Friday, May 20, 2011

Hari ni dalam Sejarah..

Assalamualaikum..


Hari khamis bertarikh 19 mei 2011..
saya balik pukul 6!
ye..sy balik pukul 6!
sejarah terukir setalah hampir 2 minggu lebih berpraktikal..
hari yang julung -julung kalinya saya melihat matahari..
[mcm kesian je lama xtengok matahari..=p]

lama-lama saya suka plak keje kat tempat praktikal ni...
officemates department saya sangat-sangat baik, sporting dan sempoi...
hormat menghormati agama org lain..
ceria dan suka mengusik..
kalau tegur-tegur pun..kita boleh terima..
department saya ada sorg cina, sorang sarawak dan yang lain semua melayu..
hari-hari ada je cerita dan telatah yang buat kami ketawa ramai-ramai..
stress pun hilang sekejap waktu tu..
sedar tak sedar..
minggu depan..genaplah sebulan saya berpraktikal..
.............................................................................................
rasa dalam hati:

nak balik rumah..
dah rindu kat mak..
hari tu call mak..
"mak nk balik rumahla..kak an balik naik bas pkul 9.30mlm..sampai pkul 12.30"
mak cakap:
"tak payahlah balik an..balik keje dah penat..pastu terus nak balik rumah plak..duduk sekejap kat rumah..ahad nak balik sana balik.."
"nannti kalau cuti banyak siket..balikla.."
saya:baik!
mak tya lagi :"kak an keje kat company cina tu..ada tmpt sembahyang tak"
saya:"ada..dia ada bilik untuk solat.."

nak balik rumah..
sebab nak mengusik adik-adik..
terutama Faiz!
sebb dia selalu kenakan saya depan mak!
pastu nak kenakan Fauzi!
ada rancangan nak dapatkan hak telefon bimbit!
..........................................................................................................................................................
rasa dalam hati 2:

terpandang jumlah follower..
apasal tiba-tiba jadi ramai sangat ni??
saya takutlaa..
takut apa yang saya tulis tak memberi manfaat pada orang lain..
tambah-tambah lagi untuk entry-entry yang saya rasa mcm mengarut..
walaupun ada org cakap:
"tu kan blog hg, suka hati hg la nak tulih apa"
saya : "memangla blog tu saya punya & saya yg tulih..tp orang yg baca kita kena jugak mbik kira"
so..kawan-kawan kat luar sana..
baca dan ambik yang bermanfaat je ye..
yang tak bermanfaat tu..
tegur saya ye..boleh saya remove..!=)
...............................................................................................................
kisah dalam bas rapid:

balik keje kena naik bas rapid ke rumah..
so..
masa saya balik awal..
ramai jugak budak sekolah yang satu bas..
dan berbangsa india..
bisingnya.MasyaAllah..tuhan je yang tahu..
diorang macam budak nakal je..
dengan cincin penuh kat jari..
dengan rantai lagi..
pasang lagu india kuat-kuat dalam bas tu..haish!
ramai penumpang lain dok geleng-geleng kepala je tengok budak-budak sekolah tu..
budak tu macam kurang didikan sikit (kurang ajar)..
diorng kumpul ramai-ramai kat sorang nenek india ni..
pastu ckap apa ntah ramai-ramai kat nenek tu..
nenek india tu senyap je sambil terkebil-kebil mata dia..
kesian kat nenek india tu & rasa nak marah je kat budak sekolah india ni.

pastu ada sorg pakcik malay baru naik bas.
kebetulan masa tu ada orang turun dan kerusi kosong..
saya suruh la pakcik tu duduk..say berdiri masa tu..
then..tak lama lepas tu..
bas berenti & ramai penumpang turun..
jadi, kerusi seblah pakcik tu kosong..
pakcik tu panggil saya..
suruh duduk sebelah dia..
saya cakap: takpela pakcik..saya dah nak sampai..
then..ada orang duduk kat sebelah pakcik tu..
bas berenti sekali lagi..
kali ni memang saya dah sampai rumah..
masa say nak turun..
sekali lagi pakcik tu panggil saya..
"duduklah sini!duduklah sini..sini dah kosong"
memang masa tu ramai org dah turun,..
saya cakap kat pakcik tu..
"mintak maaf pakcik..saya dah sampai ni..saya nak turun"
pakcik tu cakap "yeke.."
mcm kecewa je..sebb dia tak boleh bagi tempat duduk kat saya..
say tak kisah pun sebenarnya..
saya kesian je tengok pakcik tu berdiri..
ditambah lagi dgn budak-budak nakal yang sangat bising..
tapi masa saya nak turun..
ada sorang kakak ni pegi tegur & marah budak-budak india ni..
tapi dalam bahasa india laa..
tu pun budak-budak tu melawan cakap lagi..
hish!tak taula macam mana generasi akan datang..
............................................................................................

buat sahabat-sahabat dan kakak-kakak yang bakal mendirikan rumahtangga & bakal menimang cahaya mata..
semoga segalanya terpelihara dan berusahalah mendidik keluarga dan anak-anak dengan kefahaman dan syariat Allah..
InsyaAllah..saya mendoakan kalian agar segalanya beroleh keberkatan..
amin..

"Dan peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
..........................................................................................


with love : siti nurfarehan








1 comment:

  1. best, syok baca post awak :)

    http://izatilsuhaimi.blogspot.com/

    ReplyDelete