Assalamualaikum..
asalnya saya nak post pasal diri sendiri..
tentang perasaan yang terbuku di hati..
tapi saya disejukkan dengan kisah ini..
borak-borak dua orang teman :
"Kau tahu, aku ada kisah kematian yang sangat menakjubkan.Malah menimbulkan cemburu di hati."kata A.
"cerita benar?" tanya B
angguk si A sambil menjawab:
"baru berlaku dua bulan lepas.."
Si A bercerita tentang seorang lelaki, abang kepada kawan isterinya yang baru meninggal dunia 2 bulan lalu..
Allahyarham meninggal dua sewaktu mengerjakan solat asar berjemaah di masjid.
"Alhamdulillah, masih ada kematian yang baik sebegitu pada zaman ini" kata si B.
"Cara kematian kita ditentukan oleh cara hidup kita." Pintas A
"mcm pernah dengar je kata-kata tu" kata si B..
"Itu kata-kata Imam Al Ghazali." kata si A menjelaskan.
"Kau tau mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?" Tambah Si A.
Si A bercerita lagi..
Allahyarham semasa hidupnya memang seorang yang istiqamah solat jemaah di masjid setiap waktu. Dia kerja kampung dan berniaga kecil-kecilan membolehkan dia mengatur jadual hidupnya sendiri.
Ya, hanya orang yang sering ke majid yang "terpilih" untuk mati di sana.
Dan hanya orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat.
Siapa yang hidup cara baik akan mati secara baik!
"Soal mati cepat atau lambat bukan persolalan lagi.Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya itu yang lebih utama." Ulas Si B.
"Ada yang lebih utama dari tu, yakni menentukan cara hidup yang baik! sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik." Si A mengingatkan.
"Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita menyebut dan mengingati Allah?" tanya Si B.
"Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, InsyaAllah semasa kita menghampiri kematian, Allah jugalah yang sentiasa berada di bibir dan hati kita." Jelas Si A.
"Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sahabat-sahabat di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, maka yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, maka sampahlah yang berterabur keluar." kata Si B.
"maksudnya?" Si A menagih penjelasan.
"Samalah seperti manusia.Manusia yang lidah, hati dirinya sentiasa penuh dengan zikrullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang tersembur keluar di saat kematiaannya.Takkanlah lori sampah mengeluarkan pasir bila berlanggar kan?" Jelas Si B.
"Cantik dan tepat sekali analogi tu!" kata Si A sambil tersenyum.
Sumber :Solusi
"Kematian kita ditentukan berdasarkan amalan dan cara hidup kita semasa hidup"
Didoakan semua pembaca melalui saat kematian yang Ajaib! Kematian Yang Baik!
With love : Siti Nurfarehan
subahanallah ! terima kasih sahabat sebab berkongsi dan mengingati saya tentang hal ini :)
ReplyDelete=)..
ReplyDeleteSama-sama..
Kadang-kadang apa yang kita rasa itu juga saling mengubati dan memperingat org lain.