLE WEEKEND NI!!

Saturday, October 15, 2011

Lelaki & Cinta

Assalamualaikum..

Demam Novel melanda di rumah!
semua sebab jumpa geng kaki novel..
kak Long bersungguh betul cari novel..
saya yg buat-buat tak tertarik..
akhirnya KALAH...terrrrtarik jugak..
ish2x..

Novel tentang cinta & of course la I Will post everything about love..



Lelaki takkan dapat dua dalam satu..
lelaki takkan dapat EGO & CINTA sekaligus..

kalau nk CINTA..
dia perlu rendahkan egonya..
rendahkan hatinya..
tinggikan akhlaknya..
jaga penampilannya..

wanita mungkin akan tertarik dgn rupa paras pada pandangan pertama..
tapi dia takkan teragak-agak untuk berpaling
jika akhlak lelaki tersebut buruk..
Same goes to man..
dia mungkin tertarik dgn kecantikan wanita pd pandangan pertama..
dia jugak mungkin boleh bertahan dgn akhlak buruk untuk beberapa ketika..
tapi untuk bersma hingga akhir hayat,..
dia perlu berfikir untuk kali kedua, ketiga, keempat &....

kalau dia nak jaga EGO..
dia terpaksa lepaskan cinta..
kasih-sayang takkan mungkin bercampur dgn sifat sombong, keras hati dan kasar..
tak kira muka cantik ke, hartawan ke, kaki jalanan ke..
Do I Care?

mungkin dengan EGO, lelaki boleh miliki segala yg fizikal..
tapi takkan mungkin dapat takluk hati, jiwa & perasaan..
whatever it is..u choose your partner..
& I will pray for your happiness..=)




Sunday, October 9, 2011

Hobi Baru..

Assalamualaikum..

Hobi baru saya skrg..
berjalan..
berjalan
berjalan..
then makan..
pegi sana..pegi sini..
saya bukan melepak..tapi isi masa lapang..=)
sangat bosan duduk di rumah..

then...duduk lama2x kat MPH..
belek2x buku..
baca2x buku..
at last..
mungkin xbeli buku langsung..
buku beli satu buku..
atau TERbeli berbuah2x buku..
sambil dalam hati berkata ..
"MELABUR UNTUK BUKU (ILMU) TAKKAN PERNAH RUGI"

kadang2x balik Bangi..
ziarah kakak terchenta..
program2x..

cuma tak baliik Perak je lagi nie..
bukan tak nak balik..
takut kena marah..haha
tau kenapa?
balik pagi sabtu..sampai tghri @ petang sikit..
then ahad pagi kena balik KL balik..
"hg duduk membazir masa n duit atas jalan raya ja.."
oppps!

okey..one more thing is..
bila org tya..
"pi mana?"
"jalan-jalan 1 Malaysia..tapi R&R kat perak kejap"..

tapi takpe..
Masa dh tak lama..
bukan semua benda kita boleh dpt scra mudah..
need some sacrifice from the other sides..

no matter what..I love my family more than anyone else..!