Saturday, October 24, 2009

dengarkanlah luahan seorg teman....

assalamualaikum...........

Sebuah pengkongsian….

Ya Allah..
Dalam derap-derap langkahku ini..
Dalam susur perjalanan ku ini..
Aku begitu lemah …
Tersungkur Lemah selemahnya…
Kerana tiap saat aku mengenaliMU..
Terkadang aku lari sejauhnya dariMU..
Kerana aku mencari keseronokan yang tak pasti..

Ya Allah..
Terkadang ku bertanya pada diriku sendiri..
Layakkah aku menjadi hamba yg terbaik disisiMU..
Layakkah syurga yg terhias indah itu untukku..
Layakkah pengampunanMu buatku..

Sedangkan..
Hari-hari yg berlalu..
Banyak perkara lalai kulakukan..
Banyak dosa yg kulakukan..
Pergaulan ku tidak terjaga..
Terkadang maksiat dihadapan mataku..
Kuanggap biasa..
Tanpa teguran..
Hatta dalam hati sekalipun…

Zikir dan mathurat bukan lg amalanku..
Sudah lama ditinggalkan dan dibiarkan sepi..
Solatku juga sudah tak terjaga..
Sering diakhir waktu..
Tanpa rasa rugi sedikitpun…

Antara lagu dan quran..
Lagu yg dipilih…
Quran dibaca hanya sekali sekala..
Itupun hanya sedikit..
Apatah lagi menghafalnya..
Mengulang?
Jauh sekali…

Sedangkan..
itu teman rapatku dahulu..
Kerana setiap kali ku membacanya..
Hatiku tenang..
Jiwaku damai..
Astaghfirullah…dimana diriku dahulu……..

Antara tahajud dan tidur..
Tidur yg dipilih..
Sedangkan suatu ketika dulu..
Dahiku sgt akrab dgn sejadah..
Airmataku mengiringi solatku..
Basah pipiku memohon keampunanMU..
Bergetar bibirku saat aku berdoa padaMU..
Tersentak hatiku saat aku menyebut kalamMU…
Setiap malam kumengadu PadaMU..
Mendoakan agar diriku yg hina ini menjadi pilihanMU dihari kebangkitan kelak..
Agar kudapat bernaung di bawah payung rahmatMU
Agar kudapat menatap wajahMU..Ya Allah..
Astaghfirullah………dimana diriku yg dulu……….

Antara konsert dan majlis ilmu..
Konsert yg ku pilih..
Sedangkan bila diajak ke majlis ilmu..
Aku menolak dengan alasan ingin mengulangkaji..
Sedangkan aku sebenarnya malas ..
Malas menapak mencari setitis ilmu..

Walaupun aku sedar..
Aku adalah insan yg kekeringan ilmu..
Sedangkan dahulu..
Bila tanpa diajak..
Aku segera bersemangat mahu menghadiri,,
Setiap kuliah dan majlis ilmu..
Usrah menjadi tempat ku menjana dan berkongsi ilmu..
Xpenah rasa letih dan jemu..
Walaupun kurasa malas…
Kulawan sesungguhnya..
Astaghfirullah…dimana diriku yg dulu…

Ya Allah..
Antara dakwah dan masa terluang..
Masa terluang yg kupilih..
Walaupun ku tahu..
Dakwah itu suatu amanah!
Ummah ini perlu dibangunkan!
Islam itu perlu ditegakkan!
Kerana aku adalah permata ummah..
Jgn biarkan kilauannya sirna..

Tetapi..
Mengapa ku sering mengelak ..
Memberi alasan tentang statusku sebagai pelajar..
Assignment berlambak-lambak..
Projek bertindih-tindih..
Sedangkan suatu ketika dahulu…
Semangat dakwahku kuat..
Assgment berlambak bukan suatu alasan..
Aku mampu buat..
Belajar bukan penghalang untukku berjuang..
Masa itu walaupun terasa singkat
Aku terasa sgt sibuk..ttp
Aku puas..
Aku bahagia…
Malah aku pelajar cemerlang..
MUMTAZ!!!!!
Astaghfirullah..dimana diriku yg dahulu..

Ya Allah..
Ku tahu..
Engkau yg layak memberi hidayah pd hambaMu..
Namun..
Aku merasa sgt hina..
Bila setelah diberi hidayah..
Aku mengabaikannya.
Ku sedari..
Tiap kelalaian yg kulakukan..
Ada teguran yg dtg dariMU..
Tp ku tak mempedulikan..
Kuteruskan juga ..
Walaupun hatiku tak tenteram..
Walaupun hatiku tak keruan..

Ya Allah..
Masyarakat memandangku sebagai seorang yg hebat..
Tanpa cacat cela..
Seorang yang faham agamanya..
Seorang yg amalkan agama sebaiknya..
Pembela agama..
Mantap peribadinya..
Indah akhlaknya..
Fasih qurannnya..
Namun..
inikah hebat??
Ku tak mahu hebat pada pandangan manusia..
Tetapi tersungkur hina di hadapanMU..
Mereka hanya melihat zahirku semata..
Namun..
Inilah hatiku..
Hati yg kian malap..
Kerana jauh meninggalkanMU..
Ampunilah aku Ya Allah…

Ya Allah..
Saat ini aku hadir lagi..
Tersentak dari angan-anganku..
Mungkin ini adalah peringatanMU buat insan yg sering alpa..
Saat ini aku menadah tanganku kepadaMU..
Ku ingin menangis dihadapanMU sepuasnya..
Memohon keampuan ..
Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku ya Allah…
Ampunkan aku Ya Allah..
Biar airmataku ini mengalir ..
Biar basah pipiku ini..
Kerana aku benar-benar berdosa padamu ..
Benar-benar terasa jauh dariMU..
Ya Allah..
Pimpinlah aku kembali kejalanMU..
Pimpinlah aku kembali mencari kebenaran..
Pimpinlah aku kembali berjuang atas jalan ini..
Aku ingin kembali dekat denganMU…
Biar saat ini menjadi saksi..
Seorang hamba kembali pd Tuhannya..

Kerana bila tiba saat nafasku terhenti..
Ada yg sudi membisikkan ditelingaku..
“Aku menjadi saksi atas perjuanganmu di dunia ini”…
Andai kupergi dahulu…
ku harap ada yg sudi mendoakanku..

Thursday, October 22, 2009

pada suatu petang....

assalamulaikum.....

suatu petang bersama GMUKM..
22 oktober 2009..
kira-kira pukul 5 petang..

mula- mula sampai..
eh...betul ke ada ni??
sebb xsampai sepuluh orang yang ada...
xpela..
kita ambik je basikal dulu....


lepas ambik basikal..
ramaila sahabat2 yg mula dtg..
testing - testing basikal...
sambil- sambil tu meronda kt kawasan KOmpleks Squash..

janji pukul 5..
ingat dalam 5.30 boleh gerak dah...
bila nk gerak je..
ada je sahabat2 lain yang baru dtg...
lastly..
ramai sgt yg join..
terutama muslimat..
around pkul 6 jugak kami start our journey..xp

sebelum bergerak..
ada pesanan dr leader..
"jgn ghairah sgt bila naik basikal ni..
ana tau antum semua terer dh bawak basikal..
kita bawak relax je..jgn gopoh gapah..
hati-hati dan jga jarak.."
" okey,kita baca doa dulu..
pastu kita gerak.."

xsampai 5 minit bergerak...
" gang!.."
accident basikal dgn basikal plak..
dua-dua muslimat..
xpe-xpe..
muslimat power!!
lepas diberi bantuan kecemasan..
journey disambung semula..

checkpoint pertama=>KKM

bayangkanla UKMalaysia ni ada berapa bukit..
masa mula-mula tu semua semangat je..
laju je bwak..
jarak xkira la..
kira mcm adik beradik dh..
(nk tunjuk jarak rapat sebenarnya..:0)

pastu kena naik bukit..
ada yg mula gelabah sebb xlepas naik bukit..
rupanya xtau nk tukar gear basikal tue..
satu lg..
kt tengah2 bukit tu..
ada yg berhenti..
jd orang yg belakang ni terpaksala berhenti..
supposely xley berenti tgah bukit ni..
nnti semput..
last2..
ramai yg patah balik je..
(mengelat tu..)
(saya xlar.sy keep go on..takut semput tgah jalan)

muslimin ada yg jaga dibhgn depan..
ada jugak yg jaga bhgian belakang..
diorang yg banyak tolong jga muslimat yg ramai kat tengah -tengah ni..
muslimat selalu je pegi ke tengah jalan..
fuhh..
sgt bahaya sebab banyak kereta dan bas yg lalu lalang..
(masa tu dh time habis office hour)
masa ni sy terfikir..
"sepatutnya basikal ni ada cermin sisi..xp)


journey diteruskan..
Dr KKM kita teruskan ke misi round satu UKMalaysia..
hurm..
saje je nk bgtau..
salah sorang yg accident td tue..
asyik tukar basikal je dgn muslimin yg jaga kt belakang..
lepas dia teruskan perjalanan..
muslimin ni pun ckpla..
"ana risau tengok dia ni..
dia bawak laju..pastu brek mengejut.."
xpastilah berapa kali dia tukar basikal..xp
lepas tu..
ada akak ni tegur kt sy..
"bawakla laju sikit..
awak dh kt belakang ni.."
"saya jaga jarak kak..
nanti sy potongla diorang..ngee~"
(jwpn org yg fobia dgn accident..tp sebenarnya mencegah lebih baik kn..)

sampai dekat KIY..
ni bukit yg ke-3 kami lalui..
kali ni sy terpaksa potong shbt2 lain..
xnak berhenti tgah2 bukit ni haa..
kaki lenguh jgn ckpla..
sambil-sambil potong tu..
tegurla shbt2..
(chewaah..konon merapatkan ukhwah masa journey..)
tp masa turun bukitla best..
angin petang membuaikan perasaan..
kalau xingat masa tu naik basikal..
memang dh ramai buat "kuak lentang" atas jalan raya tu..
ngee~


masa kt masjid..
dh sikit dh shbt2 yg berada d depan..
dlm kepala masa tu asyik fikir nk lepas bukit yg depan ni haa..
bukit sebelah blok PAlAPES tu..
rasanya tula bukit yg paling tggi..
masa dh ready nk naik bukit tu..
muslimin yg depan sekali bergurau senda plak..
ada yg berpegangan tangan sambil bawak basikal tu..
ada yg sembang-sembang..
sabar jela..
"bertenang..bertenang.."
akhirnya lepas jugak bukit tu..
ada muslimat yg potong muslimin..
muslimin tercabar..
"ni xboleh jd ni..
maruah..maruah.."
kelakarla diorang ni..
ngee~



masa turun bukit tu..
angin sangatla best..(sekali lagi..kena beringat..tgah naik basikal..)
basikal laju je turun..
tp masa tu kaki dh lenguh sgt dh..
sampai kt simpang tu..
ada sorang muslimat ni dh ke tengah jalan..
"sakinah,jaga-jga..tepi sikit.."
"ala..faham2 jela..
mana ada mata kt belakang.."
masa nila sy terfikir..
"bahaya basikal xde cermin sisi.."
ngee~


alhamdulillah..
akhirnya selamat sampai ke kompleks semula..
tp..
masa sy turun basikal..
kaki sy tersangatla ringan..
dan..
sy hampir pitam..huhu
pandangan sy kelam je dan lama-lama gelap..
suara dengar xdengar je..
sy pun pelik nape jd mcm tu..
selalu xpenah jd pun..
dlm hati berkata..
"jgn pitam kt sini..
kalau nk pitam..
pitam kt bilik je.."
ngee~
tp lama-lama dh ok..
gimik je tu..
lalala~

pastu time kumpul balik..
semua ceria dlm keletihan..
tp semangat tetap ada..
leader ckp
"ana bangga dengan antum semua..
ana tau kita boleh lg go on lebih jauh..
tp masa tak mengizinkan kita..
xpa..lain kali kita buat lg.."
mantapla shbt2 semua...

hurm..
masa on the way balik..
sembang-sembang dengan shbt2..
semua ckp journey td sgt2 letih..
tp tersgtla best!!
ngee~







sekadar ini jela nk kongsi..

with love :nuramna najihah

Saturday, October 3, 2009

warkah adam untuk hawa..

assalamualaikum..

WARKAH ADAM UNTUK HAWA...

Dengan nama Allah S.W.T yang MahaPemurah lagi Maha Penyayang
Didoakan semoga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.

HAWA....

maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu meskipun ku tahu,
jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal kuungkap ini…
Mengertilah duhai Hawa..
Kerana kaulah pengubat kesunyianku waktu di syurga dulu,
dan engkau juga yang asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok lantaran kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya.,ku gagahi jua diri ini...

HAWA....

Maha suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi kaumku di akhir zaman ini.
Itulah kebesaran dan penelitian Allah s.w.t dalam urusanNya.Bayangkanlah duhai Hawa andainya kaumku melebihi kaummu , pasti dunia ini akan berkecai kerana huru hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.

HAWA....

suka untuk ku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda di saat ini tapi permintaanku,
duhai Hawa...
cubalah dikau renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini telah berubah.Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata,
namun bukan perhiasan semata-mata.Duri-duri yang melingkarimu itu adalah hijab yang digariskan oleh Allah s.w.t sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita.

Hawa..

Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami kaum ajnabimu..??
betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang boleh diperkotak-katikkan. Dimana-mana sahaja bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah..bukan sebaik dulu lagi..langkahmu kian pantas..apa sebenarnya yang engkau kejari..??
ku sendiri tak pasti...terkadang ku tak dapat membezakan dirimu dengan teman-teman yang lain . Bersama hayunan langkah itu suaramu kian meninggi diiringi gelak ketawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini sedarkah kau Hawa???
haruskah aku terima hakikat yang kau sudah berubah?
semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu..

HAWA.....

mengapa mesti dirimu menjadi tontonan ramai??
perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian kaumku??
sehinggakan yang menutupi auratmu kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah oleh Islam. Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang sesederhana mungkin cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasn diri yang kau miliki . Fahamilah Hawa usahlah menurut kerakusan nafsumu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana sahaja meninggalkan fitnah buat kaumku ini..

HAWA......

betapa sakit dan pedihnya di saat kulihat auratmu menjalar disekeliling pandanganaku. Ku tak mahu Hawa di negeri yang abadi itu..satu hari nanti memperlihatkan keseksaan terhadapmu yang kukira paling dasyat.
Apa tidaknya seurat rambutmu yang keluar ular menanti di mana-mana sejengkal tanganmu kelihatan..
aduh!!! banyaknya siksaan menantimu..mengapa begitu Hawa..??
Tidakkah ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu!!
maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu ..kelemahan dan kekurangan..
jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana sahaja??

HAWA....

tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri??
Disini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu .Atas dasar peraturan dan persekitaran kalian tapi jaun nun di luar sana tersentak diriku takkala melihat dirimu jauh berbeza!
tudung ke mana? jilbab ke mana??
apatah lagi tingkah lakumu!!!
di mana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah?
aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini...

HAWA.......

tutupilah auratmu..
jagalah dirimu...
bertuturlah dengan suara yang lembut..
mampu kau kawal lantaran tika terlanjur..
semuanya bisa membawa dosa kepadamu .Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu tapi ingatlah..cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu..

Firman Allah s.w.t
"dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir padanya.....

HAWA.....

mungkin ku harus menghentikan bicara pertama disini dahulu.
Andai Allah mengizinkan kita bersua lagi di di lain lembaran dan yang pasti,aku akan tetap terus membimbingmu .
Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran di hatimu dan akan mendoakan moga Allah s.w.t membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kalam, ketahuilah.. .
"Dunia ini merupakan hiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH....."

with love: nuramna najihah