Saturday, February 19, 2011

pasir..

assalamualaikum..



pepasir pantai itu..
lembut disambar ombak pantai..
berdiri seorang hamba..
mengadap lautan tak bertepi..
merenung dan mendalami kekesalan diri..
mengeluh sendirian..

tanpa dia sedar..
dia melangkah perlahan..
tinggalan jejaknya kelihatan..
di pepasir itu..
meneruskan langkah..
dalam kerunsingan..

tiba- tiba dia berhenti..
lalu dia mendongak ke langit..
kecantikan dan Keindahan ciptaan Allah terserlah..
dia terlopong..
dia kagum..
lalu dia memandang sekeliling..
dia semakin takjub..
dengan bisikan keindahan dan ketenangan..

dia memandang jejaknya kembali..
sudah tiada!
bersih terhapus oleh sang ombak pantai..
dia terdiam dan terus berfikir..
akhirnya..
dia tersenyum..

dia teruskan langkah..
dengan yakin dan berani..
kerana dia mula mengerti..
kerana dia memahami..
kenangan dan kesilapan..
akan datang silih berganti..
akan hilang ditinggal masa..

akan tetapi..
ia menjadi manis..
bila segalanya kembali kepada Sang Pencipta..

with love : siti nurfarehan




No comments:

Post a Comment