Thursday, April 28, 2011

Berakhirnya sebuah penantian..

assalamualaikum..



alhamdulillah..
sukur sangat..
dah habis dah exam dan dah siap tesis
tapi tak boleh grad lagi..
sebab praktikal tak habis lagi..
lepas exam semalam...
buat gathering dengan semua budak stat satu batch..
pegi putrajaya..
abadikan kenangan..
then terus pegi makan sama-sama..
sweet sgt memory semalam..

perasaan tu sedih @ tak?
ntahla..
sy tak rasa sedih pun..
memang seriap pertemuan, pasti ada perpisahan..
cuma saya rasa kosong..
hidup rasa mcm tak lengkap je..
takde teman-teman rapat..
terutama rumate saya..
sepi je..
semuanya berpisah dan mula melangkah ke alam kerjaya..
ada yang apply master..
ada yang decide nak keje dulu...
sem last ni memang banyak sangat kenangan dengan coursemate..
sayang sangat kat semua!
InsyaAllah..kita jumpa lg bulan 9 ni..
InsyaAllah..

*Ida dah balek Terengganu, tak sempat pun jumpa saya.
*cepat kumpul duit..beli bunga untuk konvo saya nanti..=)
*terasa tempoh belajar ini adalah terlalu singkat..sekejap je dah nak grad..owh!

with love: siti nurfarehan

Sunday, April 24, 2011

hari-hari terakhir

assalamualaikum..

saya baru balik dari rumah..
sangat seronok jumpa kawan baik saya kat rumah..
sapa?
mak saya laa..
balik semata nak sembang & cerita-cerita dengan mak..
tak puaslah balik 3 hari..
balik ni pun sebab nak hantar barang..
nak makan durian..hehe

sekarang sedang melalui hari-hari terakhir di ukm...
mengahbiskan sisa-sisa tesis..
mengisi segala bagai borang berenti yang ada..
nak ambik polisi insurans. untuk praktikal..
pegawai tu cakap, minggu ni dah boleh ambik..
so..minggu ni kenalah pegi ambik..

pastu..plan nak berjalan2x dgn kawan di pesta buku tak tercapai..
sebb diorg dah pegi dah jumaat lepas..
sy plak balik ari tue..huhu..
sedeyh je..



Thursday, April 21, 2011

what..

assalamualaikum..

berkongsi cerita..

sambil duduk berehat-rehat..
datang seorang kakak..
bertegur sapa..
then..
tiba-tiba..

kakak: dik, akak pening kepala la..tak tau nak buat apa dah sekarang ni..

adik: kenapa kak?

kakak: yela, masalah banyak sangat..
masalah kat tempat kerja lagi..
report-report yang tak siap dan kena submit kat manager..
kena berhadapan dengan staf-staf yang byk kerenah..
pastu..kalau kat rumah..
dengan nak menguruskan suami lagi..
makan , pakai..
anak-anak yang bermacam ragam..
pastu belanja harian yang tinggi..
yela, anak-anak sekolah lagi..
anak yang kena hantar nursery lagi..
belanja rumah lagi..
duit sewa rumah lagi..
tambah plak,
mana nak uruskan rumah lagi..
kalau cuti pun keje banyak jugak..
erm..susah hati akak..

sambil memandang pada kakak.
adik: owh, akak dah kawen?

kakak: errr..ermm..belum lagi..(sambil sipu-sipu)

adik: ??? (dalam hati..kakak ni knpa???)



with love : siti nurfarehan





Tuesday, April 19, 2011

angah kena tahan wad..

assalamualaikum..

malam ni angah kena tahan wad..
chicken pox..
lama plak tue..sampai dia habis exam..
sekrg dia baru study week..
sampai 11 mei plak tu..
24 hari..


masa dia call cakap kena tahan wad..
dia dah nangis,..
dia kan nak exam..
sy dah sebak..
terus tanya.."sapa jaga hg kat sana?"
malam ni ada kak kerie hantar...
xtau dia stay ke tak..
hari-hari lain sapa nak jaga dia..
sedihnya...
sedih..
sedih..

nak nangis!
nak nangis!
nak nangis!
nak g johor!
nak g johor!
nak g johor!

angah..........
=((

Sunday, April 17, 2011

merajuk..



dah sepuluh hari dah merajuk nie..
dosa tak?
dah tau saya marah, tapi tetap senyap je..
senyap sepuloh hari..
ish!
tu yg tak boleh terima!
ish..
boleh dia buat cmtu..
=(
Pasni, dah nak pindah..


p/s: ada org kate semua entry saya comel..terpaksa sy baca balek semua entry blog ni..
ternyata biasa je..
sah! dia nak bodek je..=P

Due date..

Assalamualaikum..


exam hari rabu..
hari khamis seharian pegi KL..
dengan sesatnya..
dengan hujan lebatnya..
tengok rumah sewa k.haz..
dari pkul 11 pg sampai pkul 10 malam..
sempat jumpa kak Amal..
memang hari yang sangat hepi!
sebb sy sangat suka jalan-jalan!
jumaat plak sy pegi tengok rumah saya plak..
terkejut!
sebb cantik!
hehe


balik bilik..
dapat msg dari che dayah..
"salam, ent free bgtau ana yer.."
saya pun terfikir..pastu balas..
"eh??"
knpa dia msg macam tu..
pk punya pk..
tgok kalendar kat laptop..
tetibe..tergamam!
aargh! alamak!
HARI NI BESDAY CHE DAYAH!
habislaa..habislaa..
cmna nak buat nie..
terus hantar msg wish dia..
aduyai farehan!
sebbek dia tak marah dan understanding sket..
kalau dia merajuk cmna?
sy dahla tak pandai pujuk..=p


SANAH HELWAH CHE NUR HIDAYAH...=)
LUV U~♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

cepat betul masa berlalu..
tak lama lg..
sy akan jadi org KL plak..
tapi sy akan balik ke bangi mungkin 2,3 kali atau mungkin lebih..
sebb ada pgram kat bangi..
bulan 6 akan balik ke Perak sekejap..
attend kawan sekolah kawen..
then, bulan 7 akan attend konvensyen..
then..

bilalah nak jadi orang PERAK sebenar ni..
asyik g tempat org lain je..
tapi kan..
masa muda la nak merantau kan..
hehe

*rindu nak jumpa mak!
"mak..mak..engkaulah ratu hatiku.." ^_^
sob sob..


with love : siti nurfarehan

Sunday, April 10, 2011

selamat tinggal~

assalamualaikum...


bertemu dan berpisah tu memang satu lumrah..

hampir ke garisan penamat..
pasni mesti dah susah nk jumpa kawan2x..
dah susah nak jumpa ida...

yg paling sayang sekali..
nak berpisah dgn naqibah usrah..huwaa..
tgah2x rapat gini..
nak pisah plak..
sayang nk tggalkan pgram kat bangi..
kalau org tya apa pengalaman kat ukm paling indah..
ditarbiyah n mentarbiyah tu paling indah..
kedua, ukhwah yg ada..terlalu sayang untuk ditinggalkan..






with love : siti nurfarehan

Wednesday, April 6, 2011

ada rahsia disebalik cinta..

assalamualaikum..


Ditarbiyah dan mentarbiyah...
memberi dan menerima..
menjiwai dan dijiwai...
namun,...
ada sesuatu yang jauh di sudut hati..
masih kekosongan..
masih ada satu perasaan yang tak terungkap..
merindui jalan tarbiyah adalah biasa buat daie..
untuk teguh di jalan dakwah itu cabaran buat daie...
namun ada rahsia di sebalik rahsia..

usah kau bangga dengan sekolah agamamu..
usah kau bangga dengan berapa lama kau berada di dalam dakwah..
usah kau bangga dengan teman-teman dakwahmu..
jika dirimu itu sendiri..
jahiliyyahnya melebihi kebaikan dan kebajikan yang kau lakukan..
perlulah kau lihat apa yang kau perlu lakukan untuk dirimu..

hidup seorang daie itu banyak ujian..
walau kau ingin sangat memberi kasih..
walau kau ingin sangat setia mendengar..
walau kau ingin sangat menyimpan rahsia..
walau kau ingin sangat sembunyikan..
walau kau ingin sangat menolong..
ujian tetap ujian..
maka, apa yang kau perlu buat..
hanyalah mujahadah..
tenangkan hati yang resah gelisah..
lapangkan dada yang gundah..
kuatkan hati yang lemah..

ada jiwa yang sering menahan lelah..
ada jiwa yang sering mengalah..
ada jiwa yang sering menegar tabah..
ada jiwa yang sering mujahadah..
wahai pemilik jiwa..
betulkanlah langkah..
teruskanlah menongkah..

Sesungguhnya ujian datang dari Allah..
kekuatan jua datang dari Allah..
Maka, berserah dirilah pada Allah..

with love : siti nurfarehan





Monday, April 4, 2011

Merentas Desa di UKM

assalamualaikum..
khamis malam..
cikgu sekolah menengah saya sms mintak tolong sy ambilkan kunci di pjbt kolej ibu zain..
dia tak boleh nak ambik sebab dia dtg hari sabtu..
nak sewa sampai hari isnin..
hari sabtu pjbt tak bukak..
sy ckp, sy takdak hari sabtu..
tapi saya boleh ambilkan untuk ckg esok..
nanti sy bg kat anak murid ckg yang sorang lagi..
nama azlan..
sururh dia bg kat ckg..
kat UKM ni, sy n azlan je wakil 1 sekolah menengah kami yg belajar kat UKM..
sadis x?
sy tak sure ckg tu ajar azlan ke tak..
tapi ckg tu memang mengajar saya dr tgkatan 1 sampai tgkatan 5..
jadi wajiblah sy tolong ckg kan..

kisah bermula pada hari jumaat jam 11.30pg..
objektif utama : nak pegi ibu zain, nak ambik kunci bilik sewa cikgu tarmizi.
objektif sampingan: nak hntar asgment n nk ambik sijil kat Fakulti Pengajian Islam

memang cadang nak pegi fakulti pkul 11.30pg..
just nak hantar assignment je..
tapi masa tu cover page belum print lagi..
then, sy binding sendiri..
binding tape je...assingment pun 10 muka surat je..
ok..cover page dah print..
tinggal nak letak tape je..
dah letak tape..kira siap la nie..
tetibe kenapa rase pelik je assingment ni..
rupanya tak letak plain paper kat hujung sekali..
ish! cuai betul..
then bukak balik tape td..
cabut balik ubat stapler semua..
jam dah pukul 11.45..
nak hantar sebelum pkul 12..
lepas letak plain paper semua..dh check ok..
nak stapler balik..
ubat stapler pulak habis..
satu hal la plak nak cari ubat stapler yg kawan simpan..
sebb stapler tu kawan punya..
hish! masa nak cepat nila mcm2x hal..
lepas dah siap stapler semua..
nak binding tape la sekali lg kan..
dah tarik tape tu separuh kat kertas..
tba2 tape tu habis plak..
Ya Allah..
kelam kabut betul..
cabut balik tape tu..
print balik cover page..
stapler balik asgnment..
then baru keluar..
jam dah 11.55pg..

jalan laju-laju..
tengah-tengah jalan..
terjumpa kawan..
beramah mesra..(kena sambut jugak sebab dia dah tegur dulu)

then, pegi kedai fotostat..
ramaila plak..
tp binding kejap je..
dia cakap 50 sen..
sy bg RM1..
dia tak pulangkan baki plak..
orang nak cepat nie..

then, terus pegi fakulti..
hantar assgnment..
jam pkul 12.05 tghari..
alhamdulillah..asgmnet dah hantar.
Allah bagi sy banyak pahala sabar hari nie.hehe

then pegi makan..
jumpa Ummu Hani..
lama betul tak jumpa dia..
dulu selalu jugak jumpa dia..
sembang kejap dengan dia..
pastu teman kawan pegi  fotostat laporan program..
jam pkul 1.30..
pastu pegi tunggu bas..
nak ke ibu zain..
bas zon U..

jam 1.45..bas Zon 2...
kami tak naik..
sebb tak lalu kat kolej yang kami nak pegi..
tungggggguuuuu lagi..
2.45ptg..bas Zon 2 lagi..
kali ni kami naik..
sebb tak larat dah nak tunggu bas zon u..
last2x..
bas tu bawak kami pegi kolej paling jauh kat UKM nie..
kami tergelak-gelak je..
dahla penat tunggu..
pastu hnatr kolej lagi jauh..
sekrg kena patah balik pulak ke bus stop td..
naik bas sekali lagi..
tapi kali ni kami buat keputusan nak g FPI terus..
nak ambik sijil..
kat tingkat 4..
dah naik..
kawan dah ambik sijil..
sijil dia dah ok..
sy ambik plak sijil..saya, angah, n tini
pastu tengah jalan balik..
terlupa letak no siri angah n tini..
patah balik kat pejabat..
letak no siri..
ok..boleh balik..
tiba-tiba tengok sijil saya..
no ic salah!
patah balik..
bagi kat pejabat..
masa tu tengok sijil tini tahun 88..
dalam hati terdetik, tini bukan sama umur ke?
tapi kami turun jugak..
sebab ingat ok je..
dah sampai bawah..
call tini..
'tini, bg no ic.."
tini  jawab :" 89.."
alamak..salah la plak sijil dia nie..
terpaksa naik balik tingkat 4 semata nak bg sijil tu balik kat pejabat..
gigih betul saya kan...

then..buat keputusan pegi ibu zain jalan kaki je..
jalan punya jalan..
kena naik tangga plak..
MasyaAllah..tinggi betul tangga..
[saya tak pernah pegi ibu zain jalan kaki..]
asyik berenti je..
penat la naik tangga nie..

dah sampai ke puncak..
alamak..asrama lelaki la plak..
cepat-cepat jalan..
dah sampai pejabat dalam keadaan termengah-mengah..
jumpa kerani pejabat,..
nak ambik kunci..

kerani tu ambik maklumat saya..
then, bagi kunci kat saya ..
tetiba kerani tu ckp mcm ni..
"dik, kejap lagi ambik bantal dengan cadar"
saya:"hah! bantal?" [takkan nak bawak bantal balik kolej..malunya]
kerani:" aah, kamu letak kereta kat mana"?
saya :"kami dtg jalan kaki je"..
kerani:" Ya Allah..dtg jalan kaki je..habis tu esok nak kunci kat ckg mcmna?"
saya :"saya tak dak esok, sy bagi kunci ni kat anak murid ckg tu sorang lagi"..
kerani :"owh mcm tu, kalau nak passing kunci..sy tak boleh bagi kunci ni kat kmu..esok suruh ckg ambik kat pejabat sebab sy ada kat pejabat sampi pkul 1"..
saya:"ok"

huhu..
pegi tangan kosong..
balik tangan kosong..

terima kasih ckg sebb bagi sy kurus sikit n banyak sabar hari nie...
tarbiyah dari Allah..

sampai bilik sy msg ckg:
saya msg ckg .."ckg , kerani tu tak bagi sy simpan kunci untk cikgu, dia tak bagi passing2x kat orang..kerani tu suruh ckg ambik kat pejabt sebelum pkul 1"
ckg reply :"mana sempat, sy naik bas sampai ptg..takpela,..sy tido kat masjid je"

aduh!
ckg ni buat sy serba salah je..takkan ckg nak tido masjid sampai 3 hari..

call ckg..
"minta maaf ckg tak dapat tolong ckg.kerani tu tak bg kunci.."
ckg:"takpe sy tido masjid je..terima kasih byk2x"
..................................................................................................................................................

sy msg ckg..
ckg try call azlan, mintak dia tolong ambik kunci tu utk ckg..sy bg no azlan sekali.
ckg reply : sy cuba.

then senyap!

petang sabtu..: ckg msg..
sya sampai pkul 7 nanti..
azlan dah tolong ambikkan kunci.
terima kasih byk2x..

legaaa..
at least ckg saya tak tido kat masjid disebbkan anak murid tak leh tolong ambikkan kunci bilik sewa!

sekian
with love : siti nurfarehan