Friday, May 20, 2011

Hari ni dalam Sejarah..

Assalamualaikum..


Hari khamis bertarikh 19 mei 2011..
saya balik pukul 6!
ye..sy balik pukul 6!
sejarah terukir setalah hampir 2 minggu lebih berpraktikal..
hari yang julung -julung kalinya saya melihat matahari..
[mcm kesian je lama xtengok matahari..=p]

lama-lama saya suka plak keje kat tempat praktikal ni...
officemates department saya sangat-sangat baik, sporting dan sempoi...
hormat menghormati agama org lain..
ceria dan suka mengusik..
kalau tegur-tegur pun..kita boleh terima..
department saya ada sorg cina, sorang sarawak dan yang lain semua melayu..
hari-hari ada je cerita dan telatah yang buat kami ketawa ramai-ramai..
stress pun hilang sekejap waktu tu..
sedar tak sedar..
minggu depan..genaplah sebulan saya berpraktikal..
.............................................................................................
rasa dalam hati:

nak balik rumah..
dah rindu kat mak..
hari tu call mak..
"mak nk balik rumahla..kak an balik naik bas pkul 9.30mlm..sampai pkul 12.30"
mak cakap:
"tak payahlah balik an..balik keje dah penat..pastu terus nak balik rumah plak..duduk sekejap kat rumah..ahad nak balik sana balik.."
"nannti kalau cuti banyak siket..balikla.."
saya:baik!
mak tya lagi :"kak an keje kat company cina tu..ada tmpt sembahyang tak"
saya:"ada..dia ada bilik untuk solat.."

nak balik rumah..
sebab nak mengusik adik-adik..
terutama Faiz!
sebb dia selalu kenakan saya depan mak!
pastu nak kenakan Fauzi!
ada rancangan nak dapatkan hak telefon bimbit!
..........................................................................................................................................................
rasa dalam hati 2:

terpandang jumlah follower..
apasal tiba-tiba jadi ramai sangat ni??
saya takutlaa..
takut apa yang saya tulis tak memberi manfaat pada orang lain..
tambah-tambah lagi untuk entry-entry yang saya rasa mcm mengarut..
walaupun ada org cakap:
"tu kan blog hg, suka hati hg la nak tulih apa"
saya : "memangla blog tu saya punya & saya yg tulih..tp orang yg baca kita kena jugak mbik kira"
so..kawan-kawan kat luar sana..
baca dan ambik yang bermanfaat je ye..
yang tak bermanfaat tu..
tegur saya ye..boleh saya remove..!=)
...............................................................................................................
kisah dalam bas rapid:

balik keje kena naik bas rapid ke rumah..
so..
masa saya balik awal..
ramai jugak budak sekolah yang satu bas..
dan berbangsa india..
bisingnya.MasyaAllah..tuhan je yang tahu..
diorang macam budak nakal je..
dengan cincin penuh kat jari..
dengan rantai lagi..
pasang lagu india kuat-kuat dalam bas tu..haish!
ramai penumpang lain dok geleng-geleng kepala je tengok budak-budak sekolah tu..
budak tu macam kurang didikan sikit (kurang ajar)..
diorng kumpul ramai-ramai kat sorang nenek india ni..
pastu ckap apa ntah ramai-ramai kat nenek tu..
nenek india tu senyap je sambil terkebil-kebil mata dia..
kesian kat nenek india tu & rasa nak marah je kat budak sekolah india ni.

pastu ada sorg pakcik malay baru naik bas.
kebetulan masa tu ada orang turun dan kerusi kosong..
saya suruh la pakcik tu duduk..say berdiri masa tu..
then..tak lama lepas tu..
bas berenti & ramai penumpang turun..
jadi, kerusi seblah pakcik tu kosong..
pakcik tu panggil saya..
suruh duduk sebelah dia..
saya cakap: takpela pakcik..saya dah nak sampai..
then..ada orang duduk kat sebelah pakcik tu..
bas berenti sekali lagi..
kali ni memang saya dah sampai rumah..
masa say nak turun..
sekali lagi pakcik tu panggil saya..
"duduklah sini!duduklah sini..sini dah kosong"
memang masa tu ramai org dah turun,..
saya cakap kat pakcik tu..
"mintak maaf pakcik..saya dah sampai ni..saya nak turun"
pakcik tu cakap "yeke.."
mcm kecewa je..sebb dia tak boleh bagi tempat duduk kat saya..
say tak kisah pun sebenarnya..
saya kesian je tengok pakcik tu berdiri..
ditambah lagi dgn budak-budak nakal yang sangat bising..
tapi masa saya nak turun..
ada sorang kakak ni pegi tegur & marah budak-budak india ni..
tapi dalam bahasa india laa..
tu pun budak-budak tu melawan cakap lagi..
hish!tak taula macam mana generasi akan datang..
............................................................................................

buat sahabat-sahabat dan kakak-kakak yang bakal mendirikan rumahtangga & bakal menimang cahaya mata..
semoga segalanya terpelihara dan berusahalah mendidik keluarga dan anak-anak dengan kefahaman dan syariat Allah..
InsyaAllah..saya mendoakan kalian agar segalanya beroleh keberkatan..
amin..

"Dan peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
..........................................................................................


with love : siti nurfarehan








Monday, May 16, 2011

semakin meningkat usia..

assalamualaikum..

melihat ke belakang ..
suatu masa dulu..
lalu membandingkan dengan diri sendiri kala ini..
jauh berbeza..
terutama pada sudut emosi..

dulu saya lebih tenang dan tidakla terlalu emosi..
tapi sekarang ni..
saya sangat beremosi..
tegur-tegur sikit dah sebak..
marah sikit dah nak mengalir air mata..
tertekan sikit dah rasa nak nangis..
terharu sikit dah nak meleleh air mata..
dengar cerita sedih sikit..
dah bergenang air mata..
tak puas hati sikit..
asyik nak marah je..
saya keliru dengan diri sendiri sendiri..
sy rasa saya berubah..
dan jika perubahan ini melukakan hati shbt , teman dan kawan-kawan..
saya mohon maaf..
saya sedaya upaya mengawalnya..
terutama bila berhadapn dgn kemarahan..
sebb sy mudah menyesal bila marah org..

bila dengar pasal kes orang simbah asid..
saya takut nak pegi keje..
tempat yg kes-kes dulu kena..
semua saya lalu hari-hari..
cuma tempat yg berbeza..
sy pegi keje sendiri n balik sendirian..
sampai saya sendiri takut dengan keselamatan diri sendiri..
doakn saya sentiasa dilindungi!


wahai farehan..
apa sudah jadi dengan diri anda??
wahai resah n gelisah yg sering berkunjung..
pergilah dan bawalah ketenangan sebagai pengganti..


Saturday, May 14, 2011

bergelar seorang pekerja

assalamualaikum..

lama tak update blog sebab terlalu busy..
tak sempat sebenarnya..
sejak hampir dua minggu berpraktikal ni..
memang tak de masa sangat nk belek-belek blog...

just nak story sikit-sikit pasal keje..
saya sekarang keje kat petaling jaya..
keje kat company cina..
bahagian :data base and online research department...
kat bahagian ni ada dalam 7orang..
masuk keje pkul 9 tapi pkul 7.30 dah keluar rumah
company saya start pkul 9pg-6ptg..
tapi hari-hari saya balek pukul 8 mlm..
sampai rumah dalam pkul 9mlm..

untuk minggu pertama ni..
keje saya ialah proses data..
berpuluh ribu plak tu..
tiap-tiap hari dia ada target yang kita perlu siapkan..
sehari kena proses 1500++ data..
setakat ni target saya ialah proses 240 data sehari..
serius penat!
mengadap komputer je sepanjang masa..
selagi kita tak capai target..
tak boleh balek..
huwaaa..
so..tiap-tiap hari saya dapat siapkan proses data dalam pukul 6.45..
checking data dalam 15 minit..
dan saya terus solat maghrib kat situ..
then..baru saya balik rumah..

jumaat lepas..
lepas keje tu saya terus balek bangi
ada mukhayyam kat sungai congkak..
best!

saya mencuba untuk attend program even sesibuk mana pun saya..
selagi saya mampu..
dan saya memang meghargai naqibah saya yg fully support saya..hehe
tak lupa jugak untuk ahli rumah yang memahami keadaan sy..

kak zila:kak dani:kak shu:kak hajar:

luv u all!
sekian..
with love :