Monday, June 21, 2010

cerita cuti..

assalamualaikum..
mengambil pengalaman sempena cuti musim perkahwinan selama dua minggu..
cuti sekolah = majlis walimatul urus..

saya sendiri pun tak pasti berapa kali saya dah berulang alik dari kemunting ke KL sepanjang sebulan setengah nie..terharu dengan kesetiaan ayah saya yang sabar menjemput dan menghantar saya kt stesen bas..(sayang ayah..=) )
sungguh..terlalu banyak peristiwa yang berlaku..

bermula dengan pemergian nenek ke rahmatullah pd penghujung mei..
kemudian..
 kenduri sepupu lelaki saya dlm minggu yang sama..
akibatnya seminggu saya tak pegi kuliah..
tak larat saya nk ulang alik kemunting ke KL dlm masa dua,tiga hari..
pada masa yang sama dua orang kampung saya merangkap budak sekolah rendah saya kawen..
seorang lelaki dan seorang perempuan..
uish..masa mula-mula dengar berita ni dari mak..
terkejut jugakla..mata "blink-blink" je..
tak sangkala dalam usia 21 tahun kawen  kan..tapi itulah jodoh yang Allah tetapkan..

start tarikh 6 jun sampai 16 jun..
selang dua hari , mesti ada kenduri kawen..
semua sepupu saya plak tue..
mak saya plak asyik tanya saya..'boleh balik tak?"
padahal..saya baru je balik Bangi tak sampai 5 hari..
yela kan..masa kenduri macam nila semua adik beradik mak berkumpul kat rumah..
jadi rumah tu meriah la..
mak nak saya ada sekali la..
saya faham keadaan tu..tapi saya terpaksa bgtau mak.
"mak, kak an ada kelas sampai hari khamis ni..habis kelas kak an balik terus ke rumah"..
hati mak kena jaga..Ting Tong!

dalam masa kenduri tu pulak.
angah (fareha) demam teruk..
lagila mak kelam kabut..sebab angah kalau demam , teruk sikit..
biasanya..kalau sorang demam..selang dua tiga hari lepas tu..sorang lagi akan demam..
tapi alhamdulillah..saya tak demam..cuma adala kena sakit kepala mengada-ngada sikit..(sakit kepala mengada ngada ni saya yg bagi nama)
beza saya dengan angah..angah kalau sakit kepala makan ubat, saya sakit kepala , tido..

kenduri kawen tu saya hanya mampu hadir 2 majlis je...
tu pun saya terkejar-kejar..alhamdulillah sempat..
ada seorang nenek yang saya rapat kt kampung tu merangkap nenek sedara saya..
jumpa saya, mesti dia peluk dan sayang pipi saya..
siap pesan lagi..
"mu dah ada ke belum? carilah sorang yang molek naa..cari yang baik-baik"
saya hanya mampu mengangguk.."pasni kena start cari dah..tok chik dah pesan tue"..haha
lambat lagilaa..saya nak habiskan study dulu..


saya memang jadi tak terurus sangat dalam sebulan ni..
tapi saya bersyukur dapat kawan -kawan yang memahami kt bilik tu..lieya,atin,sema n mila..
kebanyakan asingment masa nenek meninggal tue memg diorang yang tolong coverkan..
tapi dalam masa sebulan ni jugak banyak jugak saya belajar dari kawan-kawan..
belajar masak kek dan koktail dengan sema..
praktik bahasa terenganu dgn sema.samapai hilang identiti bahasa sendiri..hehe (tapi bestla)
belajar memahami dan mencari kesamaan bersama kawan-kawan..
"family outing"..

sekarang saya menantikan walimah sahabat-sahabat matrik saya..moga Allah permudahkan urusan kalian..=)

with love :nuramna najihah

Sunday, June 6, 2010

wahan,,

assalamualaikum..

"Rasulullah saw telah memberikan kepada kita satu formula yang amat mudah untuk menewaskan rejim pengganas zionis israel. Formulanya ialah ZERO W1H1N. Iaitu jangan ada sifat wahan dalam diri kita.


 
 
Sikap yang perlu ada dalam diri kita untuk menewaskan zionis israel ialah : Cintakan Akhirat dan Rindukan Kematian. 
Sabda Rasulullah s.a.w. “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”
 
Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”
 
Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).
Isu Palestin adalah isu aqidah. Mempertahankan Al-Aqsa adalah perjuangan aqidah. Segala usaha ke arah pembebasan Palestin merupakan jihad. Menyebarkan kesedaran, menginfakkan harta, menyata & melaungkan sokongan semuanya merupakan bahagian2 dalam usaha dan jihad membebaskan Palestin dari Zionis yg keji.
with love : nuramna najihah